Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Tuesday, March 31, 2009

foto maahad syamsul maarif pulai chondong


sekolah ini masa aku kecil dulu dikenali sekolah arab puali chondong. kawan aku dari sekolah kebangsaan bandar yang bersekolah disini ialah tajuddin omar(1974) dan beliau lepas itu melanjutkan pelajaran ke UKM bangi dan beliau ni tinggal di kampung pasir bandar tepi sungai kelantan. jadi beliau sampai sekarang tak pernah jumpa dan diberitakan menjadi ustaz mengajar disekolah. sekolah ini dulu jika puterinya akan memakai uniform kain warna pink/ungun dan puteranya seluar panjang hitam bersongkok. sekarang sekolah ini dikenali maahad shamsul maarif pulai chondong.

salah seorang bekas pelajar beliau sedang mencari bekas pelajar skolah tersebut. berikut mesej dari beliau yang terdapat dalam blognya:
Mencari bekas pelajar Shamsul Maarif, PC, Kelantan
Diminta bekas penuntut Sekolah Menengah Shamsul Maarif Pulai Chondong, murid Ustaz Abdullah Harithah hubungi saya di
razmij2007@gmail.com atau keblog beliau http://razmij.blogspot.com/. Kami sedang usahakan pertemuan bekas penuntut atas cadangan Ustaz pada masa dan tempat yang masih belum ditentukan.

Sekolah Arab di Pulai Chondong
Tempat mencari ilmu agama
Bila hidayah telah terlindung
Dunia akhirat tidak bermakna
Posted by Picasa

Monday, March 30, 2009

cekok mata air

lokasi ini dikira prominent juga oleh pengguna jalan raya. ini kerana selekohnya yang tajam. kenangan aku disini pada tahun 1975 semasa menonggang motorsikal honda cup dari arah kemubu ke pulai chondong telah terbabas disini, waktu lepas maghrib. jadi dalam kegelapan malam tersebut motorsikal terbabas dalam parit. apa yang difikirkan masa itu ialah berapa banyak kerosakan motor yang dialami. maklumlah motor dipinjam dari bapa saudara dan tidak dimaklumkan. nampaknya tiada kesan kerosakan yang ketara dan kecederaan pun sedikit cuma calar-calar kulit sahaja.


Dari Dusun Buluh ke Pangkal Gong
Melalui jalan bengkok di Mata Ayer
Hidup susah berat perlu ditanggung
Berkat sabar dan solat akan berakhir
Posted by Picasa

Thursday, March 26, 2009

foto mah hassan sekolah menengah teknik terengganu tahun 1977


foto mah hassan ehsan dari tetra. mah hassan ini kawan sekelas iaitu 4 perdagangan. dia dari kampong pak badol pasir putih kelantan. lepas itu pernah jumpa dia di kuantan pahang tahun 1990 kerana beliau bekerja dengan pernama. lepas itu tidak jumpa lagi. ini aksi di kawasan asrama mungkin sebelum atau selepas solat jumaat di masjid ( tepi pantai seberang takir).


Mah Hassan asal Pak Badul
Jumpa di Kuantan di Pernama
Matlamat hidup biar betul
Barulah faedah datang bersama

