Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Saturday, January 30, 2010

Restoran Alias

Restoran Alias di Kedai Pulau Chondong ini ada menjual pelbagai jenis makanan. Yang popular ialah roti canai. Kedudukan restoran ini pun strategik iaitu terletak bahagian tepi. Dibelakang kedai ini terletak SRJK (C) Poey Sit. Dihadapannya pula Restoran Pulai Chondong. Dan sebuah lagi restoran cina yang berdekatan dengannya. Jadi masa dulu terdapat 3 buah restoran yang popular yang mempunyai keistimewaan dan mempunyai pelanggan masing-masing. Dihadapan restoran ini dan kedai sebelahnya ada penjual nasi belauk. Disini juga senang untuk tempat menunggu bas untuk ke Kota Bharu.
Masa dulu ada dua jenis perkhidmatan bas dan terdapat 2 warna iaitu biru dan kuning. Yang berwarna biru perkhidmatan biasa dan yang kuning pula ialah bas cepat iaitu ia hanya berhenti distesyen terpilih sahaja. Disamping itu juga tempat menunggu kereta pelik. Kenapa dikatakan tempat ini strategik juga kerana dari segi pemandangan ia dapat melihat kesemua arah/sudut berbanding tempat lain. Disebelah kiri restoran ini dahulunya terdapat kedai buku. Kedai ini menjual pelbagai jenis majalah serta buku komik. Kedai ini memang menarik minat
budak-budak. Disini juga kita selalu berjumpa dengan Mail yang mana beliau ini dapat membaca dan menulis tapi tidak dapat bercakap. Jadi ada diantarakita yang menyuruhnya membaca dan kadang-kadang menyuruhnya menyanyi. Dimana agaknya beliau sekarang. Disebelah kedai majalah pula terdapat beberapa kedai runcit cina dan yang paling menonjol pula Kedai Emas Cheong.
Posted by Picasa

Sunday, January 24, 2010

Di Masjid Mata Ayer


Masjid ini terletak berhampiran selekoh tajam Mata Ayer. Foto ialah ahli kariah disuatu Solat fardhu. Selepas bersolat sempat bersembang dengan En Ahmad yang berusia hujung 50an dan seorang yang telah berpencen. Ia menyatakan bahawa pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar (SKB) selama satu tahun sahaja dan selepas itu pula Kesekolah Kebangsaan Mata Ayer (SKMA). Yang seangkatan dengannya di SKB ialah Ramli anak Mah Pengkalan Kiat, Ismail Pak Muda Setapa, Halim Dusun Buluh, Mat Nor Pak Muda Hamad adik Cikgu Harun dan lainnya. Menurutnya generasi Mata Ayer dan sekitarnya sekarang boleh dibahagikan kepada 3 generasi. Pertama ialah yang berusia 70 tahun keatas, kedua 60 tahun dan ketiga 50 tahun. Golongan pertama memang mengetahui perkembangan zaman kegemilangan disekitar Mata Ayer. Golongan kedua pula dapat mengingati dengan jelas dan golongan ketiga pula juga dapat mengingati sahaja tetapi tidak pasti sangat apa yang berlaku. Bagi selain dari golongan ini terutama yang berusia 30 tahun kebawah mungkin tidak boleh berkomunikasi perihal cerita dahulu apa yang telah terjadi. Ini kerana jika dahulu dizaman Sungai Kelantan menjadi laluan pengangkutan utama hingga ke Hulu Kelantan hanya 3 golongan ini yang dapat menceritakannya. Jika dahulu mereka yang berusia 70an sekarang dapat menceritakan bagaimana mereka (kaum perempuan) akan ke Pasar Kedai Pulai Chondong hanya dengan berjalan kaki dengan menjunjung bakul membawa barangan seperti sayuran dan buahan untuk dijual dan hasilnya pula dibeli barangan lain seperti ikan dan lain keperluan. Begitu juga akan menggunakan pengakutan sungai untuk ke Bandar Pasir Mas. Pengkalan-pengkalan sungai dan penambang disetiap kampung seperti Mata Ayer dan Pengkalan Kiat serta Bandar diujudkan. Itulah keadaan dahulunya yang sekarang kesannya pun sukar dilihat. Contohnya Pengkalan dan Penambang Kedai Mata Ayer sudah sukar untuk dikesan.
Posted by Picasa

