Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Wednesday, March 27, 2024

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu juga diradio. 
2.   Disebabkan kerap mendengar suara azan itu secara tidak langsung dapat dihafal azan tersebut. Begitu juga doa lepas azan pun lama kelamaan juga dapat dihafal. 

Wednesday, March 6, 2024

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada sekali dapat juga ikan lapam. Agak sukar juga untuk dapat ikan bila memancing disini. Maklumlah ilmu memancing tiada. 

Sunday, March 3, 2024

Tebbey

Makna tebbey lebih kurang - cari pasal,  kerana dikhuatiri jika melakukan sesuatu disebab tebbey tersebut akan mendatangkan hasil yang tidak baik. Contoh ayat, Sabri menasihatkan Rusman jangan tebbey pergi ke Kedai Pulai Chondong pagi esok kerana ada seseorang ingin menetak atau mencederakannya disitu.