Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Wednesday, May 31, 2023

Makteh Embong

1. Arwah Makteh Embong ialah seorang peniaga kedai runcit di Kampung Dusun Buluh. Rumahnya dan kedainya bersebelahan dengan Balai Sah Tok Lebai Husin. Suami arwah bernama Pakteh atau Abdul Latif. Arwah kembali kerahmatullah sekitar tahun 1995. Sekitar awal tahun 70an arwah menunaikan fardhu haji ke Mekah. Arwah suami Makteh Embong kembali kerahmatullah lebih awal mungkin sekitar akhir tahun 50an. Adik beradik arwah Makteh Embong seperti pakmuda hamad, mak yam, mak nab, mak sar. Anak arwah seperti Zainab, Halimah, Rahmah, Minah dan Yaakob. (31 Mei 2023) 21:21 malam

Monday, May 22, 2023

Pak Muda Hamad

1.   Arwah Pak Muda Hamad tinggal di Pengkalan Kiat dan rumahnya hingga kini masih berada ditempat yang sama. Arwah dahulunya kerjanya tidak berapa pasti tetapi selepas kematian isteri sekitar hujung tahun 60an beliau mula berhijrah ketempat lain antaranya di Sungai  Durian Kuala Krai. Nama isteri arwah ialah Mariam atau kalau tidak silap dipanggil Maksu Yam. Maksu Yam pernah mengajar mengaji AlQuran kami kanak-kanak dan ia guru pertama saya. Dihari kematian Maksu Yam dikala pengurusan jenazah rasanya itulah kali pertama saya menatap wajah orang yang telah meninggal dunia diusia bawah 9 tahun dan wajah itu hingga kini masih kelihatan diingatan. Suasana sayu serta agak takut untuk menatap wajah jenazah yang terbujur kaku tetap terpahat diperasaan. Adik beradik arwah antaranya ialah Zainab, Maksar, Embong, Mariam dan Ismail (jika tidak silap).
2.   Anak arwah ialah Enon suaminya Abdullah di Bukit Panau. Fauziah suaminya Man. Omar, Jaya dan Zaitun. Arwah Pak Muda ini sifatnya amat baik dari segi menjalin silaturahim dengan saudara mara terutama dengan anak-anak saudara beliau. (22 Mei 2023) 10:27 malam

Friday, May 19, 2023

Pakcu Ali

1.   Arwah Pakcu Ali ialah suami kepada Makyam. Beliau ialah seorang seorang pengusaha perahu penambang di Pengkalan Kiat. Adik beradik beliau yang saya diketahui ialah Mustafa suami Maksar. Anak-anak beliau seperti Mohamad (Keratong, Husin (Kg Laha) Aminah (Chekok), Zainab (Chekok), Siti (Bukit Panau, Fauziah (Laloh), Rohani (Dusun Buluh) dan Ruzmi (Dusun Buluh). Dahulu rumahnya di Pengkalan Kiat kemudian sekitar tahun 70an berpindah ke Kampung Dusun Buluh ditepi jalan utama. Beliau kembali kerahmatullah mendahului arwah Makyam. Cucu-cucu beliau antaranya Salma, Sotar dan Fauzi.
2. Itu secara ringkas tentang arwah dan pernah bersembang ketika beliau telah berpindah kerumah baru. Ketika dirumah lama rasanya tiada peluang untuk sembang santai kerana umurku masih belum baligh lagi. Apa yang disembang sudah tidak diingat lagi. (19 Mei 2023) 9:05 malam