Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Wednesday, August 17, 2022

Kisah Malaria


Ketika penulis berusia sekitar sepuluh tahun pernah terkena penyakit malaria. Setelah beberapa lama penulis dibawa pergi ke sebuah hospital di Kota Bharu Kelantan, apa yang sentiasa diingati semasa disana pembawa membelanjakan minum air yang dijual disebuah gerai atau sebuah tempat yang menjual air. Dahulu jika dapat minum air yang dibeli dikira suatu yang istimewa. Selepas itu setelah balik kerumah tugas pertama yang perlu dipatuhi ialah memakan ubat yang amat pahit. Ubat dalam bentuk tablet itu kecil sahaja saiznya tapi sukar untuk ditelan kerana disamping pahit lagi pun tidak pernah makan ubat sebelum ini. Cara mudah dan agak berkesan orang dulu-dulu lakukan ialah dengan memasukkan ubat itu dalam ketulan pisang masak supaya tidak terkena lidah semasa menelan. Selang beberapa ketika maka penyakit sembuh. Kesan dari penyakit ini ialah badan menjadi kurus dan semasa kurus itu penulis ingat lagi bila hendak berjalan untuk jarak yang jauh diluar rumah terasa badan teramat ringan dan terasa hendak terbabas atau seperti terhuyung-hayang. Betapa lama menghidap penyakit ini sudah tidak diingati mungkin kena tanya penjaga semasa kejadian itu dan perkara ini tidak pula pernah ditanya.