Sunday, March 22, 2009

Kedai Pulai Chondong


Foto ini menunjukkan imej Kedai Pulai Chondong dari arah Kota Bharu ke Kuala Krai. Kedai Pulai Chondong ini adalah antara pekan terbesar bagi Mukim Pulai Chondong. Disini terdapat deretan kedai sebelah kiri dan kanan. Jika dahulu kedai ini amat sibuk dengan lalu lintas kerana ia menjadi laluan utama sebelum terdapat jalan lencungan. Masa dahulu sentiasa berlaku kemalangan jalanraya yang mengakibatkan kematian. Disini terdapat pelbagai kemudahan seperti pasar harian, pelbagai kedai, sekolah, pejabat pos, klinik, balai polis, stesen minyak, surau, tok kong kuil (ketik) dan lainnya. Semasa daku tinggal disini sekitar tahun 1973 tempat mengaji alquran ialah di Surau Tok Lebai Nor bersama Rokman dan lainnya. Sentiasa juga ke Restoran Alias, Pak Him, Kadir depan klinik dan Jaafar makan nasi belauk dan roti canai. Kedai runcit pula antaranya ialah Kedai Yaakob, Rashid dan Haji Omar. Selalu juga lihat ada budak nakal hisap panadol dengan straw yang dibakar dalam sudu dibelakang sekolah Poey Sit. Dulu disini ada Local Council- majlis tempatan yang terdapat pejabat tok penggawa. disini juga disediakan permainan ping pong. Jika di market hari besarnya pada hari khamis. Pendak kata Kedai Pulai Chondong dulunya adalah nadi ekonomi kampung sekitarnya malah orang Pekan Kok Lanas dan sebelah Labok pun datang kesini. Tetapi setelah kem tentera dibuka di Kok Lanas maka makin berkembang pekan tersebut dan sekarang nampaknya ia lebih maju. Semasa daku tinggal diKampung Pangkal Gong tahun 1972 selalu hantar Sadiman ke Sekolah Kebangsaan Pulai Chondong dengan basikal. Jadi selama lebih kurang dua tahun tinggal di pekan ini termasuk satu tahun di Kampung Pangkal Gong sudah tidak asing lagi dan sudah agak biasa dengan sesetengah penduduk disini. Pada setiap pagi hari Jumaat juga diadakan majlis ilmu di Masjid Galang dan ramai yang datang termasuk nenek daku yang tinggal di Kampung Pangkal Gong dengan berjalan kaki. Sekarang pekan ini sudah tidak dilalui lagi bagi orang luar semenjak siap jalan lencungan lebih 10 tahun lalu. apa pun pekan ini juga pernah mengajar daku erti sebuah kehidupan ala bandar yang agak sibuk dan mempunyai pelbagai kemudahan serta sempat bergaul dengan penduduk pelbagai taraf sosio ekonomi seseorang berbanding dikampung yang agak kekurangan.


Kedai Pulai Chondong terkenallah sudah
Tempat peniagaan dekad berdekad
Jangan condong yang tiada faedah
Sentiasalah ingat kuatkan tekad
Posted by Picasa

Tuesday, March 17, 2009

Bukit Buloh Pulai Chondong

bukit buloh terletak dalam mukim pulai chondong dan berjarak kira-kira 3 km. acara memecah batu dengan menggunakan letupan dulu diadakan pada hari jumaat sebelum tengah hari. bunyinya dapat didengari dikawasan sekitarnya. jika masa bebudak pernah pergi pada tahun 1974 kerana diajak oleh paknik soh kerawang yang pada masa tersebut beliau bekerja disana sebagai penjaga keselamatan kawasan terutama pada waktu malam. tapi sebelum itu iaitu tahun 1971 juga pernah pergi tapi bukan dikawasan pejabat tapi dikawasan bukit. pernah pada tahun 1972 ada aktiviti mencari batu permata oleh penduduk sekitar dan telah berlaku kemalangan apabila ada antara mereka yang tertimbus dan terkorban semasa mencari batu tersebut. berita ini menjadi gempar juga. batu permata yang didapati pada masa tersebut agak bermutu dan ada harga untuk dijual. antara yang pakar mencanai batu ini ialah namanya Yong. Yong ni selepas itu juga pernah bekerja sebagai cameraman bergerak disekitar kota bharu terutama kepada pelancung-pelancung. Yong ini sudah agak lama juga tidak berjumpa mungkin 20 tahun. di mana dia sekarang.
Memecah batu di bukit Buloh Hari Jumaat bunyi dentuman Ilmu dan amal sebagai penyuluh Dihari kemudian jadi jaminanPosted by Picasa

