tag:blogger.com,1999:blog-67560176722948117482024-03-18T17:48:28.037+08:00KAMPUNG DUSUN BULUH PULAI CHONDONG MACHANG KELANTANKampung Dusun Buluh nama tempat---
Ramailah teman rakan taulan---
Hidup di kampung memang beradat---
Hormat menghormati dalam pergaulan---Unknownnoreply@blogger.comBlogger418125tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-48950506481083252732024-03-06T07:25:00.001+08:002024-03-06T07:25:15.403+08:00IkanSuatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada sekali dapat juga ikan lapam. Agak sukar juga untuk dapat ikan bila memancing disini. Maklumlah ilmu memancing tiada. Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-45060976464347595152024-03-03T22:04:00.001+08:002024-03-03T22:12:37.008+08:00TebbeyMakna tebbey lebih kurang - cari pasal, kerana dikhuatiri jika melakukan sesuatu disebab tebbey tersebut akan mendatangkan hasil yang tidak baik. Contoh ayat, Sabri menasihatkan Rusman jangan tebbey pergi ke Kedai Pulai Chondong pagi esok kerana ada seseorang ingin menetak atau mencederakannya disitu. Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-35126722602434377042024-02-26T22:50:00.001+08:002024-02-26T22:50:58.644+08:00Air sungai1. Ketika saya di Kampung Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan waktu darjah satu ada satu ingatan tentang sebuah sungai di situ. Apa yang diingati kadang kadang air sungai itu cetek dan dilain waktu airnya dalam. Ketika ia cetek dapat dilihat pasir yang keemasan bersih warnanya dan air yang sangat jernih dan sungai itu boleh diharungi dengan berjalan kaki sahaja keseberangnya untuk ke Sekolah Kebangsaan Penambang.
2. Ketika airnya dalam terdapat banyak kayu balak didalam sungai dan kelihatan lori yang menarik kayu balak keatas tebing menggunakan tali besi. Dilain waktu ketika airnya dalam banyak kelihatan ikan jora tetapi ketika itu orang tidak suka menangkap atau memancing ikan ini kerana dikatakan kerap memakan najis manusia.

3. Ketika airnya dalam kalau hendak kesekolah Kebangsaan Penambang terpaksa ikut jambatan dijalan besar atas Banggol. Dahulu ainya dalam dan cetek rasanya disebabkan terkesan dari air pasang laut atau mungkin juga dimusim air sungai mengering dimusim kemarau.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-17163625381861276392024-02-25T14:10:00.001+08:002024-02-25T14:10:45.793+08:00Laih 1. Laih boleh diertikan juga letih, tidak bermaya, lemah juga rasa tidak bertenaga. Contoh ayat, Ayub merasa sangat laih setelah berjalan hampir 10 km menaiki gunung tahan.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-21129637040502924102024-02-06T15:00:00.001+08:002024-02-06T15:00:29.849+08:00BabokBabok boleh diertikan tidak pandai, tidak cerdas, jahil juga berperangai tidak elok. Contoh ayat, Ayah Zahari memarahinya kerana balik lewat petang sambil berkata "awak ni babok sudah maghrib baru balik"Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-26716308825744134992024-02-03T11:28:00.001+08:002024-02-03T11:28:39.574+08:00Cekkaey Cekkaey bermaksud bersungguh dengan sepenuh daya dalam melakukan sesuatu. Contoh ayat, Ali menasihatkan Abu supaya jangan cekkaey sangat mencari wang dengan melakukan pelbagai kerja kerana kesihatan badan perlu juga dijaga. Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-87234816219114189582024-01-31T21:04:00.001+08:002024-01-31T21:04:24.289+08:00Topi Sudu

