Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Saturday, May 29, 2010

P Ramlee

Beliau telah meninggal pada 29 Mei 73. Semasa beliau meninggal telah diumumkan melalui radio seawal pagi. Kita budak-budak masa tersebut dikira mengenalinya kerana beliau selalu keluar di TV. Acara yang masih diingati ialah apabila beliau menjadi juri/pengadil dalam rancangan jika tidak silap Bakat TV. Penampilan beliau di TV dalam rancangan itu adalah secara langsung dan kelihatan beliau agak gempal badannya. Sejurus berita kematiannya apa yang daku ingat telah pergi kerumah Pak Nik Wil Makcik Yam dan juga disitu berjumpa dengan anaknya Suhaimi untuk memberi tahu berita kematiannya. Tentunya berita kematiannya mengejutkan. Namun sebelum kematiannya beliau pada pandangan kita sebagai kanak-kanak, beliau (P Ramle) adalah dikenali sama seperti lain-lain pelakon yang sezaman dengannya. Ini terjadi mungkin kita masih kanak-kanak tidak berapa tahu menilai kehebatan seseorang seperti orang dewasa. Filem-filem lakonannya banyak memberi pengajaran dan melangkaui zaman. Bagi kita yang sentiasa menonton filemnya dari dulu sampai sekarang dan sebagai orang Islam marilah menghadiahkan Surah Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.

Monday, May 24, 2010

Memecah Telor Ayam

Masa bebudak dahulu permainan ini kira biasa dilakukan bila ada telor ayam kampung. Caranya seperti difoto. Perlu diingat tentukan telor yang akan diletak didalam tapak tangan tersebut mestilah hujung ke hujung telur atau bucu kebucu telor menyentuh kedua-dua tapak tangan. Selepas itu cuba tekan sekuatnya tapi jangan pula mengepit dengan paha sebagai membantu menguatkan lagi tekanan. Biasanya telor tersebut tidak akan pecah. Bolehlah mencuba dengan telor mentah. Jika tidak pecah bolehlah cuba dengan telor yang telah dimasak pula.

Wednesday, May 19, 2010

Tampal Tiub

Tampal tiub basikal masa dahulu akan dilakukan dikedai membaiki basikal. Sekarang aktiviti menampal tiub ini sudah lama tidak diamalkan dimana sekarang jika bocor akan terus ditukar dengan yang baru. Cara menampal seperti difoto dikira cara generasi pertama. Selepas itu untuk cara generasi kedua pula penampal tiub sudah siap dengan hanya membuka plastik dan terus ditampal ketiub tempat yang bocor. Cara generasi ketika ialah dengan terus tukar tiub
baru. Cara generasi pertama biasanya tiub akan digosok dengan benda krasak seperti kertas pasir atau batu atau besi seperti kikir berbentuk bulat panjang macam ulu parang. Selepas itu disapu dengan gam. Ianya dibiarkan sebentar supaya gam agak kering. Sesudah agak kering makan penampal akan dilekatkan ketempat tiub yang bocor dengan digosok sambil menekan supaya ianya betul-betul melekat. Itulah teknologi cara dulu. Kedai Awang Mata Ayer adalah kedai basikal popular dari dulu lagi.

Friday, May 14, 2010

Ikan Segar Tok Bali/K.Besut

Jika ingin mendapatkan ikan segar silalah kesini iaitu digerai berhampiran simpang masuk ke Pengkalan Kiat. Difahamkan ianya dijual oleh anak Allahyarham Abang Lui. Dahulunya dibelakang rumah ini ada sebuah mesin padi juga difahamkan kepunyaan Mak Lui. Mesin ini pula dikendalikan oleh Halim(jika salah nama betulkan)anak Mak Lui. Halim ini meninggal ketika umur masih muda lagi. Daku selalulah pergi masuk kedalam rumah mesin ini dan setelah selesai kerja memesin akan membuka bahagian bawah mesin yang ada sebuah pintu kecil yang hanya muat untuk memasukkan tangan kedalamnya. Didalamnya ada sedikit baki beras yang agak hancur dipanggil Nukkut. Lokasi mesin padi ini menjadi tempat yang mesti dilawati ketika itu. Itu semua kini sudah menjadi sejarah.
Posted by Picasa

Sunday, May 9, 2010

Musim Mengetam


Musim mengetam atau memukul padi adalah jika dahulu hanya satu musim sahaja. Pengalaman memukul padi ialah disawah padi dihadapan rumah Pak Da Hassan. Dia tinggal berseorang dipondoknya dan dikira miskin dan kadang-kadang ada yang akan memberi zakat samada fitrah dan harta setiap tahun.