Friday, March 13, 2009

kampung cabang empat

kampung ini dinamakan cabang empat kerana disini terdapat jalan yang bercabang empat atau simpang empat. ia terletak ditengah-tengah diantara kampung dusun buluh dan kampung bandar dan juga kampung pasir bandar dan kampung surau kerawang. antara mereka yang tinggal disini masa sekolah rendah ialah aziz awang hamat, zulkifli dan ahmad taufik tok imam shad. yang senior pula cikgu ghoni anak paksu hamid. yang betul-betul disimpang empat ini terdapat satu kedai, satu wakaf tunggu bas, rumah pak lah dan rumah tok imam shad. jalan menuju ke masjid dinamakan jalan masjid kerawang. masa kecil dulu rumah pak lah ni pernah diadakan majlis kenduri kahwin(bekwoh) dan diadakan juga acara silat siap dipalu gendang. masa tersebut kami bebudak tidak ketinggalan memeriahkan suasana majlis yang memang sedia meriah kerana ada pertunjukkan selain menyambut pengantin. namun sekarang kedai tersebut telah tidak beroperasi lagi. dahulu berhadapan dengan rumah tok imam shad terdapat satu kedai getah. kedai ini menjalankan perniagaan membeli getah dari penduduk sekitar dan dikendalikan oleh pak muda yusuf yang anak sulongnya bernama asma. sekarang kedai ini pun sudah lama tiada. dahulu kampung ini terkenal bagi kami kerana mesti melaluinya terutama untuk ke sekolah kebangsaan bandar.


Cabang Empat tempat tinggal
Paksu Hamid dan Tok Imam Shad
Jika iman sudah tertanggal
Dineraka kekal tiada hadPosted by Picasa

Tuesday, March 10, 2009

warga kampung surau kerawang pulai chondong kelantan



petikan dari: blog http://razmij.blogspot.com/

kampong Surau Kerawang, Pulai Chondong, Kelantan 

Imam: Ustaz Hj Ahmad
bekas imam: Hj Arshad Hj Ahmad
Keluarga:
> Hj Mohamad-pok muda muhamad(anak-anak: Abdul Rahman, Nasir, Hanafi, Zawawi, Nordin...)
> Hj Ibrahim-pok him (anak-anak: Kamariah, Mohamad, Sabri...)
> Che Ngah (Allahyarham) (anak-anak: Ahmad, Zainab, Hanafi, Hasnah, Salma,...)
> Hj Jusoh b Hj Mohamad-pok tih soh (Allahyarham)(isteri: Wan Bidah, anak-anak: Che Abdul Ghani, Che Rahmah, Mohd Razmi @Che Idris, Che Abdullah, Mohd Zabudin dan Che Razi)
> Wan Abu Bakar(Allahyarham)(anak-anak: Wan Ali, Wan Husin, Wan Hamid, Salmah dan Wan Pauni )
> Che Abdul Ghani (isteri: Rohani, anak-anak:Rosmawati, Rohayu, Zulaikha, Mohd Zaki, Shafiqah, Rohana)
> Hj Abdul Rahman-pok su deraman (Allahyarham),(anak-anak: Kamariah, Zainab, Rahim, Rosli dan Nafisah)
> Abdullah-Pok lah (Allahyarham), (isteri: Hamidah, anak-anak:Azmi, Lokman, Saufi...)
> Che gu Che Abdullah (isteri: Rosnani, anak-anak:Saidah Nafisah, Zahratul Sumayyah, Amirul Syahid, Salman Hadi, Marwan dan Saifulllah)
> Abdul Rahim Abd Rahman (anak-anak:Nabila,...)
> Abdullah-pok cik Lah (Allahyarham)(anak-anak: Rahimah, Hasnah, Maziah, Saiful,...)
> Hj Abdul Rahman Hj Ahmad (isteri: Rahimah, anak-anak:Ummi Kalthom, Amri, Nasruddin,..)
> Hj Husin-pok su Husin (isteri: Srimas, anak-anak: Zuhairi,...)
> Cikgu Hj Abdul Ghani (isteri Hjh Rahimah: anak-anak:,,,)
> Pok su Haron (Isteri Allahyarhamah mok ci selamah, anak-anak:Abdullah, Hamidah, Allahyarham Idi, Siti Fatimah..)
> Abdullah Hj Mohamad (pok lah)
> Ismail Husin (pok wil)
> Ibrahim Husin (pok him)
> Salma Che Ngah
> Mustafa Mat Ali (pak da pa)
> Mok Su Som
> dll 
Dicatat oleh razmij di 19:47 0 ulasan 