1. Topi sudu ketika saya masih bebudak amat teringin untuk memakainya. Namun tiada kemampuan untuk membelinya. Lagi pun mungkin harganya mahal. Disebabkan untuk memakainya saya cuba menjahit sendiri dari lebihan kain menggunakan mesin jahit.
2. Proses tidak lah mengambil masa yang

lama untuk siap. Terubat juga untuk memakainya. Rasanya topi adalah satu satu nya hasil menjahit sendiri hingga jadi topi yang boleh dipakai walaupun bentuknya tidak seperti topi sebenar.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-72506434604076315692024-01-28T17:49:00.001+08:002024-01-28T17:49:16.017+08:00debekDebek boleh diertikan sebagai lemah, tiada kualiti, tidak cerdik, tidak baik dan semua sifat kurang. Contoh ayat, "apa yang debek sangat basikal ni selalu rosak"Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-84941807802061732192024-01-27T17:55:00.001+08:002024-01-28T17:51:12.193+08:00Rangkaian biru RTM - Learn a word a day1. Suatu masa dahulu tahun 70an rangkaian biru siaran dalam bahasa inggeris ada menyiarkan "learn a word a day" setiap pagi jam 0700.
2. Satu perkataan bahasa inggeris akan diajar dengan penerangan dalam bahasa melayu akan diberikan. Rancangan itu amat baik bagi mereka yang masih bersekolah menengah kerana perkataan yang diguna agak mudah.

3. Walau pun selalu mendengar rancangan ini tapi pencapaian bahasa inggeris penulis tidak berapa baik juga walau beberapa cara dilakukan. Bahasa inggeris dianggap susah walau selalu melihat cerita di televisyen. Itulah kelemahan pelajar melayu terutama diluar bandar.

4. Faktor lemah bahasa inggeris ini dianggap biasa waktu itu. Kalau ada yang agak pandai bahasa inggerisnya tapi jumlahnya seorang dua sahaja. Itu pun jika mereka sebelum ini mungkin belajar disekolah aliran inggeris semasa darjah 6.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-30146669903915611912024-01-25T19:55:00.001+08:002024-02-03T11:33:36.982+08:00Semesek Semesek boleh juga diertikan sebagai mudah juga senang untuk dibuat. Contoh ayat, kepada Ahmad soalan matematik yang diberi oleh guru diselesaikan dengan semesek oleh beliau.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-91465430027790187392024-01-09T17:41:00.001+08:002024-01-28T17:52:52.557+08:00Monyet

1. Masa budak dulu di Kampung Dusun Buluh tidak pernah berjumpa dengan monyet. Kalau ada pun yang kelihatan spesis beruk. Tapi kini diberitakan disekitar kampung sudah terdapat sejumlah lebih kurang 300 ekor telah bermastautin di kampung ini dan sekitarnya. Difahamkan mereka ini didatangkan dari tempat lain atau negeri lain. Ada juga gangguan yang dilakukan oleh monyet monyet ini.

2. Jadi terpaksalah penduduk kampung berkongsi hidup dengan mereka dan menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Jika dahulu jika ingin bercucuk tanam jarang ada gangguan dari binatang. Tapi kini gangguan sering terjadi.

3. Monyet ini dilindungi oleh undang undang agar mereka tidak dicederakan atau dihapuskan. Sesiapa yang berbuat demikian boleh diambil tindakan.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-37073248821579249102023-12-27T17:07:00.001+08:002024-02-03T11:34:15.061+08:00Getah Urat

1. Getah urat (GU) ini kepada budak budak dahulu ada nilai tersendiri. GU ini boleh dibuat pertaruhan jika bermain daun terup. Juga GU dibuat kun dan kun ini dibidas untuk menjatuhkan GU yang diletak atas para. GU juga diguna untuk membidas orang lain dijatak dekat. GU digunakan agak banyak untuk dibuat getah lastik biddah. Juga dibuat tali yang panjang untuk bermain lompat lompat. Juga dibuat tempat mengikat barang di carrier basikal. Boleh juga diguna untuk buat senapang ikan.
2. GU ini jika budak budak bila berjumpa akan diambil dan disimpan untuk kegunaan seterusnya. Tapi nilainya akan pupus bila GU ini putus. Jika dibuat pertaruhan jika siapa yang mempunyai banyak jumlahnya maka dikira dia hebat kerana banyak memenangi yang kadang kala getah itu ditayang dilengan seperti gelang.

