Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Monday, August 1, 2011

Membuat Ragi

Bahan-bahan adalah seperti:

1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi) 8. Jintan Putih 9. Cabang Bunga 10. Belaga Hendi 11. Kulit Kayu Manis 12. Adah Pedas 13. Akar kayu manis

Cara membuatnya:
Beras hendaklah ditumbuk menggunakan lesung tumbuk padi selepas itu hendaklah ditapis menggunakan penapis. Semua rempah ratus seperti dinyatakan perlu dimesin. Selepas itu masukkan air bertapis kedalam beras yang telah ditumbuk tadi dan
gaul dengan air tersebut. Setelah agak keras tepung tersebut dan ianya bolehlah dibulatkan menggunakan tangan dan dileperkan seperti bentuk ragi dan diletakkan didalam dulang seperti difoto.Selepas itu taburkan debu ibu ragi yang telah jadi tepung dengan ditumbuk dalam lesung iaitu ragi yang dibuat khas yang saiznya agak besar dengan ditabur atas tepung yang telah dibentuk jadi ragi tadi. Bila telah siap hendaklah ragi yang didalam dulang biru tadi diletak dalam kelambu selama 2 malam. Selepas itu jemur pula ditempat teduh pula 2 hari. Selepas itu dijemur pula dipanas matahari selama 3 hari pula. Kemudian ragi yang telah siap itu mesti dicuba untuk membuat
tapai. Jika telah berjaya baru lah boleh dijual dan sedikit daripadanya disimpan untuk dibuat ibu ragi.Serba sedikit maklumat ragi:

Ragi adalah bahan utama untuk menbuat tapai. Keunikan ragi ia tidak diperbuat dari gula tapi apabila menjadi tapai ia adalah manis. Untuk satu cupak beras hanya memerlukan sekeping lebih atau dua tiga keping ragi sahaja tapi apa yang pelik bagaimana secupak beras boleh menjadi manis. Inilah kelebihan ragi yang bahannya dari rempah ratus. Sebenarnya didalam rempah tersebut telah tersimpan bahan manis yang terdapat dalam masakan kita.
Bahan dan foto serta resipi membuat ragi ini disediakan oleh pembuat ragi yang bernama Awang Yang dan salah seorang penduduk Kampung Dusun Buluh yang telah menjalankan aktiviti ini berbelas tahun dahulu yang mana sebelum ini diusahakan dikampung isterinya didaerah Pasir Mas Kelantan. Beliau suami isteri mengusahakan membuat ragi ini. Membuat ragi ini memerlukan kepakaran dan faktor kebersihan juga amat perlu dijaga untuk menjamin mutu ragi dimana dikawasan rumah tidak boleh membela binatang ternakan seperti ayam dan sebagainya. Beliau juga menyatakan membuat ragi ini agak memenatkan memandangkan umur pun telah meningkat. Sekarang disamping membuat ragi beliau sentiasa mendapat tempahan tapai dalam kuantiti
yang banyak dari mereka yang akan mengadakan majlis kenduri. Oleh itu jika teringin memakan tapai pergilah kerumahnya dihujung Kampung Dusun Buluh sempadan Kampung Mata Ayer kerana biasanya setok tapai sentiasa ada.













6 comments:

  1. Salam, sungguh infomatif. Dah lama saya teringin nak tahu proses pembuatan ragi. Sungguh menarik blog anda ini. Teruskan usaha murni anda!

    ReplyDelete
  2. brapa kuantiti yg diperlukan utk setiap bahan2 tu ya?

    ReplyDelete
  3. Salam. Bagaimanakah rupa cabang bunga, Adah pedas, Belagi hendi, Adah manis? Kurang jelas disitu.

    ReplyDelete
  4. resipi tipu tu...tak nk bagi org tahu

    ReplyDelete
  5. Apa bahan2 yg membolehkn ragi tu pahit yaa..terda lama teringin nak tahu

    ReplyDelete