Featured Post

(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025

Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...

Sunday, August 27, 2023

Sokan

1.   Semasa disekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar banyak acara sokan yang penulis mengambil bahagian. Antara sokan yang mewakili peringkat sekolah ialah bola sepak, hoki, sepak takraw dan bola tampar. Untuk acara olahraga pula ialah larian jarak dekat, lompat jauh dan lompat tinggi. 
2.   Bola sepak, hoki dan takraw dapat mewakili peringkat zon dan seterusnya daerah iaitu Machang. Hoki paling menonjol kerana mempunyai jurulatih yang amat berdedikasi iaitu Cikgu Awang. Berkat asuhan beliau hoki adalah acara yang paling penulis berjaya walau selepas kesekolah menengah dan seterusnya. 
3.   Banyak kenangan jika ingin dituliskan tentang penglibatan dalam acara sokan sepertimana sebahagiannya pernah ditulis dalam laman blog ini. Namun yang pasti sokan adalah acara yang paling diminati oleh murid sekolah dan ianya dilaksanakan secara tersusun. Ia sekaligus sebagai satu wadah untuk menonjolkan diri dengan bakat yang ada untuk menjadi seorang pemenang dan tentunya memerlukan tenaga, kreativiti, usaha, latihan dan komitmen yang tinggi tanpa penat dan berputus asa. 

Tuesday, August 22, 2023

Sangai

Maksud sangai ialah menggoreng tanpa guna minyak. Ada dua yang diketahui iaitu sangai kelapa parut untuk nasi kerabu. Satu lagi menyangai beras bahan untuk buat ikan pekasam. 

Thursday, August 17, 2023

#090823m Kembali kerahmatullah Kohir anak tok Derasik Kampung Dusun Buluh

Allahyarham diberitakan kembali kerahmatullah pada 09 Ogos 2023 difahamkan di Dabong rumah anaknya. Tiada maklumat lanjut diterima. Arwah ialah adik kepada arwah Ustaz Husin dan juga arwah Muhammad. Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. 

Saturday, July 22, 2023

#220723m Nasi Belauk Paling Sedap

1.   Ketika pembukaan Rumah Pam Kemubu awal tahun 70an oleh Sultan kelantan kami budak sekolah rendah diarah berada disana dengan tugas berada dikiri kanan jalan dengan mengibar bendera kecil semasa kereta sultan tiba. 
2.   Dalam acara itu apa yang berlaku kurang diingati tapi yang ingati cuma mengibar bendera dan lagi yang paling diingati ialah selepas habis acara kami diberi sebungkus nasi belauk lauk daging yang didalamnya ada sambal lada. Itulah nasi belauk yang paling sedap dimakan kenapa dikatakan paling sedap kerana ia masih diingati kesedapannya hingga kini dan ia memang sedap. (22 Julai 2023)

Thursday, July 20, 2023

#200723m makan timun batang dengan nissan

1. Kenangan hari ini sewaktu saya masih kecil mungkin darjah satu ialah mengikut ibu saya kebelakang rumah dimana disitu ada ditanam sayuran timun batang. 
2. Buah timun itu masih kecil lagi sebesar ibu jari tangan dan disebabkan ingin makan makan maka walau belum besar dipetik juga dan diperhati oleh ibu saya dan dalam masa yang sama sudah ada sedikit nissan yang dibawa dan mungkin telah dirancang dari awal. 
3.  Apa yang pasti timun yang masih kecil itu rangup dan bila dimakan bersama nissan ia sedap dan diingati hingga kini. (20 Jul 2023)

Sunday, July 2, 2023

Cerita sekolah rendah 1965-1970

#Cerita sekolah rendah 1965-1970:

Masa mula2 masuk sekolah rendah dulu amber pernah terdengar kata2 orang kampung ( tapi tidak semua ) yg mengatakan ibubapa yg hantar anak sekolah adalah "bodoh" katanya lebih baik suruh pero lembu ataupun ggalo tanam padi ada  jugok hasilnya.
Gemuloh ayah kata dia hantar anak sekolah untuk amber boleh baca dan kenal nombor bas jah bukan untuk makan gaji pun.
Itulah mentaliti sesetengah orang kampung waktu itu.