3. Itulah permainanan dahulu walau tidak mempunyai nilai wang yang tinggi tetapi tetap bermotivasi untuk memenangi apa jua pertandingan kerana memeng sifat kanak kanak yang sentiasa ingin menang dan ingin lebih hebat dari rakan lainnya.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-29673518466279484822023-11-20T06:37:00.000+08:002024-01-28T17:54:06.445+08:00Durian belanda @ durian selat

1. Suatu ketika dahulu di Kampung Dusun Buluh ada sebuah telaga dihadapan balai sah tepi jalan raya. Inilah satu satunya telaga kegunaan awam dikampung ini. Sebelum air paip bermeter datang pada tahun 70an telaga ini banyak diguna oleh orang kampung. Di tepi telaga apa yamg diingati ialah jika tidak silap ada terdapat pohon durian belanda dan yang pasti ada juga limau 'jebol'. Limau jebol pada masa itu adalah antara limau yang agak manis dan buahnya besar.
2. Pohon lain ada juga terdapat tapi sudah tidak ingat. Dipinggir telaga ada tempat air bertakung dan ditepinya ada yang menanam daun kesum yang agak banyak dan hidup subur. Dahulu dihadapan balai sah ini kelihatan meriah sepanjang hari kerana ada telaga dan berada ditepi jalan. Seingat telaga tidak pernah kering tapi agak dalam jika musim kemarau.

Nota: foto dari wikipedia bahasa melayu
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-33010744735418857802023-10-26T17:09:00.001+08:002024-01-28T17:54:50.011+08:00Surat

1. Dahulu jika ada apa apa kiriman melalui khidmat hantaran pos ianya hanya ada dua bentuk iaitu melalui surat dan telegram. Jika menghantar surat menggunakan sampul surat bersetem dan dimasukkan kedalam peti surat pos. Telegram pula berita dihantar secara dalam talian melalui pejabat pos, kemudian berita itu disalin atas kertas menggunakan teleprinter berbentuk typewriter dan dihantar ke alamat penerima.
1. Telegram biasanya untuk tindakan cepat seperti berita kematian. Surat pula dihantar melalui kenderaan dan agak lambat. Jika dizaman kami budak budak tiada keperluan untuk menghantar surat kepada sesiapa. Untuk melihat surat pun macam tidak pernah lihat. Kalau pernah lihat surat dirumah mungkin lihat surat beranak sahaja. Kadang kadang sudah hafal ayat yang terdapat didalam surat beranak tersebut. Lagi kalau ada pun berbentuk surat yang lain ialah lesen radio atau juga mungkin surat pajak gadai jika ada.

3. Jika surat khabar yang berbahasa melayu dan jawi pula hanya kelihatan disekolah rendah itu pun bukan yang terkini mungkin telah beberapa hari yang lalu. Yang selalu kelihatan ialah kertas surat khabar cina dibuat pembungkus. Surat khabar cina ini hanya dilihat gambar sahaja kerana tidak pandai membaca tulisan cina.

4. Jika sesekali ada tayangan wayang gambar maka akan ada saklar atau circular dalam bentuk surat akan dijatuhkan oleh mereka yang didalam kereta yang mempunyai pembesar suara untuk menghebahkan akan ada tayangan wayang gambar pada malam nanti. Pada hari itu suasana dikampung akan nampak meriah berbanding jari biasa.

5. Satu lagi panggilan untuk surat ialah Alquran muqaddam yang mengandungi surah pendek yang dipanggil surat kecil sebab kalau surat besar ialah Alquran yang besar dan tebal yang mempunyai 30 juz 114 surah. Dahulu ramai yang tidak mampu mempunyai Alquran surat kecil apalagi Alquran surat besar. Begitulah juga disamping ramai yang tidak mampu mempunyai Alquran maka ramai juga yang kurang mampu untuk membaca Alquran dengan baik.

