Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Wednesday, June 10, 2009

pokok palas

foto pokok palas ini diambil di kampung pangkal gong yang tumbuh dalam kebun getah. pokok ini telah terdapat disini seingatnya lebih dari 40 tahun. itu yang sudah diingati dan ia tentunya lebih awal lagi. sebab pokok ini kekal disini kerana belum/tiada dibuat pembangunan seperti rumah. seingat daku apabila tiba hampir waktu hari raya wa(nenek) akan ambil daun palas dihadapan rumahnya untuk dibuat ketupat(tuppat). law ni pun bila pergi kerumahnya pokok ini masih tetap disitu.






Daun palas dibuat ketupat
Ketupat pulut tawar dan manis
Dalam hidup kuat mengumpat
Jika tahu akibat tentu menangis


































Posted by Picasa

6 comments:

  1. saya pun suka tuppat ni..suka sangat, cicah sambal tumis, pastu minum air teh..

    ReplyDelete
  2. Sehari sebelum hari raya dinamakan hari buat tuppat. Begitu hebatnya pengaruh tuppat ni. Juga jika tuppat tawar dicicah dengan nissan tebu? atau air nissan. Biasanya selepas hari raya beberapa hari ketupat akan digoreng pula. Ia selalunya disimpan dalam badang dalam bilik. Sesetengahnya dibubuh kacang putih didalamnya untuk menambah serinya. Begitu juga jika anak cucu jika tidak balik beraya dikampung dan selepas itu selang beberapa lama setelah balik si ibu atau nenek untuk menyatakan kekecewaannya akan mengatakan " bakpo tak balik raya baru ni, tuppat hok wa/mak simpan sapai kullat".

    ReplyDelete
  3. kat kampung pulai condong tu ada tak nama samihah ahmad...kawan saya masa kat kolej islam kelang tahun 1980 - 81...dah terputus hubungan. dia kata dia orang pulai condong..dia ada sorang abang samalah masa belajar kat kolej islam tu gak...

    ReplyDelete
  4. Sdri jika boleh tolong post comment di post terkini contoh tajuk pelaga buah getah padayang dipost pada 29 Dis 08. Untuk itu pergi ke Home dulu. Manalah tahu ada yang mengenalinya boleh bagi maklum balas.Dari Dusun Buluh.tq

    ReplyDelete
  5. Terima kasih ats blog ini . Ia banyak mengimbau kenangan saya di.kampong. Kebanyakan nama namayang tertulis ramai yang saya kenal dan termasuk ayah saya sendiri , kt kg.Bandar tu. Termasuk juga sekolah saya tu - SMAS. tq.

    ReplyDelete
  6. Tapi sekarang SMAS telah bertukar jadi SMKAS. nama-nama yang tertulis itu jika jenerasi sekarang mungkin sudah tidak mengenali lagi. Tapi mungkin anaknya atau cucunya kepada nama-nama yang disebut sahaja yang mengenali. Di Kampung Bandar dulu ada pasar pagi jika tidak siap hari rabu? ada dijual pelbagai barangan seperti kain baju, makanan dan sebagainya kerana disitu ada pasar berbumbung dan ada deretan kedai.Kampung Bandar ni dikira maju kerana ada Pondok Polis, klinik, sekolah, pasar dan dekat dengan Kemubu serta ada tempat bomoh patah? dan penduduknya pun dikira ramai dan taraf pendidikan pun tinggi dan ramai anak-anak mereka ini berjaya dipelbagai bidang. Faktor tempat/kampung juga memainkan peranan kejayaan anak-anak terutama dalam bidang pelajaran.

    ReplyDelete