Saturday, January 31, 2009

guru dan staf sekolah menengah abdul samad tahun 1978

ada dalam foto ini yang masih dikenal kerana daku telah keluar tahun 1976. antara mereka cikgu halim-ilmu alam, mariam-english, rahman-agama-akan potong rambut jika panjang, lutfi-off boy-motor vespa, siva-english, talib-tinggal kat rumah sewa pulai chondong depan shell, a samad-guru besar, abdullah, tuan lah-mathematics moden, ali-english, faridah, isteri chikgu ramli, ishak-sains paduan, idris. masa tu fesyen seluar bell bottom kain petak-petak dan kasut tinggi dan mungkin ikat pinggang lebar dan buckel besar.

yang pakai tie besar zaman tu cikgu. rambut memang panjang lah zaman tu. tapi mereka ni nampak hebat-hebat belaka dengan setengahnya misai tebal. yang perempuan pula berskaf. ramai mereka yang telah pencen dan cikgu lah telah lama meninggal. cikgu siva daku jumpa dia mengajar disekolah kawasan linggi negeri sembilan.

Friday, January 30, 2009

rakit di sungai kampung sungai keladi


rakit ini menimbulkan ingatan satu peristiwa tahun 60an dimana tempat ini jadi tempat mandi bebudak masa itu. dalam sibuk mandi aku tenggelam dalam air dan sempat diselamatkan oleh mereka yang ternampak aku lemas dalam air. terima kasih pada yang menyelamatkan. sekarang rakit ini digunakan tempat basuh kain yang siap dicorakkan. industri ini dari dulu sampai sekarang masih kekal disini cuma dulu lagi banyak. sekarang kurang. pada tahun 60an Queen Elizabeth pun bila melawat Malaysia pun datang melawat dikawasan ini melihat industri batik.

Wednesday, January 28, 2009

kebun di kampung jaya gading kuantan pahang


inilah rupa bentuk kebun tersebut sekarang. jika dulu kebun ini terang dan bersih dan ditanam dengan pokok manggis dan rambutan. kebun ini mula diusahakan tahun 1998 seluas 1 ekar. sebelah kebun ini ditanam dengan pokok kelapa sawit 3 tahun lepas. inilah antara aktiviti aku dimasa lapang mengusahakan kebun. banyaklah pengalaman dan susah payah menjaga kebun ini. dan sekarang yang tumbuh bukan lagi pokok buahan tapi pokok lain. ini terjadi kerana tidak terjaga dan dimakan api setiap tahun. dalam foto ini kelihatan kawan aku shahrim yang akan menalifon jika ada apa-apa perkembangan tentang tanah tersebut.

Posted by Picasa

Tuesday, January 27, 2009

asyura di kampung dusun buloh pulai chondong


majlis diadakan pada 26 jan 08. kelihatan foto Seli diatas van yang sedang berehat dan lepas ini akan ambil kayu api pula. suasana memang meriah disaat akhir bulan sura tahun ini. juga kelihatan tok penghulu.

Posted by Picasa

Friday, January 23, 2009

foto sekolah menengah teknik terengganu tahun 1977


pada awal tahun 1977 selepas aku menamatkan peperiksaan SRP di sekolah menengah abdul samad pulai chondong dan seterusnya memasukki tingkatan 4 aliran sains di sekolah menengah hamzah machang kelantan. tetapi disitu tidak lama kerana seterusnya ke sekolah teknik ini. disini cuma berada 1 penggal sahaja kerana selepas itu memasuki sekolah di port dickson. foto ini ihsan dari weblog bekas pelajar sekolah teknik. sekolah ini adalah sekolah pertama aku tinggal diasrama. memang ia menjadi kejutan budaya kerana tidak pernah tinggal diasrama. apa yang tidak dapat dilupakan ialah kena orientasi dengan senior dan pelbagai kesusahan lainnya. tapi itu semua membuat kita lebih matang. yuran yang dikenakan setiap bulan ialah rm22 untuk makan dan selebihnya rm5  untuk lainnya. walaupun disini tidak lama namun tetap diingati kerana semua  program aktiviti orientasi  diikuti. memang kadang-kadang dikesali juga mengapa meninggalkan sekolah ini pergi kesekolah lain.


