Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Thursday, September 28, 2023

Anak Ayam

1.    Menjadi kesedihan juga melihat ada anak ayam yang berwarna kuning dibelakang rumah kelihatan mati. Sedangkan banyak lagi adik beradiknya dalam sepuluh ekor masih hidup. Tidak tahu siapa yang ajar maka saya ambil satu tin lalu ditutupi anak ayam yang mati diatas tanah tadi dengan tin itu. Selepas itu saya memukul tin itu beberapa kali dengan batang kayu yang agak kuat. Selepas itu saya membuka dan mengangkat tin itu dengan tidak semena mena anak ayam itu dapat berjalan dan 'hidup' kembali. Itu terjadi mungkin bila mendengar bunyi dentuman yang kuat membuatnya terjaga. 
2.   Itulah petua orang dahulu ketika saya masih budak budak lakukan untuk 'menghidupkan' anak ayam tersebut. Yang berlaku sebenarnya mungkin anak ayam itu pengsan sahaja. Mana mungkin yang sudah mati hidup balik. Ada juga kejadian dilain waktu walau diketuk beberapa kali anak ayam tetap tidak hidup. Itulah kenangan masa lalu. Yang pelik ada jugakah anak ayam boleh pengsan atau pitam. 






Monday, September 25, 2023

Kemucut

1.   Kemucut ialah sejenis rumput yang mempunyai batang halus yang tinggi lebih kurang setengah ke satu kaki setengah ikut ukuran orang dahulu. Ia tumbuh biasanya di padang seperti di padang bola. 
2.   Kemucut ini mempunyai bunga atau buah yang jika terkena pada kaki seluar atau stokin akan melekat kuat dan sukar untuk dibuang kerana banyak jumlahnya. Jika bermain bola dan memakai stokin maka jika padang tidak dimesin rumput ini pastilah bunga atau buahnya akan melekat dengan eratnya. Ia lebih sukar dibuang dari kaki seluar. Jika disekolah rendah jika bermain bola dipadang bola tidak menjadi masalah sangat kerana kami kadang kadang tidak memakai stokin dan berseluar pendek. 
3.   Tidak pula diketahui kegunaan buah atau bunga kemucut ini mungkin menjadi makanan pada serangga. 







Thursday, September 21, 2023

Meja

1.   Meja biasanya ia ada mempunyai pemukaan rata dan dibawahnya untuk menyokong keberadaannya ia mempunyai kaki mungkin satu, dua, tiga, empat atau lebih kaki. Ia diperbuat dari pelbagai bahan seperti kayu, batu, plastik dan lainnya. 
2.   Semasa zaman sekolah rendah ada banyak meja dan kerusi dalam bilik darjah. Jika dikedai kopi pun ada kerusi meja. Jika dirumah rumah dikampung jarang kelihatan meja dan kerusi. Jika dikedai runcit meja juru wang ada dibahagian depan. Jika disurau tidak kelihatan ada meja tapi dimasjid ada kerusi dan mimbar.
2.   Jika ada acara kebudayaan seperti menora seperti di Pengkalan Kiat dan diadakan acara meneka biji kacang untuk mendapat hadiah pulut seekor ayam golek maka diletakkan ayam itu diatas tempat berbentuk meja. Dilain tempat pula jika ada orang cina bermain mahjong atau main 'pong' maka mereka bermain diatas meja dan duduk atas kerusi. Kalau dirumah anak Tok Awang Aki dan kedai Mek Baru juga diletak TV atas meja.
3.   Dahulu tidak kedapatan dan amat jarang ada meja makan dirumah rumah orang kampung. Jadi mereka makan bersila sahaja. 
Seiring dengan kemajuan sedikit demi sedikit semakin ramai yang mampu membeli peralatan perabut maka di pekan Pulai Chondong ada kedai yang menjualnya. Seingat saya ada sebuah dua kedai dekat stesyen minyak shell dan kedai sebelah Restoran Pulai Chondong yang menjual perabut. 

Wednesday, September 13, 2023

Tarikh

1.   Tarikh 31 Ogos adalah hari kebangsaan Malaysia. Semasa di sekolah rendah tiada banyak tarikh hari ulang tahun yang diingati malah tarikh hari lahir sendiri pun begitu juga. Ketidakingatan ini berlaku mungkin lama sudah masa berlalu atau kurang acara yang dilalui atau juga mungkin kurang ambil tahu tentang tarikh tarikh penting. 
2.   Jika dahulu masa budak mungkin belum masa hendak ambil tahu tentang tarikh maklumlah umur dan pengetahuan belum tahu apa kepentingan tentang tarikh tarikh. Lagi pun murid sekolah mula belajar tawarikh atau sejarah pun bila sudah masuk sekolah menengah. Bila belajar tawarikh baru tahu betapa perlu ambil tahu tentang tarikh tarikh tertentu. 
3.   Tarikh yang telah berlalu ada yang diingati dan diulang ulang setiap tahun dan ada yang tidak diulang ulang. Kalau yang diulang disebut hari ulang tahun. Tarikh yang telah berlalu itu ada yang terasa lama ianya telah berlalu dan ada yang baru sahaja telah berlalu. Terasa lama atau baru itu bergantung kepada masing masing individu. 
4.   Begitu lah hidup ini tidak lepas dari perkara yang telah berlalu sentiasa berlegar legar diruang ingatan yang antaranya nampak jelas. Ada yang mengatakan tanpa yang lama maka tiada yang baru. Contoh paling mudah model kereta yang jika dahulu modelnya tidak secantik yang sekarang. Begitu juga dengan pakaian yang waktu dahulu tidak secantik yang sekarang. Ibarat kata yang baru lebih menarik dari yang lama. 
5.  Oleh yang demikian jika ada tarikh tarikh yang telah berlalu itu menjadi satu memori yang indah untuk dikenang maka sentiasalah diingat ingat . Ibarat kata jika dahulu kita tidak menyukai apa yang kita lalui tetapi apabila lama masa berlalu bila diingat dan dikenang terasa indah hari yang telah dilalui itu walau mungkin tidak ingin lagi dilalui hal itu sekali lagi. 
6.   Walau tidak ingat tarikh bila ianya berlaku seperti hari bila, bulan betapa dan tahun berapa tapi biasanya kita ingat akan tahunnya. Bila tahun mula bersekolah, bila tamat alam persekolahan dan sebagainya. 

Wednesday, September 6, 2023

Kembali kerahmatullah Hawa Emak Zaiton Kampung Dusun Buluh pada 04 September 2023

Dimaklum mak Zaiton Ismail telah meninggal dunia jam 4.00 pagi tadi...sama sama kita mendoakan semoga roh arwah diampuni semua dosa dosa nya dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.