Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Friday, December 19, 2014

Kenduri

Kenduri yang dimaksudkan disini ialah kenduri kahwin. Semasa penulis dizaman budak dahulu jika diadakan kenduri kahwin di kampung biasanya akan diketahui kerana ia dikira acara besar. Antara yang diingati siapa yang melangsungkan majlis itu antaranya ialah pasangan Abdullah dan Enon Pak Muda Hamat. Cik Bidah Maksar dan Abd Rahman. Halim Mek Nab dan Esah Makcik Sari. Suhaimi Paknik Wil dan Shamsiah Cik Limah. Jika di Kampung Pangkal Gong pula antara Wan Najib dan Najmi Ustaz Man dan Jawahir Harun yang mengajar AlQuran di Balai Sah(penulis rasanya tidak hadir perkahwinan Jawahir hanya mendengar berita sahaja). Pernah juga menghadir perkahwinan anak Pak Lah di Kampung Chabang Empat yang rumahnya menghadap rumah Tok Iman Sat. Jika dikampung Kubang Tebik ialah Anak sulong perempuan Pak Da Soh Da Timah yang berkahwin dengan oeang sebelah Kota Bharu. Yang lain ialah Ismail menantu Pak Mejah. Di Pulai Chondong pula Mat Zin anak Tok Lebai Nor dan di Kampung Jenereh Bongkok Abang Mat Tok Lebai Nor Kak Jarah. Yang lain dari yang disebutkan mungkin tidak berapa diingati lagi atau penulis telah berhijrah ketempat lain. Mereka yang disebutkan tadi memang penulis menghadirinya secara langsung. Apa yang diperhatikan semasa acara belarak kerumah pengantin perempuan akan jelas kedengaran suara bersalawat. Dahulu juga jika selepas semuanya selesai akhirnya akan diadakan upacara santapan pengantin. Makanan mereka akan dihidangkan didalam bilik pengantin perempuan. Ini penulis perhatikan diupacara yang dibuat dirumah Enon Pak Muda Hamat. Ini bermakna acara diadakan secara tertutup tidak seperti sekarang yang ada kalanya dibuar secara terbuka. Selain daripada itu ada juga diselitkan dengan acara bersilat untuk lebih memeriahkan suasana majlis. Para jemputan pula jika dimajlis Cik Bidah akan dijemput juga yang berbangsa cina disekitarnya. Pernah juga disuatu ketika menjadi wakil kepada ibunda supaya menghadiri majlis kenduri di Bukit Panau dirumah Cikgu Nawi dimana anaknya berkahwin dengan berjalan kaki. Masih diingat membawa wang RM2 untuk dihadiahkan kepada bapa pengantin. Ini dikira satu tugas berat juga menunaikan amanah yang diberi.