Umur 7 tahun arwah ayah hantar masuk sekolah rendah darjah 1. Masa tu xdok buku guna papan 'loh' jah. Sekolah pun sekolah atap tiang btg pokok, duduk atah kkuda panjang. Kipas jauh sekali ada. Masa cg ngajar mata dok tengok alah ke luar, sbb dinding sekolah xde.

Guru kelas masa tu namanya Cikgu Mad 'gemuk' kita panggil, seorang guru yg sangat baik.  Tahun 1 hingga 6 hanya ada 6 kelas je..
Sekolah takdok kerani..yg ada 1 org GB ( hk amber ingat gemuloh Cikgu Hussin ) dan seorang tukang kebun iaitu
Pakcik Omar merangkap tukang "gelek" stensil dan mcm2 lg.
Tahun berikutnya amber masuk kelas 2, cg Naimah guru kelas. Selalu kena ketuk kepala dgn bekal pensel. Sakit woo.
Jangan main2, naik darjah 5 ada penilaian darjah 5 amber dpt markah tinggi. GB masa tu gemuloh cg Loh (Abdullah Yasok) pilih amber utk masuk ujian ke asrama penuh bersama2 dgn arwah Dato Zahari Hassan, Zainab Kg Sg Keladi, Wan Esah dan Noraini Yusof. 
Amber ni pesen kuat main guroh, pelago buah getah, main wau, cokok, tahan tauk; tak ccaro mno bab ngaji nih sbb tu amber gagal peperiksaan tu utk ke sekolah asrama penuh. 3 sahabat perempuan dpt sambung belajar ke SMK Kamil, P.Putih. Amber dan arwah Dato Zahari hnya ke SMAS shj.

Masa sekolah rendah tu api letrik takdok lg. Air paip jauh sekali takdok hanya ada sebuah perigi untuk minum air selepas main bola waktu rehat.
Pakat berunggar gi telaga kerana dahaga yg amat berebut timba kadang2 sampai bertumbuk.kes berebut timba...paling seronok togok air kok timba hak tembus tu mcm air paip lak.
Manisnya "togok" air telaga waktu itu,sungguh nikmat rasanya. Paling manis masa rehat gi rungkas pohon ccupu atas bukit dekat sekolah. Ccupu merah meme lazat boh.  Atau pun kdg2 masa rehat dam lagi pelago buah getah dan main guroh. Peristiwa yg tak dpt dilupa pernah dipulas telinga oleh cg Hasyim sbb cabut kemucut kail semut dan pelaga semut itam...kihkih.

Masuk kelas selepas rehat dgn muka supo udang kena rebus kepanasan dan pakaian yg kotor, koyak dan mcm2 lg.
Bab bau tak payah ceritalah mengalahkan kan bau kambing nerok, busuk kohong hapak bangar supo 14 hari tak mandi.

Naik kelas 4, baca pun belum pandai, pilih jadual pun tak reti lagi, guru kelas 4 pulok sangat bekeng supo singo, pernah kena  pulas hingga berbirat sebab tak pandai menyebut satu hingga sepuluh dlm Bahasa Inggeris.
Amber boleh setakat tiga je 
One
Two 
Three
Dok ulang hok tu berkali2, Four tak mari2 pahko sut, apalagi terus dipulasnya perut hingga terangkat2 kaki, sakit wei hingga tubik airmata macho ku. 
Tu la masa di rumah ralik dok main mugo lain padahal cikgu dah beri masa 2 hari dah
Tak beritahu arwah ayah pun takut dapat tamboh satu kali lagi, tak pasal2 boleh pulok.

Gemuloh ayah la yg bersusah payah tolong bawa semua buku ke sekolah atar pintu pagar sbb berat nk pikul. Darjah 4 tak pandai lg utk pilih jadual. Sbb tu ayah pikul ke sekolah dan berjalan kaki atau naik 'bas tunjar' sejauh 1 km ke sekolah. Jalan ke sekolah pulok berdebu pada musim panas dan berselut pada musim hujan. Masuk Darjah 6 baru jln tar cucur ada.
Heran apa amber, salah satu murid yg berbadan sado ( Mat Hussin ) waktu itu, hari2 bertumbuk je kerjanya dgn amber bawah bingok Tok Pok Soh Pasir Bandar. Saksinya ustaz Kamil Poksu Sohok. Terpaling xleh ingat, bergochoh nge Che Hasyim Tok Awg hingga gelumpas siku di rembas olehnya. Hi hi hi...