6. Dahulu kedai Ustaz Husin akan jadi tempat posmen meletak surat surat yang di pos kepada penduduk Kampung Dusun Buluh.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-6932969660583763862023-10-20T01:38:00.000+08:002024-01-28T17:55:17.577+08:00Beras1. Dahulu pernah melihat dirumah Tok Derasik Kampung Dusun Buluh ada orang menumbuk padi menggunakan alu kayu panjang dan lesung kayu untuk mendapat beras. Selepas ditumbuk beras bercampur sekam ditampi untuk asingkan beras dan kulit padi. Pernah juga dahulu melihat ada mesin padi dibelakang rumah Abang Luwi. Mesin padi itu menggunakan enjin disel yang terletak dalam bangunan berbumbung. Antara enjin dan mesin padi disambung dengan satu 'belt' yang lebarnya mungkin 6 inci dan panjangnya dalam 3 ke 4 ela. Mesin ini biasanya dikendalikan oleh arwah halim jika tidak silap adik kepada arwah abang luwi. Arwah meninggal diusia muda.
2. Dahulu di sekitar Kampung Dusun Buluh banyak bendang padi diusahakan seperti di Becah Kua, Kubang Tebit, Kerawang juga di Kampung Dusun Buluh sendiri. Yang paling luas ialah di Kerawang hingga bersambung ke kawasan Pulai Chondong, Kampung Pangkal Gong, Kampung Bukit juga hingga kekaki Bukit Buloh juga Kampung Pangkal Nering. Tetapi sejak dua tiga dekat kebelakangan disebabkan aktiviti kuari batu yang sejak sekian lama maka aliran air yang mempunyai debu dan butiran batu halus masuk ke sawah padi menyebabkan kerosakan struktur tanah menjadi keras dan tidak sesuai lagi untuk ditanam padi.

3. Pendek kata dahulu tidak perlu ada saliran tali air untuk tanam padi cukup dengan air musim hujan tetapi hanya ditanam satu tahun sekali. Jika yang tidak mempunyai bendang padi mereka akan usahakan padi huma yang ditanam ditanah biasa yang tiada air iaitu dengan menugal padi. Dahulu setiap inci tanah diusahakan tidak terbiar kosong dipenuhi dengan tanaman yang menjadi sumber ekonomi dan makanan penduduk. Kita sebagai budak pada waktu itu memang suka menyelusuri setiap tempat dalam kampung kerana banyak mempunyai kebun, tiada semak samun dan kelihatan bersih dan terjaga.

4. Namun banyak juga beras import dari negara Siam boleh dibeli dikedai kedai yang kualiti berasnya bagus terutama kepada peniaga kedai nasi. Dahulu beras dijual runcit mengikut ukuran cupak. Kadang kadang ada dijual sacara timbangan kati. Jika beras siam yang dijual dikedai diletakkan dalam guni besar yang dipanggil guni jalur. Berat beras untuk satu guni mungkin satu pikul atau mungkin bersamaan 100 kilogram sekarang atau mungkin juga 100 kati. Dahulu beras dibeli dalam jumlah yang sedikit oleh pembeli mengikut kemampuan dalam satu cupak atau segantang. Jika segantang lebih kurang 6 kati dan harga lebih kurang 3 ringgit segantang. Ini bermakna 50 sen sekati iaitu dalam setengah cupak lebih sedikit. Kesimpulannya secara kasar dahulu tahun 70an harga beras 1 kilogram lebih kurang 70 ke 80 sen. Jika 5 kilogram harga bawah 4 ringgit (pengiraan kasar sahaja mungkin betul mungkin salah).