Posted by Picasa

Thursday, January 15, 2009

foto pengkalan budu


semasa aku tinggal dikampung sungai keladi lokasi ini yang jaraknya lebih kuarang 1 km dinamakan sungai budu. ia dekat dengan kampung cina penambang. tujuan datang kesini kerana ada tempat pembuangan sampah. jadi kita orang masa itu sudah termasuk dalam jadual pergi melawat tempat ini untuk mencari barang-barang buangan yang boleh dijual seperti botol, tembaga, "samania" (alluminium)serta wire tembaga. jadi sejak zaman 60an lagi sudah ada aktiviti mencari barang terbuang hingga sekarang. bila sudah dapat dijuallah pada pembeli barangan tesebut.
Posted by Picasa

Tuesday, January 13, 2009

stesen keretapi kuala krai kelantan


stesyen keretapi ini lah stesen pertama dalam hidup mula-mula kenal. pertama pada tahun 1970 ketika nenek aku pergi ke mekah. kita orang pergi hantar dia kestesen ini naik kereta datsun pick up duduk belakang. kalau sekarang macam toyota hilux. kereta itu kepunyaan pak noh kampung beta. memang seronok habis. lepas itu kali kedua tahun 1977 ketika temuduga memasuki sebuah sekolah di port dickson. dan lepas itu dapat pula memasukinya dan naik kereta api juga. kerana pada masa itu hanya kereta menjadi pengangkutan popular tidak kira kemana samada kesingapura atau keutara.
Posted by Picasa

Monday, January 12, 2009

rumah pam kemubu

rumah pam ini telah dibena sekitar tahun 1970. ia telah dirasmikan oleh sultan kelantan sultan yahya putra. masa itu aku bersekolah di sekolah kebangsaan bandar dan semua murid-murid disekitarnya seperti sekolah kebangsaan gondang pun terlibat. kita diberi bendera kecil kelantan dan malaysia dan dikibar dikiri kanan jalan sebelum sampai kerumah pam ini. suasana masa itu begitu meriah sekali kerana dirasmi oleh sultan pula. selepas hampir tengah hari kita semua diberi makan nasi belauk yang dibungkus. rumah pam ini agak jauh dari kampung dusun buloh kira-kira 4 ke 5 km dan pada waktu malam kadang-kadang terdengar bunyi injin rumah pam ini ketika beroperasi. jadi aku pernah juga masuk kedalam rumah pam ini yang mana inijinnya cukup besar. injinnya dipasang bergilir-gilir kalau tidak silap berjumlah 6 buah. dulu hanya ada 1 rumah pam tapi sekarang 2.

Sunday, January 11, 2009

foto sungai keladi


semasa aku tinggal dikampung sungai keladi dan bersekolah di sekolah kebangsaan penambng darjah satu sungai inilah digunakan untuk menyemberang (jalan pintas) jika airnya belum pasang. jika air pasang kena gunakan jambatan kayu. masa itu airnya jernih dan banyak ikan didalamnya seperti ikan jora. disungai ini ada rakit tempat mandi. pernah juga aku lemas semasa mandi disini dan diselamatkan rakan-rakan. ditepi sungai ini ada kedai kopi pok ji dimana mek aku selalu hantar nasi keranu untuk dijual. ditepi sungai ini juga ada "stewong" iaitu lori penari balak. dulu banyak balak-balak disini dan mungkin datang dari ulu kelantan dan dihanyutkan melalui sungai kelantan. dan sungai ini anak sungai kepada sungai kelantan. kampung sungai keladi bersebelahan kampung tanjung chat. apapun sungai ini banyak memberi kenangan. sekarang diatas sungai ini telah ada jambatan dan boleh dilalui motosikal.
Posted by Picasa

Friday, January 9, 2009

foto pantai semut api


jika dulu pantai cahaya bulan dikenali dengan nama pantai cinta berahi. sebelum itu pantai ini nama dia ialah pantai semut api. nama ini sering disebut semasa aku tinggal di kampung sungai keladi kota bharu kelantan. masa itu kita sekeluarga pernah berkelah disana tahun 60an. selepas itu pernah berkelah bersama dengan murid dan cikgu talib buruk semasa menuntut di SMAS. kita orang tinggal beberapa hari ditepi pantai ini dan mandi manda dan pernah di pukul ombak yang agak besar sempat ditelan ombak itu tapi sempat berenang. jika dulu banyaklah terdapat pokok kelapa ditepi pantai dan belum terhakis. tapi sekarang terpaksa ditambak dengan batu besar dan tiada yang mandi manda lagi. sekarang jika datang kesini cuma melihat apa-apa perubahan berbanding dahulu yang jika dibandingkan memang dulu lebih meriah.

