Friday, October 7, 2011

Masjid Tok Kerawat

Masjid Tok Kerawat ini terletak 50 meter jalan menuju ke Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering dari jalan raya Pangkal Gong Kemubu. Masjid ini jika dari luar iaitu dari jalan raya tidak akan dapat dilihat tapi terdapat papan tanda penunjuk arah.  Masjid ini dibangunkan mungkin agak sama masanya dengan masjid surau kerawang jika diperhati kepada rekabentuknya jika dipandang sekali lalu. Apa pun masjid bagi umat islam
samada di kampung atau kota peranannya tetap sama. Pernahkah kita terfikir sepanjang hidup kita hingga kini sudah berapa buah masjid yang berlainan yang pernah kita mengerjakan solat didalamnya. Mungkin 50, 100, 200 atau lebih dari itu. Semua itu pastinya menjadi saksi dikemudian hari kelak bahawa kita mengambil berat kewujudan masjid yang seolah-olah tidak dapat dipisahkan dari kehidupan selagi hayat masih ada yang tentunya mendapat ganjaran yang setimpal dariNYA.

4 comments:

  1. Selalu gak dengar "Tok Kerawat" ni, ada juga kubur Tok Kerawat..tapi sapa dia sebenarnya?
    boleh sesapa tolong jelaskan..tq

    ReplyDelete
  2. beliau seorang ulama kelantan yg terkenal bernama haji abdullah haji omar berasal dari pangkal nering. dsn buluh

    ReplyDelete
  3. rumah arwah nenek saya kat area kg belukar tapi org2 kat situ panggil 'dalam kerawat'. mak saya kata zaman2 dulu area tu (satu kawasan yg luas) dipagar dgn pagar besi kerawat sebab tu di kenali dgn nama 'dalam kerawat'. betul ker?

    ReplyDelete
  4. tok sy dok dekat ni
    ore panggil pokcik hasse
    die dok buat blinde kubor
    rumoh ma kito pon dok sbeloh rumoh tok kito jah

    ReplyDelete