5. Dahulu jika dirumah sudah ada beras untuk dimasak untuk beberapa hari sekeluarga dan membeli dengan tidak berhutang maka sudah dikira mereka bukan lagi orang miskin kerana jika miskin pada kebiasaannya mereka akan berhutang beras samada dikedai atau lainnya. Waktu itu beras bolehlah diukur status ekonomi keluarga. Jika ada beras dirumah maka kelangsungan hidup lebih terjamin.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-66273703452584733022023-10-01T23:08:00.000+08:002024-01-28T17:56:17.864+08:00Botol1. Banyak juga kegunaan botol atau jebol ini semasa umur budak budak dahulu. Ada botol saiz besar dan sederhana besar. Ada yang berwarna seperti hijau dan coklat serta yang tiada warna. Bentuk lebih kurang sama samada kecil atau besar. Cuma tapak botol kadang kadang berbeza iaitu ada yang rata sahaja dan ada yang menonjol kedalam. Tapak yang menonjol kedalam kita panggil juga botol tombol atau tumbor tidak tahu apa fungsinya.
2. Botol ini dahulu diperbuat dari kaca. Yang terkenal botol kicap, botol air lemonade, botol budu, botol cuka, botol sos dan lainya. Jika botol kecil biasanya botol minyak rambut, botol minyak angin. Botol kicap atau budu 'packaging' nya biasanya diikat dalam 12 botol atau 1 dozen dengan tali rafia untuk senang dibawa jika beli secara borong.

3. Botol botol ini yang telah digunakan boleh dijual balik kepada pembeli botol dan barangan logam biasanya botol kecil 3 biji sepuluh atau dua puluh sen (kurang pasti harga).

4. Ada juga ketika botol yang tidak berwarna ini digunakan untuk meletakkan serangga kunang kunang atau kelip kelip yang jika dikampung dulu pada waktu malam selepas maghrib pada ketika tertentu banyak berterbangan disekitar semak tepi jalan. Bila ditangkap akan dimasukkan serangga itu beberapa ekor kedalam botol maka akan cerah bercahaya. Jika musim bermain ikan sepilar maka banyak botol diperlukan untuk meletak ikan tersebut dan biasanya botol saiz besar diperlukan supaya ikan selesa berada didalamnya. Ada juga botol ini dibuat pelita minyak tanah. Itulah antara permainan budak budak dahulu.

5. Jika botol kaca minyak rambut lelaki brylcreem boleh juga diletakkan serangga kumbang berwarna hitam didalamnya akan mengeluarkan bunyi bila ditangkap. Itulah lebih kurang penggunaan botol yang tentunya masing masing pernah menggunakannya dari dulu hingga kini yang tentunya bagi budak budak yang penggunaannya mengarah kepada permainan tertentu.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-65186155744005152042023-09-28T12:16:00.000+08:002024-01-28T17:55:56.360+08:00Anak Ayam1. Menjadi kesedihan juga melihat ada anak ayam yang berwarna kuning dibelakang rumah kelihatan mati. Sedangkan banyak lagi adik beradiknya dalam sepuluh ekor masih hidup. Tidak tahu siapa yang ajar maka saya ambil satu tin lalu ditutupi anak ayam yang mati diatas tanah tadi dengan tin itu. Selepas itu saya memukul tin itu beberapa kali dengan batang kayu yang agak kuat. Selepas itu saya membuka dan mengangkat tin itu dengan tidak semena mena anak ayam itu dapat berjalan dan 'hidup' kembali. Itu terjadi mungkin bila mendengar bunyi dentuman yang kuat membuatnya terjaga.
2. Itulah petua orang dahulu ketika saya masih budak budak lakukan untuk 'menghidupkan' anak ayam tersebut. Yang berlaku sebenarnya mungkin anak ayam itu pengsan sahaja. Mana mungkin yang sudah mati hidup balik. Ada juga kejadian dilain waktu walau diketuk beberapa kali anak ayam tetap tidak hidup. Itulah kenangan masa lalu. Yang pelik ada jugakah anak ayam boleh pengsan atau pitam.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-66266373401613766122023-09-25T19:26:00.000+08:002024-01-28T17:57:01.461+08:00Kemucut1. Kemucut ialah sejenis rumput yang mempunyai batang halus yang tinggi lebih kurang setengah ke satu kaki setengah ikut ukuran orang dahulu. Ia tumbuh biasanya di padang seperti di padang bola.
2. Kemucut ini mempunyai bunga atau buah yang jika terkena pada kaki seluar atau stokin akan melekat kuat dan sukar untuk dibuang kerana banyak jumlahnya. Jika bermain bola dan memakai stokin maka jika padang tidak dimesin rumput ini pastilah bunga atau buahnya akan melekat dengan eratnya. Ia lebih sukar dibuang dari kaki seluar. Jika disekolah rendah jika bermain bola dipadang bola tidak menjadi masalah sangat kerana kami kadang kadang tidak memakai stokin dan berseluar pendek.