Posted by Picasa

Wednesday, January 7, 2009

kedai awang mata air

ini adalah foto kedai mata air. apa yang ada disini ialah kedai-kedai runcit, membaiki motosikal/basikal yang dipunyai oleh awang (cina). dulu dia tinggal dikedai dan sekarang telah mempunyai rumah kediaman 2 tingkat yang besar. dihadapan kedainya ada satu lagi kedai runcit mek bunga. dan dihujung tepi sungai ada kedai baiki kereta tapi dia ada satu lagi cawangan di kok lanas. masa zaman budak dulu mek aku selalu suruh aku pergi mesin kelapa kat kedai awang ini. itu pasal sampai sekarang dia mesti kenal aku. begitu juga kedai mek bunga dulu sentiasa sediakan tanyangan tv percuma. maka ramailah orang datang pada waktu malam kecik besar tua muda. kedai dia luas berbanding kedai awang. diantara kedua kedai ini ada market dan jika dulu-dulu meriah juga. jika aku balik kampung biasalah juga beli barang keperluan kat sini. dan awang pun sudah agak berumur sekarang. anak dia ada jadi juruterbang dengan tentera udara TUDM. ditempat ini kira pekan/bandar bagi kampung mata air.

Tuesday, January 6, 2009

kantin smas

inilah kantin sekolah menengah abdul samad. pernah satu ketika bila ada perlawanan tinju antara mohamad ali dan joe frazier tahun 1976 maka diletakkan satu tv disini dan ramai yang menontonnya termasuk murid dan kakitangan sekolah pada waktu pagi. dibangunan ini juga ada kelas lukisan.

Monday, January 5, 2009

volkswagon


ini kereta beetle mula aku kenali pada awal tahun 70an. yang mana ia kepunyaan cik gu awang iaitu guru sains bagi akademik dan guru sokan hoki. beliau ini amat tegas dalam melatih murid pemain hoki. aku antara pemain hoki dan yang lain ialah kamil, tajuddin, azmi dan lainnya. sekolah kebangsaan bandar johan bagi zon satu setiap tahun dan mewakili zon kedaerah machang. pernah berlawan dengan sekolah kebangsaan machang. selepas itu mewakili daerah machang keperlawanan peringkat daerah di pasir mas dan kota bharu. antara kegunaan kereta ini ialah menumpangkan pemain hoki tadi dan kita orang semua pemain dapat masuk dalam kereta tersebut. cikgu awang masa tu menetap dibandar machang. beliau ini kemas orangnya dan minyak rambut kesukaannya ialah brylcreem dalam botol yang didalam kelas ada ditunjukkan pada kita orang. selalu berlainan pendapat dengan guru besar cikgu husin kerana beliau dan murid terlalu aktif dalam bidang sokan. tetapi jika difikirkan pada masa sekarang tindakan cikgu awang tersebut adalah betul kerana banyak manafaatnya dalam melibatkan diri dalam bidang sokan terutama sekolah-sekolah diluar bandar-bandar besar yang secara tidak langsung ia membuka minda kita dan menjadi kenangan dimasa depan yang berfaedah.

Friday, January 2, 2009

ikan karim

ikan ini adalah ikan tercantik yang pernah aku lihat masa aku tinggal di kampung sungai keladi kota bharu kelantan. dibelakang rumah ada sebuah lubuk tempat air bertakung. dilubuk ini bila waktu kemarau ia akan hampir kering. jadi kami budak-budak akan menjadikan aktiviti ini bila ada kelapangan. tapi ikan ini amat susah untuk ditangkap berbanding ikan sepila yang agak jinak. ikan sepila bukan tandingan jika dilagakan kerana ikan lebih garang. sekarang ikan ini menjadi ikan hiasan dan senang didapati dikedai akuarium.