Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Wednesday, January 31, 2024

Topi Sudu

1.   Topi sudu ketika saya masih bebudak amat teringin untuk memakainya. Namun tiada kemampuan untuk membelinya. Lagi pun mungkin harganya mahal. Disebabkan untuk memakainya saya cuba menjahit sendiri dari lebihan kain menggunakan mesin jahit. 
2.   Proses tidak lah mengambil masa yang
lama untuk siap. Terubat juga untuk memakainya. Rasanya topi adalah satu satu nya hasil menjahit sendiri hingga jadi topi yang boleh dipakai walaupun bentuknya tidak seperti topi sebenar. 

Sunday, January 28, 2024

debek

Debek boleh diertikan sebagai lemah, tiada kualiti, tidak cerdik, tidak baik dan semua sifat kurang. Contoh ayat, "apa yang debek sangat basikal ni selalu rosak"

Saturday, January 27, 2024

Rangkaian biru RTM - Learn a word a day

1.   Suatu masa dahulu tahun 70an rangkaian biru siaran dalam bahasa inggeris ada menyiarkan "learn a word a day" setiap pagi jam 0700.  
2.   Satu perkataan bahasa inggeris akan diajar dengan penerangan dalam bahasa melayu akan diberikan. Rancangan itu amat baik bagi mereka yang masih bersekolah menengah kerana perkataan yang diguna agak mudah. 
3.   Walau pun selalu mendengar rancangan ini tapi pencapaian bahasa inggeris penulis tidak berapa baik juga walau beberapa cara dilakukan. Bahasa inggeris dianggap susah walau selalu melihat cerita di televisyen. Itulah kelemahan pelajar melayu terutama diluar bandar. 
4.  Faktor lemah bahasa inggeris ini dianggap biasa waktu itu. Kalau ada yang agak pandai bahasa inggerisnya tapi jumlahnya seorang dua sahaja. Itu pun jika mereka sebelum ini mungkin belajar disekolah aliran inggeris semasa darjah 6. 

Thursday, January 25, 2024

Semesek

 Semesek boleh juga diertikan sebagai mudah juga senang untuk dibuat. Contoh ayat, kepada Ahmad soalan matematik yang diberi oleh guru diselesaikan dengan semesek oleh beliau. 

Tuesday, January 9, 2024

Monyet

1. Masa budak dulu di Kampung Dusun Buluh tidak pernah berjumpa dengan monyet. Kalau ada pun yang kelihatan spesis beruk. Tapi kini diberitakan disekitar kampung sudah terdapat sejumlah lebih kurang 300 ekor telah bermastautin di kampung ini dan sekitarnya.  Difahamkan mereka ini didatangkan dari tempat lain atau negeri lain.  Ada juga gangguan yang dilakukan oleh monyet monyet ini. 
2.   Jadi terpaksalah penduduk kampung berkongsi hidup dengan mereka dan menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Jika dahulu jika ingin bercucuk tanam jarang ada gangguan dari binatang. Tapi kini gangguan sering terjadi. 
3.   Monyet ini dilindungi oleh undang undang agar mereka tidak dicederakan atau dihapuskan. Sesiapa yang berbuat demikian boleh diambil tindakan.