3. Tidak pula diketahui kegunaan buah atau bunga kemucut ini mungkin menjadi makanan pada serangga.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-553699102093975982023-09-21T23:26:00.000+08:002024-01-28T17:57:25.520+08:00Meja1. Meja biasanya ia ada mempunyai pemukaan rata dan dibawahnya untuk menyokong keberadaannya ia mempunyai kaki mungkin satu, dua, tiga, empat atau lebih kaki. Ia diperbuat dari pelbagai bahan seperti kayu, batu, plastik dan lainnya.
2. Semasa zaman sekolah rendah ada banyak meja dan kerusi dalam bilik darjah. Jika dikedai kopi pun ada kerusi meja. Jika dirumah rumah dikampung jarang kelihatan meja dan kerusi. Jika dikedai runcit meja juru wang ada dibahagian depan. Jika disurau tidak kelihatan ada meja tapi dimasjid ada kerusi dan mimbar.

2. Jika ada acara kebudayaan seperti menora seperti di Pengkalan Kiat dan diadakan acara meneka biji kacang untuk mendapat hadiah pulut seekor ayam golek maka diletakkan ayam itu diatas tempat berbentuk meja. Dilain tempat pula jika ada orang cina bermain mahjong atau main 'pong' maka mereka bermain diatas meja dan duduk atas kerusi. Kalau dirumah anak Tok Awang Aki dan kedai Mek Baru juga diletak TV atas meja.

3. Dahulu tidak kedapatan dan amat jarang ada meja makan dirumah rumah orang kampung. Jadi mereka makan bersila sahaja.

Seiring dengan kemajuan sedikit demi sedikit semakin ramai yang mampu membeli peralatan perabut maka di pekan Pulai Chondong ada kedai yang menjualnya. Seingat saya ada sebuah dua kedai dekat stesyen minyak shell dan kedai sebelah Restoran Pulai Chondong yang menjual perabut.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-38606178716377799462023-09-13T21:44:00.000+08:002024-01-28T17:58:00.430+08:00Tarikh1. Tarikh 31 Ogos adalah hari kebangsaan Malaysia. Semasa di sekolah rendah tiada banyak tarikh hari ulang tahun yang diingati malah tarikh hari lahir sendiri pun begitu juga. Ketidakingatan ini berlaku mungkin lama sudah masa berlalu atau kurang acara yang dilalui atau juga mungkin kurang ambil tahu tentang tarikh tarikh penting.
2. Jika dahulu masa budak mungkin belum masa hendak ambil tahu tentang tarikh maklumlah umur dan pengetahuan belum tahu apa kepentingan tentang tarikh tarikh. Lagi pun murid sekolah mula belajar tawarikh atau sejarah pun bila sudah masuk sekolah menengah. Bila belajar tawarikh baru tahu betapa perlu ambil tahu tentang tarikh tarikh tertentu.

3. Tarikh yang telah berlalu ada yang diingati dan diulang ulang setiap tahun dan ada yang tidak diulang ulang. Kalau yang diulang disebut hari ulang tahun. Tarikh yang telah berlalu itu ada yang terasa lama ianya telah berlalu dan ada yang baru sahaja telah berlalu. Terasa lama atau baru itu bergantung kepada masing masing individu.

