Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Friday, September 30, 2011

Stesen Keretapi Gua Musang

 Stesen keretapi Gua Musang merupakan stesen keretapi utama selepas Kuala Krai. Dahulunya perkhidmatan keretapi menjadi pengangkutan utama untuk ke Singapura, Kuala Lumpur juga Pulai Pinang. Biasanya penumpang keretapi akan bertambah bila tiba musim cuti dan masa penggal sekolah dibuka. Pada masa tersebut baru kita tahu ramai juga
anak-anak Kelantan yang belajar diluar. Utuk menggambarkan betapa ramainya penumpang ketika itu sehimgga ada diantara mereka yang terpaksa berdiri didalam tandas keretapi. Walaupun terpaksa menghadapi suasana sedemilian kita tiada pilihan kerana inilah satu-satunya pengangkutan utama yang ada. Perkhidmatan ini ada juga baiknya  kerana kita walau seramai mana penumpang yang ada tiket untuk kesetiap distinasi tetap ada.




Sunday, September 25, 2011

Peribahasa Melayu

Peribahasa Melayu:
* sumber dari "Kamus Istimewa Peribahasa Melayu" yang dikarang dan disusun oleh Abdullah Hussain dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pusataka 1993

Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya;
= Orang besar yang merendah diri tidak akan jatuh martabatnya

Jikalau beranak ikut kata bidan;
= Turutlah nasihat orang yang lebih ahli daripada kita

Batu hitam tak bersanding;
= Walaupun kelihatannya lemah tetapi sukar mengalahkannya

Intan dikalungkan dileher anjing;
= Memberikan sesuatu nasihat kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya
Itik dimandikan takkan basah;
= Orang yang degil tidak akan mendengar nasihat atau ajaran

Seperti meminta susu kepada ayam;
= Meminta nasihat bukan pada tempatnya

Seperti merak mengigal di hutan;
= Menunjukkan pengetahuannya kepada orang-orang yang bodoh

Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar;
= Kelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain

Kalau sesangkar sekalipun, yang bayan itu bayan juga; serindit, serindit juga;
= Manusia itu tetap berbeza sekalipun berasal dari satu keluarga

Pandai seperti pisau raut; bongkok orang dapat dibetulkan, bongkok diri sendiri tinggal kekal;
= Hanya pandai memperbaiki kesalahan orang lain, tetapi tak dapat memperbaiki kesalahan sendiri

Tuesday, September 20, 2011

Pemandangan Dari Atas Menara Masjid Surau Kerawang

Beberapa foto yang sempat dirakam yang menunjukkan pemandangan sekitar perkuburan juga atap-atap masjid. Dari sini juga dapat dilihat Bukit Panau yang jaraknya yang lebih dari 4 km dari sini merentasi Sungai Kelantan.

Tuesday, September 13, 2011

Foto Murid Sekolah Kebangsaan Bandar

Semua yang berada didalam foto ini masih dapat dikenali cuma ada nama yang sudah tidak diingati. Antara yang diingati nama adalah yang berasal dari Kampung Dusun Buluh iaitu Zaitun Ismail dan rasanya Fauziah Abdullah. Zaitun ialah puteri kepada Ismail dan Hawa. Fauziah pula puteri kepada Abdullah dan
kakak kepada Suriano. Foto ini juga hampir berusia 40 tahun. Zaitun dan Fauziah pula meneruskan persekolahan peringkat menengah di SMAS sekolah yang sama dengan daku. Zaitun pernah juga menjadi ketua darjah dan adakalanya pernah menegur
apa-apa kesalahan yang daku lakukan semasa dalam kelas. Murid yang lain tidak pernah dijumpai lagi dan dimana mereka sekarang. Lagi sekali diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada puteri kepada Cikgu Hamidah atas kesudian beliau berkongsi foto ini.

Tuesday, September 6, 2011

Foto Kelas Murid Sekolah Kebangsaan Bandar

Foto ini sebenarnya telah berusia sekitar 40 tahun yang lalu. Mungkin murid yang berada didalam foto ini sendiri pun tidak memiliki foto ini. Bolehlah kita ibaratkan mereka ini dikira bertuah apalagi jika ada anak-anak mereka yang akan menunjukkkan foto ini kepada mereka. Sekarang umur mereka jika ada sekitar 49 tahun. Daku sebenarnya tidak berapa mengenali lagi wajah murid didalam foto ini kerana ia bukan sekelas tapi adalah seorang dua sahaja yang mungkin dapat dicam. Tapi guru pula memang kita mengenalinya. Apa pun terima kasih tidak terhingga kepada puteri kepada Cikgu Hamidah yang sudi berkongsi foto ini bersama dengan kita semua.