Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Sunday, June 21, 2009

balai sah - madrasah kampung dusun buluh

Balai sah ini seingat nya telah berada disini. Ia terletak disimpang empat, satu simpang jalan menghala ke kampung kerawang dan satu lagi simpang jalan hendak pergi LUNDANG tepi sungai kelantan sebelah Pengkalan Kiat. Dulu sebelah kiri surau ini terdapat sebuah kedai runcit Mak Teh Embong. Selepas itu ada pula kedai kopi nasi belauk Halimah anak Mak Teh sebelahnya. Sekarang kedai itu sudah lama tiada. Sebelah kanannya pula ada kedai Abang Husin. Juga sekarang ini pun sudah tiada kedai itu. Menghadap depan kedai ini dulunya pula ada rumah Abang Derih dan Paksu Mahmud. Depan rumah paksu Mahmud ada juga bangsal kedai kopi. Paksu Mahmud ini amat mahir bermain Rebab. Sebelah bangsal kedai kopi juga dulunya ada bangunan kelas dewasa dan dibelakang kelas dewasa pula ada bangunan mesin padi. Pendek kata tempat balai sah ini berada adalah pusat bagi Kampung Dusun Buluh. Dihadapan kedai Makteh Embong pula terletak rumah Pak Wil. Dia juga seorang tukang azan yang merdu dan lantang suaranya bila azan di balai sah ini. Dia juga kalau tidak silap mahir dalam panjat pokok kelapa. Kita bagi bebudak kecil kampung ini memang sinonim atau tidak dapat dipisahkan dengan balai sah ini. Sebabnya ia seolah-olah rumah kedua kami dimana jika ada satu-satu sebab kita akan tidur pada waktu malam disini. Contohnya jika ada aktiviti malam tersebut dan agak lewat untuk balik. Dihadapan balai sah ini pula ada sebuah telaga yang tidak kering pada waktu kemarau dan ramailah yang akan menggunakannya untuk mandi dan basuh pakaian. Jadi balai sah ini sentiasa ada orang sambil berehat dan menunggu untuk mandi atau untuk bersembang-sembang di bahagian luarnya. Sebab kawasannya sentiasa basah ditanam pula disitu serai dan subur. Masih diingat terdapat sepokok limau "jebo" yang ditanam mungkin oleh Ustaz Husin dan buahnya lebat dan manis sebelah telaga tersebut. Jadi jika musimnya dapatlah kita makan buahnya. Imam balai sah ini ialah Tok Lebai Husin@Abang Husin@Ustaz Husin. Dia seorang yang dihormati sentiasa dan sampai sekarang surau ini dinamakan Madrasah Ustaz Husin. Dia sudah lama meninggal akibat kemalangan jalan raya dengan kenderaan lain semasa memandu motosikal hondanya. Tok Lebai Husin seorang yang berilmu agama pada masa tersebut dan disegani. Lagi pun ia mesra dengan budak-budak dan dewasa. Pada masa tersebut Tok Lebai Husin menjadi tempat rujukan ilmu agama bagi penduduk kampung dan beliau sentiasa mengajar dikuliah maghrib dibalai sah ini. Seingat daku ia tidak pernah marah pada kita budak-budak walaupun kita bising ketika solat seperti pada bulan ramadhan. Inilah antara kelebihan beliau.

Madrasah Ustaz Husin ditepi jalan
Tempat bersolat lima waktu
Semasa berteman seiring sejalan
Nasihat menasihati itu yang tentu
Posted by Picasa

Monday, June 15, 2009

market pulai chondong

Market atau pasar Pulai Chondong telah lama berdiri megah di pekan ini. Hari besarnya ialah Khamis. Hari lain pun beroperasi juga setiap hari cuma jika hari besar pembeli dan penjual bertambah dan melimpah hingga keluar. Jika hari-hari tertentu ada pula pasar malam disekeliling market ini. Boleh juga dikata hidupnya pekan ini kerana ujudnya market ini dari dulu hingga sekarang. Jika dahulu apa yang diingat jika yang menjual kain serta pakaian ialah dipanggil Mak Aji dan anaknya Mohamad. Jika yang menjual daging segar ialah ayah Ustaz Man Kampung Surau. Kedai kopi dalam market ini pula dikendalikan oleh Pak Jak roti yang sentiasa ada pelanggannya. Pendek kata market ini sudah menjadi identiti sebahagian dari pekan Pulai Chondong yang tidak dapat dipisahkan disamping aktiviti sumber ekonomi harian penduduk disini.





















