Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Monday, June 28, 2021

Kain pelikat budak



Kain pelikat budak disuatu ketika dahulu dianggap satu pakaian mewah juga. Ini kerana bukan semua budak kampung mampu memakainya walau ia satu keperluan. Jika ingin memakainya biasanya akan dipakai sarong orang dewasa samada kain sarong wanita atau lelaki tapi bila dipakai tidak sesuai sebab besar tapi jika untuk tidur dimalam hari buat selimut ianya sesuai. Apa yang saya ingat selalu juga memakai kain sarung mek ku. Pada satu ketika semasa beberapa hari berkunjung kerumah nenek ku suatu hari nenek ku membawa saya ke pasar pagi di "gok tembakau" atau tempat pengering daun tembakau di Kampung Pangkal Gong yang kini jadi tapak Maahad Tahfiz Pulai Chondong dekat dengan Sekolah Menengah Abdul Samad. Disitu nenek ku membeli sehelai kain pelikat budak. Bukan kepalang gembiranya saya ketika itu hingga kehari ini masih mengingati suasana dipasar pagi dan kain itu. Pasar pagi itu meriah kerana ramai orang disana dan pada hari itu nenek ku menjual daun tembakau dan hasil jualan boleh membeli kain pelikat itu dan lain lain barang keperluan. Harga pada masa itu mungkin RM4 tapi tidak diingati sangat harga sebenar mungkin kurang dari itu. Selepas diguna beberapa lama tidak diingati lagi bila pula ianya koyak atau rosak. Mungkin sudah menjadi lumrah masa mula membeli sangat diingati tapi bila sudah rosak atau lusuh tidak bernilai dilupakan begitu sahaja seolah olah lupa jasanya yang besar.   

Friday, June 25, 2021

Buah Kurma Guni



Jika diimbas kembali tentang buah kurma akan teringat suatu masa dahulu ketika bulan Ramadan. Ketika itu buah kurma di "packing" dalam guni yang besar sebesar guni beras. Bila dijual akan ditimbang  dalam ukuran kati. Buah kurma yang didalam guni itu melekat erat dan sukar dan untuk dileraikan kerana "berjeket" antara satu sama lain. Untuk meleraikannya perlu di "takir" menggunakan kapak. Buah kurma ini juga amat keras dan tiada pilihan kerana ada hanya satu jenis sahaja. Walau pun kualitinya rendah tapi bila tamat bulan Ramadan ia habis terjual. Buah kurma ini untuk sedap dimakan biasanya akan digoreng bersalut tepung dan buahnya akan jadi lembut. Mungkin kini jarang lagi ada orang ingin menggorengnya kerana boleh jadi kini buahnya sudah berkualiti dan bermacam jenis dan bila digoreng sudah pasti tidak diketahui lagi kurma jenis apa samada yang mahal atau murah.  Itu lah kreativiti walau buah kurma berkualiti rendah tapi bila digoreng akan menjadikan ia berselera untuk dimakan dan menjadi satu menu lain pula.

Thursday, June 17, 2021

Tudung Periuk

Tudung periuk aluminium selalu juga digunakan untuk mengipas api didapur. Begitu juga digunakan untuk menyalai etok dalam jumlah yang kecil dengan menjemur dipanas matahari. Juga digunakan untuk buat memasak laksam . Selain dari itu tidak nampak apa kegunaan lainnya. Walau bagaimana pun ada lagi satu kegunaan yang daku alami sendiri iaitu dimasukkan air diatasnya kemudian diminum. Ini berlaku bila suatu hari daku terlekat tulang ikan ditekak ketika makan. Maka nenek ku menyuruh ku meminum air itu dan akhirnya berjaya mengatasi masalah lekat tulang tersebut. Itu lah petua orang dahulu yang diguna pakai. Dan nama pun petua sebagai satu usaha. Walau dikira bukan kegunaan tudung periuk ini boleh juga dijual kepada orang yang membeli botol dan tembaga.

Monday, June 14, 2021

Genjak Baulu


Genjak ini digunakan semasa membuat adunan baulu. Sebelum baulu dibakar dalam acuan perlu yang masih dalam bentuk cecair berwarna kekuningan diadun dari bahan tepung, telur, sumber/pewarna dan gula maka akan digunakan genjak ini. Biasanya adunan dimasukkan dalam baldi. tujuan digenjak supaya baulu bila dibakar dalam acuan akan naik/kembang. Sudah jadi kebiasaan bila mek daku membuat baulu menjadi tugas mengenjak adunan tadi didalam baldi. Tugas ini walau tidak mengguna tenaga yang banyak tapi agak memenatkan kerana tidak ada minat dan menjadi sedikit terhibur bila sampai kepenghujung membakar baulu kerana kerja akan tamat dan dapat makan baulu yang agak pejal sebab yang terakhir dibakar hanya kurang kandungan telur yang banyak ialah tepung dan gula sahaja. Apapun berbaloi kerana dapat makan dalam kuantiti yang banyak dan boleh mengenyangkan perut. 
Jika diperhati genjak ini mungkin tidak ujud lagi dimasa kini dan dikira pupus setelah berlalunya masa yang serba canggih.   

Monday, June 7, 2021

Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad

Pemandangan sekitar sekolah daku ini dibahagian varendah depan kelas dan di kantin sekitar tahun 2018.

Sunday, June 6, 2021

Siti Nur Esah Junoh (Mak Do) dari Kampung Surau Kerawang Pulai Chondong perlukan bantuan

Moga Makdo cepat sembuh

Pulai Chondong -
Makdo atau nama sebenarnya Siti Nur Esah Junoh 54, dari Kampung Surau Kerawang disahkan menghidap kanser payudara sejak November 2019 dan telah menjalani beberapa rawatan  termasuk pembedahan serta sessi kimoterapi di HUSM.

"abih doh makdo wat kimo ,  tapi gak keno gi lagi spital sbule skali" - katanya dengan nada lemah.

Menurutnya walaupun sessi kimoterapi telah selesai namun beliau masih perlu ke hospital sebulan sekali untuk rawatan susulan selain perlu minum susu untuk menambah tenaga.

"raso terbeban jugok lah denge kos ule alik g spita dan susu , sebab Pakdo (suami) pun uzur tokleh gi noreh doh loni" - katanya lagi merujuk kepada kos yang perlu ditanggung.

Beliau kini dijaga oleh suaminya Ibrahim @ Mustapa Mat 73 dan anak lelakinya yang tinggal bersama.

Makdo sebelum ini pernah menerima kunjungan Ahli Parlimen Machang Dato Jazlan Yaakub selain sebuah badan bukan kerajaan (Ngo) pada Ogos tahun lalu yang turut menyantuninya.

Kepada mereka yang ingin berkongsi rezeki untuk meringankan beban Makdo , boleh salurkan sumbangan ke akaun miliknya
Bank Simpanan Nasional
0302 1411 0002 6711
Siti Nur Esah Junoh.

atau boleh menghubungi mereka ditalian 011 6437 4398
SUMBER: foto dan maklumat ehsan dari grup FB WPC warga pulai chondong