Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Thursday, January 27, 2011

Mengacau Shura



Aktiviti mengacau shura adalah acara tahunan. Kelihatan remaja Kampung Dusun Buluh nampaknya begitu tekun dalam misi menyiapkannya sehingga masak sambil diperhati rakan-rakan dan yang dewasa. Mungkin apabila sudah masak makan dalam tempurung dan masih panas tentu lebih enak. Tempat mengacau ini lokasinya disebuah laman sebuah rumah ditepi jalan dekat dengan rumah Seli, Pak Su Harun dan juga Mak Cik Yam.

Friday, January 21, 2011

Cabang Empat Pasir Bandar


Foto diambil dari Jalan Menuju ke Masjid Al Amin Kampung Surau Kerawang. Foto juga menunjukkan jalan menuju ke Kampung Pasir Bandar. Jarak dari simpang ini ke kampung tersebut lebih kurang 750 meter. Memang kampung ini banyak terdapat pasir sungai dan sesuai pula dengan namanya. Disebelah kiri jalan rumah yang kelihatan dahulunya sebuah kedai runcit tapi sekarang sudah terbiar. Disebelah kanan pula rumah Pak Lah. Dirumah Pak Lah ini satu ketika dahulu tahun 70an beliau pernah mengadakan majlis kenduri perkahwinan anaknya. Dimajlis tersebut penuh meriah kerana diadakan juga acara bersilat. Di sini satu ketika dahulu agak meriah juga kerana terdapat kedai runcit, kedai membeli getah, gok tembakau dan ada tempat menunggu bas berbanding sekarang yang kelihatan lengang. Begitu juga dahulu jumlah penduduk di Kampung Pasir Bandar terutama di bahagian tepi sungai kelihatan makin berkurang berbanding dahulu. Mungkin ada beberapa faktor tertentu yang menjadikan ia terjadi sedemikian.

Sunday, January 16, 2011

Selekoh Mata Ayer (Kampung Bagan)



Foto selekoh ini pernah dipaparkan diblog ini sebelum ini. Selekoh ini memang tajam atau juga disebut konar patah. Agak bahaya bila mana terdapat pula taburan pasir diatas jalannya.

Tuesday, January 11, 2011

Selekoh Kampung Bandar


Selekoh ini tidaklah tajam atau 'totok' sangat seperti selekoh Kampung Mata Ayer tetapi ia agak merbahaya juga tambahan pula ia berada dipusat pekan Kampung Bandar. Jika dahulu mungkin kurang bahaya kerana kurang kenderaan.

Saturday, January 1, 2011

Mendengar Khutbah Hari Raya Di Balai Sah Ustaz Husin






Khutbah disampaikan oleh anak Allahyarham Ustaz Husin yang kita panggil namanya Awe sahaja dan sekarang mengajar di Pekan Pahang. Kemeriahan begini dapat dirasai kerana ditempat ini dapat berjumpa rakan taulan yang kebetulan balik kampung.