Friday, August 29, 2014

Bukit Putih

Yang nampak seakan-akan satu lembaga manusia sedang terbaring dibaluti kain putih didalam bukit itu ialah tempat kuari batu. Ia amat ketara nampak dari kejauhan. Bagi penduduk sekitar ia adalah pemandangan biasa mungkin sudah lebih 50 tahun yang lalu.

Thursday, August 14, 2014

Tin Biskut

Tin biskut dari dulu sampai sekarang sama bentuknya yang berubah cuma dulu cerminnya dari kaca dan sekarang dari plastik. Dulu tin ini diisi dengan biskut yang popularnya ialah biskut lenga, meri, tawar besar dan kecil, biskut masin (yang bentuknya bulat kecil dari biskut meri) dan juga biskut 'kapit'? Biasanya yang membeli biskut dalam tin ini ialah tuan punya kedai runcit dikampung-kampung. Tin ini juga sesuai diisi dengan keropok keping goreng oleh penjual colek keropok.

Tuesday, August 5, 2014

Pemakan Rumput

Jika bebudak memelihara lembu walau bukan sepenuh masa tapi tugasnya agak berat juga. Antaranya diwaktu pagi hendaklah membawa keluar dari bawah rumah (kandang) kekawasan berumput. Hendaklahlah dialih beberapa kali dan diberi minum. Jika perlu diberi makan batang pisang atau mencerut rumput. Kalau perlu dimandikan jika berdekatan dengan sungai. Biasanya yang memandikan lembu didalam sungai ialah penternak berbangsa cina yang terkenal rajin. bila semua sudah selesai dekat malam dibawa masuk balik kebawah rumah. Inilah tugas budak-budak sebagai membantu ibu bapa dari segi ekonomi yang tidak terniat pun minta dibalas dengan wang ringgit yang mana kadang-kadang tidak tahu atau tidak ambil tahu pun samada lembu itu dijual atau disembelih dibuat korban hari raya. Apa yang penting tugas telah dilaksanakan walaupun tidak memuaskan hati ibu bapa. Jika difikir-fikirkan balik banyak juga sumbangan budak-budak ini kepada ibu bapa mereka walau kadang kala mereka tidak menyedarinya. Itu belum lagi dengan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa kesemasa atau tugas itu memang telah ditetapkan.Mungkin kehidupan mereka dulu berbeza dengan budak generasi sekarang yang berlaian gajet yang mereka miliki atau mainkan.