Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Monday, March 29, 2010

Penambang Pengkalan Kiat



Sekarang Penambang ini telah mula beroperasi setelah lebih kurang 3 tahun operasi tamat. Ini kerana kapal lama rosak dan tenggelam ditepi sungai. Kapal dikendalikan oleh 2 orang. Kadar tambang 50 sen untuk penumpang dan RM1.50 untuk motosikal. Selain dari penambang ini ada lagi dua penambang yang beroperasi iaitu di Mako dan Kemubu. Jika diseberang sana Bukit Panau. Sekarang difahamkan sungai semakin tohor berbanding dahulu. Keadaan trafik penambang ini boleh dikatakan sederhana sibuk dimana sentiasa ada penumpang bermotosikal dikedua-dua belah sungai silih berganti.
Posted by Picasa

Tuesday, March 23, 2010

Buah Tudung Periok

Buah Tudung Puyuk ini banyak terdapat dihutan belukar (ghok). Ianya amat berguna bila tiba musim bermain bedil ngocoh yang dibuat dari buluh peleting. Ianya dijadikan sebagai peluru dan bunyinya kuat dan boleh pergi dijarak yang jauh.
Posted by Picasa

Wednesday, March 17, 2010

Kotak Rokok

Jika melihat kotak rokok maka teringat kisah disuatu ketika dahulu dimana dirumah Paknik Wil Makcik Yam Kampung Kubang Tebik. Kotak rokok tersebut berjenama cap playah iaitu ada dua satunya playah putih dan satu lagi playah merah. Kotak rokok yang telah kosong dirumah Paknik Wil tidak akan terbuang begitu sahaja akan tetapi akan disimpan dan disusun rapi didinding rumahnya. Maka penuhlah didinding rumahnya dengan hiasan kotak rokok ini. Jumlahnya pula tidak pula kita menghitungnya tetapi dalam jumlah yang banyak . Hobi menyimpan kotak rokok ini mungkin hanya terdapat dirumah Paknik Wil sahaja disekitar Kampung Dusun Buluh dan perkara ini memang tetap diingat kerana ia sesuatu yang jarang berlaku.

Tuesday, March 9, 2010

Radio

Radio adalah merupakan salah satu alat untuk menyampaikan maklumat kepada pendengar. Diakhir tahun 60an dan awal 70an model radio yang seumpama ini seperti digambar hanya dimiliki oleh Abang Derih Kak Nik Esah Di Kampung Dusun Buluh yang rumahnya berhadapan dengan Balai Sah. Masa itu radio ini diletak diatas rak dikedudukan yang tinggi diruang tamu. Masa itu rumahnya masih rumah lama yang mana dihadapan rumahnya ada beberapa pokok limau yang di tut dimana ia mahir dalam bidang itu. Dimana asalnya pokok limau itu limau buah biasa tetapi bila di tut dengan cantuman mata tunas lain akan mengeluarkan buah jenis lain yang bermutu. Disebabkan radio ini daku sentiasa juga kerumahnya untuk mendengar rancangan seperti drama radio yang dahulunya yang popular dari Radio Singapura dilakunkan antaranya Jah Lelawati. Ada pula drama bersyair iaitu mula-mula dikumandangkan syair kemudian baru ceritanya. Jika di Bulan Puasa pula Musabaqqah AlQuran. Radio ini dikira penyeri dan menjadi daya penarik diruang tamu rumahnya. Abang Derih dan Kak Nik Esah ini dikira mesra dengan budak-budak seperti kami. Jika dibulan Maulud rumahnya akan sentiasa mengadakan majlis Maulud tersebut waktu malam selepas Isyak. Diawal tahun 70an rumah lamanya bertukar baru dan masa itu model rumahnya yang tercantik di Kampung Dusun Buluh.

Thursday, March 4, 2010

Silap Mata

Semasa bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar tahun 70an inilah kali pertama daku melihat aksi silap mata. Ianya dimainkan pada waktu siang disatu kelas. Difahamkan ahli silap mata tersebut datang dari Singapura. Ia berpakaian lengkap siap berjubah hitam bertopi dan berbangsa melayu. Diatas pentas ia mempersembahkan aksi silap mata antara yang diingati ialah air susu dan kertas dimana dimasukkan air susu dalam kelongsong kertas dan dilepas kearah penonton tetapi air susu hilang. Seperti biasa burung merpati dilepaskan dari sangkar dan berada didalam topi. Menyalakan api lilin menggunakan jari. Beberapa gelungan besi bulat kemudian dicantumkan. Air susu dalam cerek. Dan lain-lain acara. Apa pun perkataan yang sentiasa diucap semasa persembahan ialah "khadam, khadam". Begitulah hebatnya persembahan tersebut yang sentiasa diingati dan tidak pasti adakah selepas itu pernah diadakan acara ini di SKB.
Posted by Picasa