Daku pergi kerumahnya jika disuruh untuk membeli ayam untuk disembelih. Dihadapan rumahnya terbentang sawah padi dan akan meriah jika dimusim bergala lagi. Rumah yang paling dekat dengan sawah ini ialah rumah Abang Hassan Tok Awang. Apa pun kita bebudak yang meriah masa bergala dimana masa itu kita dibenarkan berada diatas gerrap dimana ia akan ditarik oleh kerbau. Masa bergala ini pun sudah terdapat ikan-ikan darat seperti puyu, haruan dan keli. Bahasa untuk mengawal kerbau ini yang masih diingat ialah cau, cau, cau. Apa makna hanya kerbau itu yang faham. Tapi cau ini mungkin juga bermakna beredar dari sini jika apa yang difahami orang sekarang. Jika dimusim menuai ada yang



menggunakan ketam terutama jika padi itu padi huma atau padi tugal.
Padi tugal boleh ditanam ditanah tidak berair seperti dikebun-kebun yang baru dibersihkan. Mungkin sekarang yang masih mengusahakan padi tugal mungkin di Sabah/Sarawak kawasan pedalaman atau jika di Semenanjung oleh Orang Asal dengan membuka kawasan baru. Musim memukul padi dikira meriah kerana dapat berkumpul bersama keluarga seperti berkelah disamping dapat menikmati hidangan nasi belauk, kuih muih, roti dan lainnya disamping air teh/kopi O. Disamping itu dari batang jerami dapat dibuat serunai. Selepas musim memukul diwaktu malam pula


kita beramai selepas maghrib akan
mencari belalang terutama di Kerawang kerana kawasannya luas. Kemeriahan mencari belalang diwaktu malam secara beramai-ramai dengan bercahayakan lampu pelita yang samada diletak di dalam tin atau dibuat dari upih didalam beberapa kumpulan sukar dilupakan.

Wednesday, May 5, 2010

Pak Cerrik - Cengkerik


Belalang Cengkerik Dijadikan Produk Pelancong Kelantan
PASIR MAS, 2 Mei (Bernama) -- Pertandingan belalang cengkerik mahu dijadikan satu lagi produk pelancongan negeri Kelantan yang bakal digiatkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Kelantan.

Aktiviti pertandingan ini dilihat mampu menarik minat pelancong asing setelah ia mula menarik minat rakyat negara luar apabila produk tersebut dijual di beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat sebelum ini.

"Pertandingan ini dikenali sebagai pertandingan seni suara belalang cengkerik dan mula digemari rakyat negeri ini sejak beberapa dekad lalu sebelum ia menjadi tarikan minat golongan muda.

"Uniknya pertandingan ini ialah ia diadakan pada waktu malam dan dalam kawasan hutan bagi menghidupkan suasana serta tarikan kepada unggas ini untuk berbunyi yang mana kenyaringan bunyi itulah yang dipertandingkan," kata pengarah pejabat tersebut, Sulaiman Ismail kepada Bernama.

Beliau berkata acara pertandingan tersebut dicadang untuk dimasukkan di dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia atau Tahun Melawat Kelantan di masa depan.

Menurutnya, setakat ini pertandingan diadakan secara kecil-kecilan di peringkat daerah dan dikendalikan di bawah Persatuan Kelab Peminat Warisan dan Kecantikan Ayam Serama Kelantan (Kerisma).

Bagi menggalakkan lagi aktiviti tersebut, Kementerian Pelancongan akan menyediakan peruntukan membeli peralatan yang diperlukan dan membiayai kos penganjuran pertandingan.

-- BERNAMA

Nota: Jika dahulu nama cengkerik ini kita panggil Pak Cerrik. Bahasa Kelantan jika nama-nama binatang banyak dipangkalnya dengan perkataan PAK. Contoh Pak Katak, Pak Kor dan lainnya. Begitu juga burung banyak dengan nama dipangkal CEK seperti burung Cek Tuli, Cek Maddi dan lainnya. Berbalik kepada cengkerik tadi dahulu masa budak kita amat meminati menangkap serangga ini yang berbadan besar bukan seperti yang dipelihara dikedai ikan peliharaan yang berbadan kecil. Cengkerik ini akan membuat lubang didalam tanah dikawasan yang berumput. Jadi untuk mengeluarkannya kena ada satu cara sahaja iaitu memasukkan air kedalam lubang, jadi beberapa ketika ia akan keluar sendiri mungkin mengelak kelemasan. Itulah teknik yang diguna pakai.

Saturday, May 1, 2010

Di Balai Sah (Madrasah) Kampung Dusun Buluh


Madrasah ini jika dulunya dibuat dari kayu tetapi sekarang dari batu. Keluasan dan tapak adalah sama. Apa yang membezakan dari dulu dan sekarang yang ketara ialah bahagian luarnya. Dulu bahagian luarnya terdedah tiada bumbung dan ada varenda. Didepannya ada sebuah telaga dan disekeliling telaga luas kawasannya dan lantainya disimen. Jadi suasananya meriah ada pengunjung sebilang waktu. Sekarang suasana tersebut sudah tiada dan ia sunyi kecuali waktu solat. Untuk cerita seterusnya sila KLIK post terdahulu.


Posted by Picasa