4. Begitu lah hidup ini tidak lepas dari perkara yang telah berlalu sentiasa berlegar legar diruang ingatan yang antaranya nampak jelas. Ada yang mengatakan tanpa yang lama maka tiada yang baru. Contoh paling mudah model kereta yang jika dahulu modelnya tidak secantik yang sekarang. Begitu juga dengan pakaian yang waktu dahulu tidak secantik yang sekarang. Ibarat kata yang baru lebih menarik dari yang lama.

5. Oleh yang demikian jika ada tarikh tarikh yang telah berlalu itu menjadi satu memori yang indah untuk dikenang maka sentiasalah diingat ingat . Ibarat kata jika dahulu kita tidak menyukai apa yang kita lalui tetapi apabila lama masa berlalu bila diingat dan dikenang terasa indah hari yang telah dilalui itu walau mungkin tidak ingin lagi dilalui hal itu sekali lagi.

6. Walau tidak ingat tarikh bila ianya berlaku seperti hari bila, bulan betapa dan tahun berapa tapi biasanya kita ingat akan tahunnya. Bila tahun mula bersekolah, bila tamat alam persekolahan dan sebagainya.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-88947021156642915622023-09-06T08:59:00.001+08:002023-09-06T18:33:04.242+08:00 Kembali kerahmatullah Hawa Emak Zaiton Kampung Dusun Buluh pada 04 September 2023 Dimaklum mak Zaiton Ismail telah meninggal dunia jam 4.00 pagi tadi...sama sama kita mendoakan semoga roh arwah diampuni semua dosa dosa nya dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-11563487417009848142023-08-27T07:57:00.001+08:002024-01-28T17:58:27.071+08:00Sokan1. Semasa disekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar banyak acara sokan yang penulis mengambil bahagian. Antara sokan yang mewakili peringkat sekolah ialah bola sepak, hoki, sepak takraw dan bola tampar. Untuk acara olahraga pula ialah larian jarak dekat, lompat jauh dan lompat tinggi.
2. Bola sepak, hoki dan takraw dapat mewakili peringkat zon dan seterusnya daerah iaitu Machang. Hoki paling menonjol kerana mempunyai jurulatih yang amat berdedikasi iaitu Cikgu Awang. Berkat asuhan beliau hoki adalah acara yang paling penulis berjaya walau selepas kesekolah menengah dan seterusnya.

3. Banyak kenangan jika ingin dituliskan tentang penglibatan dalam acara sokan sepertimana sebahagiannya pernah ditulis dalam laman blog ini. Namun yang pasti sokan adalah acara yang paling diminati oleh murid sekolah dan ianya dilaksanakan secara tersusun. Ia sekaligus sebagai satu wadah untuk menonjolkan diri dengan bakat yang ada untuk menjadi seorang pemenang dan tentunya memerlukan tenaga, kreativiti, usaha, latihan dan komitmen yang tinggi tanpa penat dan berputus asa.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-15364003620428277742023-08-22T12:28:00.001+08:002023-08-22T12:28:14.868+08:00SangaiMaksud sangai ialah menggoreng tanpa guna minyak. Ada dua yang diketahui iaitu sangai kelapa parut untuk nasi kerabu. Satu lagi menyangai beras bahan untuk buat ikan pekasam. Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-49247304355433196082023-08-17T15:09:00.001+08:002024-01-28T17:58:54.120+08:00#090823m Kembali kerahmatullah Kohir anak tok Derasik Kampung Dusun Buluh Allahyarham diberitakan kembali kerahmatullah pada 09 Ogos 2023 difahamkan di Dabong rumah anaknya. Tiada maklumat lanjut diterima. Arwah ialah adik kepada arwah Ustaz Husin dan juga arwah Muhammad. Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6756017672294811748.post-87135777444591973112023-07-26T22:47:00.001+08:002024-01-28T17:59:27.871+08:00Pasar Pulai Chondong, Zuliza cafe Kampung Dusun Buluh char kuey tiewhttps://vt.tiktok.com/ZSL9eHH4K/Unknownnoreply@blogger.com0