Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Saturday, June 17, 2023

Waktu Malam

1.   Waktu malam ialah selepas waktu maghrib. Kita budak budak walau waktu malam masih juga beraktiviti walau agak terhad. Apa yang diingati walau masih kanak kanak tapi dalam keadaan tertentu masih dibenarkan keluar rumah. Ada yang dibenarkan keluar rumah, ada yang keluar rumah tanpa dibenarkan. Jadi tentang keluar rumah ini tiada peraturan tetap tapi difahami. 
2.   Antara aktiviti waktu malam ialah belajar mengaji alquran dirumah guru mengaji. Jika dibulan puasa setiap malam selepas maghrib boleh keluar rumah. Jika ada pertunjukan wayang percuma 'publik lesen' . Jika ada acara  pertandingan dan pertunjukan seperti kertuk dan wayang kulit. Jika ada tayangan filem dipanggung wayang di Mata Ayer. Begitu juga menonton televisyen dirumah tertentu yang memiliki peti televisyen.
3.   Ada ketika pada waktu malam mencari belalang kunyit di sawah padi Kampung Kerawang semasa habis musim menuai padi. Ada ketika jika disekolah ada acara aktiviti perkhemahan didalam kawasan sekolah. Atau juga jika ada acara pertunjukan Menora seakan permainan Makyong yang dimainkan diperkarangan rumah orang cina sekitar Kampung Dusun Buluh. Ada juga kadang kadang melihat orang bermain puteri dirumah seseorang untuk mengubati orang sakit. Atau juga permainan tok selampit. Juga dimalam hari bermain meriam buluh sebelum datang hari raya puasa. Juga kadang kadang pergi belajar silat seru waktu malam yang silatnya tanpa ada gendang. Atau juga jika ada kelas kelas tambahan persediaan peperiksaan SRP disurau. Juga dimusim buah durian gugur dengan tidor dibangsal durian dibawah pokok durian. Jika dibulan maulud ramai juga buat majlis selawat nabi dan diadakan jamuan waktu malam. Jadi dalam masa sebulan bulan maulud boleh menjamu selera atas hidangan yang disediakan. 
4.   Itulah antara aktiviti waktu malam masa budak budak dahulu yang adakala dibenarkan keluar oleh penjaga ada kala tidak dibenarkan bergantung pada keadaan. Mungkin ada lagi acara lain yang mungkin tertinggal untuk disebutkan disini. (bersambung..) 17 Jun 2023 jam 13:49 kemaskini 19 Jun 2023 jam1733

No comments:

Post a Comment