kampung Surau Kerawang tempat bermain
Tempat tersergam Masjid Al Amin
Menadah tangan doa di amin
Agar disana hidup terjamin

Saturday, March 7, 2009

becah kua


becah kua ni terletak lebih kurang 2 ke 3 km dari kampung dusun buluh. becah ini dianggap tempat strategik dan agak mencabar bagi kami budak-budak kampung dusun buluh kerana tempat ini tidak boleh pergi dengan basikal dan hanya dengan berjalan kaki. lagi pula kerana pelbagai aktiviti dapat dijalankan disini. yang pertama aktiviti mencari ikan sepila. hanya tempat ini tempat paling banyak terdapat ikan tersebut dan ia berkualiti. jika dulu disini juga ditanam padi sawah. apa yang menjadi cabaran semasa mencari ikan sepila ialah terdapat banyak lintah-lintah seolah-olah pantang masuk kaki kedalam air pasti ia datang. jadi bagi yang bersawah jika ia perempuan kena dicipta seluar panjang khas dari kain guni gandum yang mana tiada kaki seluar seperti seluar panjang biasa yang ada kaki. ini bermakna kita tidak boleh melipat kaki seluar tersebut ke betis kerana kaki berada dalam kaki seluar. ikan sepila biasanya ditangkap menggunakan tangan sahaja kerana ia agak jinak. ikan ini tidak akan meninggalkan buih yang dibuatnya da ia berada dibawah buih itu. ikan ini juga akan berada dalan tukay buluh dan ini akan menjadi lagi senang untuk menangkapnya. selepas ditangkap ikan ini akan dimasukkan dalam air didalam daun keladi. lagi aktiviti ialah memikat burung dengan menggunakan getah mikkat yang diperbuat dari susu getah yang dimasak dengan api. cara ini rumit tapi berkualiti dan tahan lama. cara paling ringkas buat getah mikkat ialah gunakan minyak pelincir motosikal (minyak selendar) dan dicampur dengan susu getah dan kacau. ia akan keras tapi kelemahannya bila terdedah cahaya matahari akan cair. getah mikkat ini disimpat dalam kopi susu dan dicampur air. kemudiannya getah mikkat ini akan di balut pada ranting pokok yang rendah dan rimbun seperti pohon seludup. atau kita boleh balut getah di lidi dan diletak atas tanah. sebagai umpan kita gunakan sedikit padi ditabur berhampiran pokok tersebut. jika ada rezeki burung akan datang dalam satu kumpulan. nama burung ini aku sendiri buat masa ini lupa nama dia tapi ia berwarna hitam dan kecil sahaja( burung cik...). tapi akan menjadi banyak bila hampir musim mengetam padi. didalam foto sekarang jalan menuju kesana telah ada tar dan rumah dalam foto ialah rumah tok ayung. tapi sekarang becah tersebut sudah menjadi kecil dan sawah padi pun sudah tiada lagi dan mula ditanam pokok getah. tapi masih terdapat becah yang ada pokok sagu. tempat ini masa dulu agak merbahaya kerana airnya agak dalam dan dibimbangi ada binatang seperti ular dan sebagainya. dan sekarang juga dari becah ini kita boleh ke kampung kerawang. lagi aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah mengail tapi tidak sepopular aktiviti yang disebutkan diatas.

Becah Kua cari ikan sepila
tempat agak jauh dari kampung
Masa budak perbuatan selalu alpa
Sudak besar dosa sendiri tanggungPosted by Picasa