Pasar Pulai Chondong tempat berniaga
Pak Jak roti berkedai kopi
Solat lima waktu wajib dijaga
Diakhirat perlindungan akan dikecapi


Thursday, June 11, 2009

radio transistor

beginilah lebih kurang bentuk radio dahulu tahun 7oan. apa yang diingat jenama sanyo adalah jenama terkenal lagi pun harga murah buatan jepun. masa itu barangan buatan jepun dikira kurang bermutu berbanding barangan keluaran negara barat. jika barangan eropah jenamanya seperti phillips. radio ini amat berguna untuk mendengar musabaqah membaca alquran terutama peringkat antara bangsa. lagi satu radio ini mesti dibayar lesennya setiap tahun. sebagai orang kampung sudah menjadi lumrah tidak membayar lesen. hendak dijadikan cerita pada suatu hari daku diarahkan supaya menyembunyikan radio ini kerana dikatakan ada pegawai yang akan memeriksa lesen tersebut. apa lagi diambilnya radio tersebut dengan sepantasnya dan dimasukkan kedalam timbunan sabut yang kebetulan terletak didalam gok ayam. apa yang merisaukan ialah walau telah disembunyikan masih tidak selamat kerana dikatakan mereka akan dapat mengesan radio tersebut walau dimana disembunyikan sekalipun kerana ia ada alat pengesan. walaubagaimana pun tidaklah ada pula kedengaran ada orang yang didakwa atau denda atas kesalahan ini tetapi ketakutan tetap ada setahun sekali. lagi satu radio ini akan rosak bukan disebabkan lama digunakan tetapi disebabkan oleh cuba mengubah suai atau mengadjust peratan didalamnya supaya mutu penerimaan lebih baik lagi seperti memusing screw didalamnya dan lainnya. lama kelamaan setelah longgar ia menjadi rosak. screw driver pula dari hujung mata pisau. apapun radio ini amat berguna bagi kami dikampung sebagai media maklumat dan hiburan. rancangan popular ialah seperti lintas langsung perlawanan bola sepak, drama, siri "fajar dibumi permata" serta berita. jika diwaktu pagi jam 6.00 pula disiarkan mari bersenam diiringi muzik rancak. tidak ketinggalan juga rancangan muqaddm datuk hassan. yang lainnya seperti biasa lagu-lagu hiburan antara penyanyinya habibah yaakob.

Radio Malaysia Kota Bharu sentiasa keudara
Sumber hiburan serta informasi terkini
Dikampung beserta sanak saudara
Diluar Kelantan bersama rakan jadi penghuni
Posted by Picasa

Wednesday, June 10, 2009

pokok palas

foto pokok palas ini diambil di kampung pangkal gong yang tumbuh dalam kebun getah. pokok ini telah terdapat disini seingatnya lebih dari 40 tahun. itu yang sudah diingati dan ia tentunya lebih awal lagi. sebab pokok ini kekal disini kerana belum/tiada dibuat pembangunan seperti rumah. seingat daku apabila tiba hampir waktu hari raya wa(nenek) akan ambil daun palas dihadapan rumahnya untuk dibuat ketupat(tuppat). law ni pun bila pergi kerumahnya pokok ini masih tetap disitu.






Daun palas dibuat ketupat
Ketupat pulut tawar dan manis
Dalam hidup kuat mengumpat
Jika tahu akibat tentu menangis


































Posted by Picasa

Saturday, June 6, 2009

bola kulit



bola kulit ini amat pupolar masa sekolah tahun 60an dan 70an di sekolah kebangsaan bandar. bola ini jika bermain bukan pada waktu hujan dikira ringan dan berani untuk menanduk dengan kepala. tapi jika bermain waktu pagi atau waktu hujan ia meresap air dan menjadi berat dan jarang yang berani menandukkanya. dan risikonya bola akan mudah terkopak dan terkeluar tiubnya. kita dulu masa budak sekolah rendah bola ini kelihatan besar dan jika ditendang pun tidak pergi jauh dan tak gi derah. bila kita sudah kesekolah menengah seperti tingkatan 5 dan 6 kita masih lagi bermain bola dipadang sekolah ini pada waktu petang disamping berjumpa kawan-kawan lama dan ia kelihatan meriah sekali kerana masing-masing sudah ada skill tersendiri. pada yang bersekolah diluar kelantan inilah masa untuk reunion terutama masa cuti sekolah. tapi sekarang padang sudah berpindah tempat kerana dibuat bangunan.

Bermain bola dipadang sekolah
Bola ditendang terkena palang
Dalam bergaul suka mengalah
Erat hubungan tidak terhalang