Tuesday, January 19, 2010

Cikgu Talib SMAS

Beliau adalah tenaga pengajar SMAS ditahun 70an. Walaupun ia tidak mengajar kami murid tingkatan 3 kebawah tapi ia rapat dengan murid yang tinggal sekitar Kedai Pulai Chondong. Antara yang rapat dengan beliau ialah Fauzi Mamat. Kita kadangkala pergi kerumah sewanya seperti digambar. Salah satu tarikan dirumah beliau ialah terdapat pemain HI FI. Rumah sewanya berhadapan dengan Stesyen Shell Pulai Chondong. Selain itu kita juga pernah berkelah di Pantai Cahaya Bulan bersama beliau. Pendek kata beliau ini mesra pelajar tapi dihormati dan disegani. Beliau berasal dari negeri Melaka jika tidak silap Alor Gajah dan sekarang difahamkan menetap di sana.

Posted by Picasa

Friday, January 15, 2010

Pelunggor

Pelunggor ini digunakan bersama dengan tali untuk mengikat sesekor lembu. Jika tidak gunakan pelunggor pun boleh dengan hanya mengikat dipokok dan lainnya. Walaubagaimanapun jika guna pelunggor maka lebih senang dan profesional untuk senang mengalih lembu tersebut dari satu tempat kesatu tempat. Pelunggor ini perlu tertanam agak dalam kedalam tanah. Jadi perlu menggunakan tumit kaki untuk dihentak kekepala pelunggor tersebut. Jadi tumit pun perlu kuat dan ada cara tersendiri supaya tidak sakit. Jika tanah keras maka tiada pilihan kena guna kayu dan sebagainya. Tapi tidak digalakkan kerana akan menyebabkan pecah kepala pelunggor tersebut. Jadi pandai-pandailah mencari tempat tanah lembut. Satu lagi kelebihan menggunakan pelunggor ini ia tidak akan berbelit walaupun lembu tersebut berpusing-pusing kekiri kanan berbanding jika mengikatnya dipokok.
Posted by Picasa

Saturday, January 9, 2010

Pondok Polis Kampung Bandar

Dahulunya Pondok Polis ini terletak disatu deretan rumah berhadapan dengan pasar Kampung Bandar. Deretan rumah dua tingkat yang mana pondok polis ini ditepi bahagian tepi kanan. Anggota polis yang diingati ada dua iaitu Datuk Wil Tua dan Datuk Wil Muda. Ianya juga bersebelahan dengan rumah Cikgu Ya Ustaz Jah. Kedai kopi yang berhampiran iaitu sebelah kananya pula Pak Lah ayah Azmi yang pernah menjual di kantin Sekolah Kebangsaan Bandar tahun 70an. Sekarang Balai Polis Mata Ayer mengambil alih fungsi pondok ini.
Posted by Picasa

Monday, January 4, 2010

Pulai Chondong Restoran


Jika ditahun 70an dahulu restoran ini memang terkenal kerana disamping kedai makan ia juga menjual majalah, surat khabar juga menyediakan alat indoor game/permainan serta peti nyanyi yang jika hendak mendengarnya dikenakan bayaran 20 sen. Masa itu lagu A.Ramle dan Maria Bachok, DJ Dave, Uji Rashid Hail Amir sedang popular. Tuan punya pula En Jaafar. Masih lagi diingat masa isu bayi tabung uji pertama didunia menjadi isu sempatlah membaca akhbar Utusan Malayu ditajuk utama. Anak-anak En Jaafar seperti Aziz dan Din serta adik beradik yang lain sentiasa menolong ibu bapa berniaga.
Posted by Picasa