Naik darjah 4  baru boleh baca sikit2 tapi baca jawi dah lancar sbb dah "mengenal" Al Quran, ngaji dgn gemuloh ayah sendiri. Sbb tu tak berapa pandai al quran. Sbb ayh penat bekerja jarang2 ajar quran. Kdg2 kita sendiri buat moyok malas ngaji. Tak seperti kawan2 lain gi ngaji rumah Pakdo Him. Puok tu pandai lako meh2 qari nnalik molep bacaannya.
Klu ngaji nge ayah tiko rajin tu, 2 kali sehari ngaji Quran, iaitu selepas balik sekolah dan sebelah malam.
Kadang2 pernah kena hambat dgn parang oleh gemuloh ayah gara2 malas ngaji Quran.
Mujur juga hasil ajaran muloh ayah dan berkatnya bulih la amber baca quran tu hudoh2 loni walaupun tidak sehebat sahabat2 yg lain...Allahuaklam bswt.😅😅

#cerita hampir 60 tahun dulu.

Catatan: cerita dan coretan copy paste dari Cikgu Abd Ghani Paksu Hamid Kampung Chabang Empat Pasir Bandar 

Saturday, June 17, 2023

Waktu Malam

1.   Waktu malam ialah selepas waktu maghrib. Kita budak budak walau waktu malam masih juga beraktiviti walau agak terhad. Apa yang diingati walau masih kanak kanak tapi dalam keadaan tertentu masih dibenarkan keluar rumah. Ada yang dibenarkan keluar rumah, ada yang keluar rumah tanpa dibenarkan. Jadi tentang keluar rumah ini tiada peraturan tetap tapi difahami. 
2.   Antara aktiviti waktu malam ialah belajar mengaji alquran dirumah guru mengaji. Jika dibulan puasa setiap malam selepas maghrib boleh keluar rumah. Jika ada pertunjukan wayang percuma 'publik lesen' . Jika ada acara  pertandingan dan pertunjukan seperti kertuk dan wayang kulit. Jika ada tayangan filem dipanggung wayang di Mata Ayer. Begitu juga menonton televisyen dirumah tertentu yang memiliki peti televisyen.
3.   Ada ketika pada waktu malam mencari belalang kunyit di sawah padi Kampung Kerawang semasa habis musim menuai padi. Ada ketika jika disekolah ada acara aktiviti perkhemahan didalam kawasan sekolah. Atau juga jika ada acara pertunjukan Menora seakan permainan Makyong yang dimainkan diperkarangan rumah orang cina sekitar Kampung Dusun Buluh. Ada juga kadang kadang melihat orang bermain puteri dirumah seseorang untuk mengubati orang sakit. Atau juga permainan tok selampit. Juga dimalam hari bermain meriam buluh sebelum datang hari raya puasa. Juga kadang kadang pergi belajar silat seru waktu malam yang silatnya tanpa ada gendang. Atau juga jika ada kelas kelas tambahan persediaan peperiksaan SRP disurau. Juga dimusim buah durian gugur dengan tidor dibangsal durian dibawah pokok durian. Jika dibulan maulud ramai juga buat majlis selawat nabi dan diadakan jamuan waktu malam. Jadi dalam masa sebulan bulan maulud boleh menjamu selera atas hidangan yang disediakan. 
4.   Itulah antara aktiviti waktu malam masa budak budak dahulu yang adakala dibenarkan keluar oleh penjaga ada kala tidak dibenarkan bergantung pada keadaan. Mungkin ada lagi acara lain yang mungkin tertinggal untuk disebutkan disini. (bersambung..) 17 Jun 2023 jam 13:49 kemaskini 19 Jun 2023 jam1733

