Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Saturday, October 25, 2008

lampu gaselin

lampu ini jika dipasang zaman era awal tahun 70an dikampung aku yang masih tiada bekalan letrik sudah dikira satu kelebihan dan memerlukan kos yang lebih tinggi dari pelita biasa. lampu ini biasa dipasang dikedai-kedai pada waktu malam bagi menyenangkan memilih barang-barang. senggaraan yang perlu pada lampu ini yang kadang-kadang menimbulkan masalah ialah getah pam rosak, lubang pemancar minyak ke mentol tersumbat dan mentol yang rosak(bocor). jika perkara tersebut berlaku kena diperbetulkan dulu baru operasi menyalakan lampu dapat disempurnakan. bahanapi yang digunakan ialah minyak gas/tanah. dari masa kesemasa lampu kena dipam kerana tekanan semakin lemah dan lampu semakin malap. cara untuk mula mengoperasikan lampu ini dengan memasukkan cecair sepirit ketempat takungannya dan dinyalakan dan dalam masa yang sama dipamkan dengan melihat penunjuk meter hingga maksima. dalam masa yang sama mainkan pemutar kawalan pancutan bahan bakar kementol. biasanya bila dipanaskan dengan sepirit mentol terbakar dan menjadi panas dan seterusnya secara beransur-ansur mengeluarkan cahaya terang keputihan seperti lampu florosen. dan lampu ini digantung tinggi ditempatnya. mungkin setengah jam sekali ia perlu dipam dari masa kesemasa.
kegunaannya lampu ini juga seperti pertunjukkan permainan wayang kulit didalam panggungnya bagi menyuluh wayang kulit. begitu juga dipesta kebudayaan dikampung-kampung yang tiada letrik. di masjid-masjid dibulan puasa waktu malam masa berterawih.
Posted by Picasa

Friday, October 3, 2008

pokok dan buah celagi


ini pokok celagi adalah antara buah paling masam dan kurang mendapat sambutan pada budak-budak. jika makan gigi pun akan jadi ngilu. dekat kampung aku iaitu pengkalan kiat ada sepokok celagi tepi sungai
bila kami mandi disitu kadang-kadang kait juga buah dia walaupun masam. tapi sekarang buah celagi dari thailand buahnyanya manis pula dan laku dipasaran. itulah teknologi makanan mereka dari buah masam jadi manis