Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Saturday, June 17, 2023

Waktu Malam

1.   Waktu malam ialah selepas waktu maghrib. Kita budak budak walau waktu malam masih juga beraktiviti walau agak terhad. Apa yang diingati walau masih kanak kanak tapi dalam keadaan tertentu masih dibenarkan keluar rumah. Ada yang dibenarkan keluar rumah, ada yang keluar rumah tanpa dibenarkan. Jadi tentang keluar rumah ini tiada peraturan tetap tapi difahami. 
2.   Antara aktiviti waktu malam ialah belajar mengaji alquran dirumah guru mengaji. Jika dibulan puasa setiap malam selepas maghrib boleh keluar rumah. Jika ada pertunjukan wayang percuma 'publik lesen' . Jika ada acara  pertandingan dan pertunjukan seperti kertuk dan wayang kulit. Jika ada tayangan filem dipanggung wayang di Mata Ayer. Begitu juga menonton televisyen dirumah tertentu yang memiliki peti televisyen.
3.   Ada ketika pada waktu malam mencari belalang kunyit di sawah padi Kampung Kerawang semasa habis musim menuai padi. Ada ketika jika disekolah ada acara aktiviti perkhemahan didalam kawasan sekolah. Atau juga jika ada acara pertunjukan Menora seakan permainan Makyong yang dimainkan diperkarangan rumah orang cina sekitar Kampung Dusun Buluh. Ada juga kadang kadang melihat orang bermain puteri dirumah seseorang untuk mengubati orang sakit. Atau juga permainan tok selampit. Juga dimalam hari bermain meriam buluh sebelum datang hari raya puasa. Juga kadang kadang pergi belajar silat seru waktu malam yang silatnya tanpa ada gendang. Atau juga jika ada kelas kelas tambahan persediaan peperiksaan SRP disurau. Juga dimusim buah durian gugur dengan tidor dibangsal durian dibawah pokok durian. Jika dibulan maulud ramai juga buat majlis selawat nabi dan diadakan jamuan waktu malam. Jadi dalam masa sebulan bulan maulud boleh menjamu selera atas hidangan yang disediakan. 
4.   Itulah antara aktiviti waktu malam masa budak budak dahulu yang adakala dibenarkan keluar oleh penjaga ada kala tidak dibenarkan bergantung pada keadaan. Mungkin ada lagi acara lain yang mungkin tertinggal untuk disebutkan disini. (bersambung..) 17 Jun 2023 jam 13:49 kemaskini 19 Jun 2023 jam1733

Tuesday, June 13, 2023

Tugas Rutin Harian

1.  Tugas rutin harian maksudnya satu tugas atau kerja buat yang perlu dilakukan setiap hari tanpa gagal. Jika gagal dibuat maka kesannya besar. Mungkin tugas rutin harian ini berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. 
2.   Sudah menjadi tanggung jawab budak budak dahulu walau masih dibawah umur 12 tahun sudah diajar untuk menolong ibu bapa. Jika sibapa memelihata lembu maka sianak diajar menolong pelihara lembu. Jika siibu seorang pengusaha kedai kopi maka sianak perlu menolong mengusahakan kedai kopi, begitulah seterusnya. Tugas menolong ibu bapa berbeza dengan tugas sebagai seorang murid sekolah. Begitu juga beraktiviti selain tugas menolong ibu bapa dan sebagai seorang murid sekolah tetapi tidak disebut tugas kerana ia bukan tanggung jawab dimana jika tidak dibuat tidak mengapa dan jika dibuat atas pilihan sendiri.  
3.   Pendek kata sebagai seorang budak sekurang kurangnya ada tiga perkara gerak kerja yang perlu dilakukan seperti yang dinyatakan diatas.  Diperhatikan kehidupan seharian mereka ini amat sibuk.  Boleh dikatakan tiada masa untuk berehat apa lagi tiada ruang untuk tidur waktu siang. Kehidupan mereka padat dengan aktiviti. Lagi pula aktiviti mereka ini memerlukan tenaga yang banyak. Walau aktiviti padat tapi disebab rasa ingin tahu yang tinggi menyebabkan mereka lupa keletihan lagi pun mereka kanak kanak yang penuh bertenaga tidak seperti orang dewasa. 
4.    Juga diperhatikan dahulu masyarakat dikampung ketika itu juga sentiasa kelihatan sibuk beraktiviti sesuai dengan zaman itu tidak kira orang dewasa atau kanak kanak. Sepanjang tahun aktiviti sebagai contoh budak budak aktiviti mereka mengikut musim. Jika musim banjir maka aktiviti berkaitan banjir, jika musim menuai padi ikut menuai padi, jika musim bermain wau semua bermain wau dan begitu seterusnya. Aktiviti mereka sepanjang tahun sentiasa padat dan akan silih berganti sesuai dengan musim. (bersambung) 13 Jun 2023) 17:19

