Kampung Dusun Buluh Pulai Chondong Kelantan adalah sebuah kampung kecil ditepi Sungai Kelantan. Ia termasuk dalam Mukim Pulai Chondong. Kampung yang berhampiran dengannya ialah Kampung Mata Air, Kubang tebit, Surau Kerawang, Pasir Bandar, Bandar, Kerawang. Pengkalan Kiat adalah termasuk dalam Kampung Dusun Buluh. Lagi tempat-tempat yang berhampiran dengan Kampung ini seperti Kolam dan Becah Kua. Kampung ini terdapat sebuah madrasah(balai sah), sebuah kedai runcit, sebuah kedai kopi dan sebuah pengkalan penambang. Kampung ini jika berbanding dahulu tidak banyak berubah cuma jika dahulu rumah kayu sakarang ada yang dari batu dan bertambah dari segi jumlah. Blog ini cuba menyingkap kembali kisah-kisah dahulu dan semasa sekitar dalam kampung ini dan kampung-kampung disekitarnya yang mana pernah daku melaluinya. Jadi sedikit sebanyak dapatlah berkongsi kenangan tersebut yang semakin hari kian dilupakan kerana ditelan masa. Mungkin kisah yang diceritakan juga kurang tepat dan itu kelemahan diri semata-mata. Dengan kemudahan teknologi sekarang maka terhasillah blog ini yang mana jika dahulu mungkin tidak terbayang oleh kita akan keujudannya. Jadi INSYALLAH blog ini akan sentiasa dikemaskinikan dari masa kesemasa. JIKA ADA SEBARANG KEMUSYKILAN/MAKLUMAT BOLEHLAH EMAIL KE dusunbuluh@gmail.com
Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Nukilan dari bekas penuntut Sekolah Umum Kampung Bandar @ Sekolah Kebangsaan Bandar Ybhg Haji Abdullah Ahmad. Bahagian 2
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
1. Apa yang boleh ditulis jika melihat gambar seperti disertakan. Gambar ini mengimbau kenangan ketika belajar disekolah rendah. Apapun ga...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)
-
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...