Kemeriahannya seolah-olah sudah tiada disini. Nampak sunyi sepi walau disiang hari. Tiada kelibat manusia ulang alik dengan kapal penambang. Tiada yang berenang mandi manda. Tiada bebudak yang main berembah dan sebagainya. Begitulah putaran masa ikut telah berubah seiring perubahan aktiviti manusia. Yang muda menjadi berusia. Yang ada telah tiada.
Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Ikan
Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...
Wednesday, May 18, 2016
Monday, May 16, 2016
Pasar Minggu Raub
1. Sebagai pengetahuan kulit kerbau juga dikenali sebagai Belulang.. Ianya enak dimasak gulai lemak bersama rebung.. Maka itu jika kita berkunjung ke Pasar Minggu (Pekan Sari) dimana-mana didalam daerah Raub samada di Pekan sari Raub, Dong, Ulu Gali, Sega atau di mana jua, rebung dah memang sinonim berpasangan dengan belulang.
Satu lagi masakan yang popular dan unik di Raub juga ialah Aserom.. ianya diperbuat dari buah Perah yang banyak tumbuh di kawasan hutan terutama di Ulu Sungai.
Jika anda yang ingin mengetahui lebih lanjut dan merasai keenakan masakan ini, silalah berkunjung ke Raub dan kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.
Satu lagi masakan yang popular dan unik di Raub juga ialah Aserom.. ianya diperbuat dari buah Perah yang banyak tumbuh di kawasan hutan terutama di Ulu Sungai.
Jika anda yang ingin mengetahui lebih lanjut dan merasai keenakan masakan ini, silalah berkunjung ke Raub dan kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.
2. Pekan sari Raub ni banyak mengimbau kenangan silam saya sewaktu arwah bapak saya masih hidup. Setiap kali kami balik kampung di Dong. dia akan singgah ke pekan sari ni beli sayur-sayuran dan buah-buahan hutan. Antara yang pernah saya makan dulu ialah buah perah(?) sejenis buah hutan yang kulitnya coklat kehitaman tapi isinya putih. Satu lagi buah yang saya tak ingat nama dia..perlu diperam dulu untuk dibuang racunnya. warna kekuningan dan biasanya diricih halus. I miss all that..Selalunya bila arwah bapak ke pekan Raub, dia akan berjumpa dengan rakan-rakan dan saudara-mara..ada yang masih panggil dia cikgu walaupun dia dah berdekad meninggalkan profesion itu. Betullah kata orang putih, \'Once a teacher, always a teacher.\'
Sumber 1: Penulis Zairie Aries
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang ...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika ingin mengail disungai di Pengkalan Kiat umpannya ialah cacing. Ada dua jenis cacing iaitu cacing tanah dan satu lagi cacing liar . Ken...
-
1. Masa budak dulu di Kampung Dusun Buluh tidak pernah berjumpa dengan monyet. Kalau ada pun yang kelihatan spesis beruk. Tapi kini diberita...
-
https://vt.tiktok.com/ZSL9eHH4K/
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....