Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Sunday, February 7, 2021

Jam Rolex



(Foto hiasan)
Semasa saya transit di Pulau Labuan selama lebih kurang dua minggu disuatu masa dulu ada satu kisah. Labuan difahamkan ketika itu hanya satu satu nya pulau bebas cukai di Malaysia. Ketika saya disana saya sempat ke komplek membeli belah. Barangan yang menarik bagi saya ialah barangan pakaian seperti jam, kasut, baju dan lainnya. Disebuah kedai jam saya tertarik dengan jam jam jenama rolex dan yang paling murah ketika itu harganya RM600. Lama juga saya memikir dan melihatnya samada ingin membeli atau tidak kerana pada masa itu saya memang mampu membelinya kerana wang saya masih ada berbaki lebih dari itu. Akhirnya saya tidak jadi membeli kerana memikirkan harganya yang saya rasa agak mahal dan memikirkan saya boleh membeli jam lain yang lebih murah. Selepas beberapa tahun saya rasa menyesal pula tidak membelinya kerana sehingga kini saya belum lagi berpeluang membeli jam rolex baru yang tulin  kerana harganya yang mahal dan jika ada wang sekali pun ada lagi komitmen perbelanjaan yang lain yang lebih penting. Ibarat kata orang apa apa peluang itu hanya datang sekali sahaja dan untuk memujuk hati atas tidak  mengambil peluang itu kita akan selalu berfikir selepas ini peluang itu datang lagi dan tidak lari gunung dikejar.

Saturday, February 6, 2021

Berziarah



(Foto Hiasan)
Disuatu ketika dulu saya banyak juga pergi ketempat saudara mara dan sudah jadi adat diketika itu bila cuti sekolah akan pergi kerumah emak saudara dua tiga hari. Diketika itu acara utama ialah bermain bersama dengan saudara mara yang sebaya sepanjang hari disamping pergi melihat tempat baru disekitarnya. Setelah balik semula kerumah situasi itu seakan dilupakan dan tidak diingati lagi kerana dipenuhi dengan aktiviti lainnya yang padat. Setelah masa berganti masa ingatan itu muncul kembali dan menjadi detik indah pula. Tetapi untuk mengulangi perkara itu tidak mungkin lagi. Cuma yang mampu dibuat cuma dikenang dan kemudian jika rajin akan ditulis sahaja atau dikongsi cerita secara verbal. 




Monday, February 1, 2021

Berita Awal - Kembali kerahmatullah Abdul Rashid Hassan (58/59 tahun) Kampung Dusun Buluh pada 30 Januari 2021 (Sabtu)


Berita sedih diterima sahabat kita diatas telah berpulang kerahmatullah jam lebih kurang 2 petang lebih. Salam takziah semoga diampuni dosa dosa nya.