Saturday, January 30, 2010

Restoran Alias

Restoran Alias di Kedai Pulau Chondong ini ada menjual pelbagai jenis makanan. Yang popular ialah roti canai. Kedudukan restoran ini pun strategik iaitu terletak bahagian tepi. Dibelakang kedai ini terletak SRJK (C) Poey Sit. Dihadapannya pula Restoran Pulai Chondong. Dan sebuah lagi restoran cina yang berdekatan dengannya. Jadi masa dulu terdapat 3 buah restoran yang popular yang mempunyai keistimewaan dan mempunyai pelanggan masing-masing. Dihadapan restoran ini dan kedai sebelahnya ada penjual nasi belauk. Disini juga senang untuk tempat menunggu bas untuk ke Kota Bharu.
Masa dulu ada dua jenis perkhidmatan bas dan terdapat 2 warna iaitu biru dan kuning. Yang berwarna biru perkhidmatan biasa dan yang kuning pula ialah bas cepat iaitu ia hanya berhenti distesyen terpilih sahaja. Disamping itu juga tempat menunggu kereta pelik. Kenapa dikatakan tempat ini strategik juga kerana dari segi pemandangan ia dapat melihat kesemua arah/sudut berbanding tempat lain. Disebelah kiri restoran ini dahulunya terdapat kedai buku. Kedai ini menjual pelbagai jenis majalah serta buku komik. Kedai ini memang menarik minat
budak-budak. Disini juga kita selalu berjumpa dengan Mail yang mana beliau ini dapat membaca dan menulis tapi tidak dapat bercakap. Jadi ada diantarakita yang menyuruhnya membaca dan kadang-kadang menyuruhnya menyanyi. Dimana agaknya beliau sekarang. Disebelah kedai majalah pula terdapat beberapa kedai runcit cina dan yang paling menonjol pula Kedai Emas Cheong.
Posted by Picasa

4 comments:

  1. malam td, 19022010 semasa maghrib deretan rumah kedai dr restoran lias - rumah khj mat zin hangus dalam kejadian kebakaran yang paling dashat di pulai chondong

    ReplyDelete
  2. Ya benar..pagi ni ( 20/2/2010, sabtu ), saya tengok sdri, yg tinggal hanya sisa2 bngunan hangus terbakar kesemuanya. Tiada lagi identiti Pulai Chondong yg mana byk generasi membesar dgn kenangan deretan kedai2 ini. Tumpang sedih dan Takziah pada yg berkenaan.

    ReplyDelete
  3. Kebakaran ini adalah satu kejadian yang tidak akan dilupakan bukan saja kepada warga Kedai Pulai Chondong malah oleh kampung-kampung didalam Mukim Pulai Chondong keseluruhannya malah oleh mereka yang pernah tinggal disini. Ini kerana Kedai ini menjadi mercu tanda dan terawal seawal zaman Tok Pulai Chondong lagi?. Kepada yang terlibat berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul dan difahamkan tiada kemalangan jiwa yang terlibat. Hendaknya kita semua memohon kesabaran dari Allah SWT dalam menempuh ujian ini samada yang terlibat secara langsung dan sebaliknya. Begitu juga bantuan secara moral dan fizikal perlu dihulurkan dari pelbagai pihak bagi meringankan beban mangsa-mangsa.Dusubuluh.

    ReplyDelete
  4. i was there on that night...
    sedih jugak tengok bangunan mercu kebanggaan Kedai Pulai chondong lebur terbakar. Ada hikmah di sebalik kejadian...

    ReplyDelete