Monday, June 12, 2023

Selepas banjir

1.   Jika selepas banjir surut dihujung tahun biasanya tenpat tumpuan kami ialah sekitar Pengkalan Kiat. Ini kerana disitu senang dikunjungi dan tempat yang jadi tumpuan walau bukan dimusim banjir. Juga ia ditepi sungai. Disitu juga jika sebelum banjir ketika air mulai naik akan jadi tumpuan kerana ingin mengetahui berapa cepat air naik. Biasanya kami tanda sebatang kayu kecil kira kira satu kaki dari atas paras air sungai yang ingin diukur. 
2.   Selepas banjir surut walau belum sepenuhnya kami tidak sabar melihat kesan selepas banjir disekitar tepi sungai arah kedaratan. Jika tahun itu banjir yang agak besar maka kesannya juga besar. Antaranya banyak pokok yang tumbang. Banyak kawasan berlubang besar yang didalamnya masih ada yang didalamnya ada ikan ketuka pari. Hanya ikan pari yang tinggal ikan jenis lain tiada kelihatan. Bayak pokok buluh yang terjejas tapi agak kukuh berbanding pokok lain dan pokok buluh jarang tumbang. Pada keseluruhannya kawasan sekitar kelihatan bersih tiada semak samun. Begitu juga tebing sungai ada yang runtuh dan kelihatan curam. Bila tebing runtuh banyak pokok yang dihanyutkan banjir. Kelihatan juga pinggan mangkok yang pecah. 
3.   Begitu serba sedikit gambaran yang berlaku saban tahun yang menjadi kenangan yang mungkin generasi kini jarang terlibat. 12 Jun 2023 (10:31)

Saturday, June 10, 2023

Air sirap dan tapai ubi

jika di sekolah rendah dahulu bila saya balik dari Sekolah Kebangsaan Bandar ada ketika saya singgah di kedai Pak Yusuf untuk beli air sirap sejuk kemudian dicampur dengan tapai ubi kayu yang rasanya bagi saya amat sedap lagi pun dapat menghilangkan dahaga. Kedai Pak Yusuf juga jika dibulan puasa ada menjual air batu ketul. Kedai Pak Yusuf bertentangan denga rumah Cikgu Yusuf ayah Kartini juga berdekatan dengan rumah Omar tukang kebun sekolah. 

Monday, June 5, 2023

Maksar

1.   Arwah Maksar ialah isteri kepada arwah Paksar (Mustapha). Nama Maksar sebenar tidak diketahui. Arwah tinggal diPengkalan Kiat tepi sungai kelantan. Arwah bertubuh agak kurus. Jika berbicara suaranya agak kuat dan mudah didengari tutur kata serta jelas. Pekerjaan arwah dan suami tidak diketahui secara tepat mungkin seorang petani. Anak-anak arwah antaranya Yusuf, Ibrahim, Ishak, Mah,  Zakaria, Zabidah, Mek Ngo,  yyyy (perempuan).  
2.   Semasa musim bah kami selalu bermain perahu tapi tidak pasti samada kepunyaan Maksar Paksar atau Makyam Pakcu Ali. Tapi perahu itu bila dinaiki keadaannya kurang stabil kerana bentuknya yang tidak berbentuk persegi. 
3.   Adik beradik arwah antaranya Embong, Zainab, Mariam, xxxx (lelaki), Ahmad, 
4.   Namun kini rumah arwah di Pengkalan Kiat itu sudah tiada.  (Bersambung...) 05 Jun 2023 jam 20:07 

Sunday, June 4, 2023

Ikan Pari Atau Ketuka atau Tukka

1.   Sesuatu yang saya agak pelik ialah ikan pari. Apa yang dikatakan pelik sebab ia hanya dijumpai disungai Pengkalan Kiat selepas musim banjir dimana ia tersangkut dilopak air diatas darat. Ikan pari ini terperangkap tidak ikut bersama air menuju kesungai ketika air banjir mulai surut. Jika hari biasa tiada pengail atau penangkap ikan yang menjumpai ikan ini. 
2.   Apa yang pasti ikan pari sebesar pinggan meja dan nipis walau dijumpai kami tidak akan mengambilnya untuk dibuat lauk. Alasannya tidak berapa jelas tapi barangkali ikan pari bukan jenis ikan yang biasa kami makan sebagai hidangan dirumah. Lagi satu ikan ini agak merbahaya kerana jika terpijak ekor panjangnya yang mempunyai sengat berduri akan sukar sembuh. Itu kepercayaan kami akan ikan pari. 
3.   Apa pun saya merasakan bahawa ikan pari kecil ini sebenarnya ikan tukka walaupum dulu dimasa itu kami panggil ikan pari kerana nama pari lebih popular dari ketuka. 
(04 Jun 2023) 9:03 malam Kuala Lumpur