Tuesday, June 13, 2023

Tugas Rutin Harian

1.  Tugas rutin harian maksudnya satu tugas atau kerja buat yang perlu dilakukan setiap hari tanpa gagal. Jika gagal dibuat maka kesannya besar. Mungkin tugas rutin harian ini berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. 
2.   Sudah menjadi tanggung jawab budak budak dahulu walau masih dibawah umur 12 tahun sudah diajar untuk menolong ibu bapa. Jika sibapa memelihata lembu maka sianak diajar menolong pelihara lembu. Jika siibu seorang pengusaha kedai kopi maka sianak perlu menolong mengusahakan kedai kopi, begitulah seterusnya. Tugas menolong ibu bapa berbeza dengan tugas sebagai seorang murid sekolah. Begitu juga beraktiviti selain tugas menolong ibu bapa dan sebagai seorang murid sekolah tetapi tidak disebut tugas kerana ia bukan tanggung jawab dimana jika tidak dibuat tidak mengapa dan jika dibuat atas pilihan sendiri.  
3.   Pendek kata sebagai seorang budak sekurang kurangnya ada tiga perkara gerak kerja yang perlu dilakukan seperti yang dinyatakan diatas.  Diperhatikan kehidupan seharian mereka ini amat sibuk.  Boleh dikatakan tiada masa untuk berehat apa lagi tiada ruang untuk tidur waktu siang. Kehidupan mereka padat dengan aktiviti. Lagi pula aktiviti mereka ini memerlukan tenaga yang banyak. Walau aktiviti padat tapi disebab rasa ingin tahu yang tinggi menyebabkan mereka lupa keletihan lagi pun mereka kanak kanak yang penuh bertenaga tidak seperti orang dewasa. 
4.    Juga diperhatikan dahulu masyarakat dikampung ketika itu juga sentiasa kelihatan sibuk beraktiviti sesuai dengan zaman itu tidak kira orang dewasa atau kanak kanak. Sepanjang tahun aktiviti sebagai contoh budak budak aktiviti mereka mengikut musim. Jika musim banjir maka aktiviti berkaitan banjir, jika musim menuai padi ikut menuai padi, jika musim bermain wau semua bermain wau dan begitu seterusnya. Aktiviti mereka sepanjang tahun sentiasa padat dan akan silih berganti sesuai dengan musim. (bersambung) 13 Jun 2023) 17:19

Monday, June 12, 2023

Selepas banjir

1.   Jika selepas banjir surut dihujung tahun biasanya tenpat tumpuan kami ialah sekitar Pengkalan Kiat. Ini kerana disitu senang dikunjungi dan tempat yang jadi tumpuan walau bukan dimusim banjir. Juga ia ditepi sungai. Disitu juga jika sebelum banjir ketika air mulai naik akan jadi tumpuan kerana ingin mengetahui berapa cepat air naik. Biasanya kami tanda sebatang kayu kecil kira kira satu kaki dari atas paras air sungai yang ingin diukur. 
2.   Selepas banjir surut walau belum sepenuhnya kami tidak sabar melihat kesan selepas banjir disekitar tepi sungai arah kedaratan. Jika tahun itu banjir yang agak besar maka kesannya juga besar. Antaranya banyak pokok yang tumbang. Banyak kawasan berlubang besar yang didalamnya masih ada yang didalamnya ada ikan ketuka pari. Hanya ikan pari yang tinggal ikan jenis lain tiada kelihatan. Bayak pokok buluh yang terjejas tapi agak kukuh berbanding pokok lain dan pokok buluh jarang tumbang. Pada keseluruhannya kawasan sekitar kelihatan bersih tiada semak samun. Begitu juga tebing sungai ada yang runtuh dan kelihatan curam. Bila tebing runtuh banyak pokok yang dihanyutkan banjir. Kelihatan juga pinggan mangkok yang pecah. 
3.   Begitu serba sedikit gambaran yang berlaku saban tahun yang menjadi kenangan yang mungkin generasi kini jarang terlibat. 12 Jun 2023 (10:31)

Saturday, June 10, 2023

Air sirap dan tapai ubi

jika di sekolah rendah dahulu bila saya balik dari Sekolah Kebangsaan Bandar ada ketika saya singgah di kedai Pak Yusuf untuk beli air sirap sejuk kemudian dicampur dengan tapai ubi kayu yang rasanya bagi saya amat sedap lagi pun dapat menghilangkan dahaga. Kedai Pak Yusuf juga jika dibulan puasa ada menjual air batu ketul. Kedai Pak Yusuf bertentangan denga rumah Cikgu Yusuf ayah Kartini juga berdekatan dengan rumah Omar tukang kebun sekolah.