2. Ketika airnya dalam terdapat banyak kayu balak didalam sungai dan kelihatan lori yang menarik kayu balak keatas tebing menggunakan tali besi. Dilain waktu ketika airnya dalam banyak kelihatan ikan jora tetapi ketika itu orang tidak suka menangkap atau memancing ikan ini kerana dikatakan kerap memakan najis manusia.
3. Ketika airnya dalam kalau hendak kesekolah Kebangsaan Penambang terpaksa ikut jambatan dijalan besar atas Banggol. Dahulu ainya dalam dan cetek rasanya disebabkan terkesan dari air pasang laut atau mungkin juga dimusim air sungai mengering dimusim kemarau.