Sunday, September 21, 2008

chin seng supermarket kota baru kelantan.


pada tahun 1975 aku telah pergi kepasar raya ini kerana membeli sehelai baju t shirt tanpa kolar berjenama texan dengan harga kurang RM10. itulah baju berjenama popular masa itu. ikut hati memang nak beli seluar sekali tapi tidak mampu. jadi tengok sajalah. jenama lain seperti amco, lee, jj, levis dan lainnya.naju tu warna lebih kurang biru kehijauan muda. jadi sekarang jika aku ke kota baru bila lalu depan kedai ini teringatlah aku kedai ini dan kadang-kadang singgah beli pakaian.
Posted by Picasa

Saturday, September 20, 2008

rokok daun


rokok daun ini dibuat dari daun tumbuhan. jika dikelantan satu masa dulu ianya banyak datang dari negara thailand. rokok ini datang dalam bentuk yang tingginya lebih kurang sama macam kita berdiri dan kelihatan macam carpet sekarang jika digulung dan didirikan. yang dalam gambar ini ia telah dipotong. dulu kita beli dan balik potong sendiri ikut saiz masing-masing. tembakau pula tembakau kampung dan ditanam sendiri oleh petani. jadi nak buat tembakau ini panjanglah ceritanya. dulu budak-budak macam aku kalau hisap rokok ini depan orang tua tidak akan dimarahi. sebab boleh dikatakan majoriti orang kampung hisap rokok ini.

Monday, September 15, 2008

ETOK

ETOK amat popular di Kelantan. Malah di kampung aku masa kecil-kecil ia terdapat dengan begitu banyak di Sungai Kelantan iaitu di Pengkalan Kiat. Dulu jika nak cari etok kalau budak-budak ialah dengan cara menyelam menggunakan tangan. Itu cara paling mudah. Jika mahu cara lebih produktif gunakan pengokok etak yang diperbuat dari besi. Masa itu 1 cupak etak tidak sampai 50 sen. Cara penyediaan etak yang palin popular ialah dengai menyalainya diatas acak dan dijemur panas matahari atau disalai bawah api. Bila siap dimakan sebiji-sebiji tapi memerlukan kemahiran yang tinggi. Jika tidak akan gagal membukanya. Boleh juga guna pisau bagi yang tiada gigi. Rasanya amat sedap sekali. Sekarang pun jika aku balik ke Kelantan tidak akan gagal membeli etok ini. Di pasar Siti Khadijah memang banyak. Satu lagi tempat di simpang Mulong jalan dari Kota Bharu - pendek. harga satu kelongsong masi RM1. etok juga amat sesuai dimakan bersama dengan nasi kerabu. dinegeri lain seperti selangor juga ada etok ini tapi disebabkan tidak dikormerselisekan maka ia tidak mendatangkan nilai ekonomi. mungkin juga dikelantan boleh dikatakan setiap benda dan hidupan dan ditambah dengan kreativiti dan value added menjadikan ia berharga dan diminati.
Posted by Picasa

Thursday, September 11, 2008

sekolah kebangsaan penambang kota bharu

ini lah sekolah aku yang pertama iaitu sekolah kebangsaan penambang Kota Bharu Kelantan. masa tu aku tinggal di Kampung Sungai Keladi. tapi ini foto sekarang. jarak dari rumah lebih kurang 1 km sahaja. jika pergi mula-mula bersekolah ialah abang man yang pergi hantar, lepas itu berjalan kaki dan menyeberang sungai keladi dulu baru sampai sekolah. masa dalam darjah satu aku ingat lagi ada satu pelajar tu dia kena ditunggu oleh kakak tau emak dia didalam kelas jika tidak pelajar itu akan keluar kelas dan balik rumah. mula masuk kelas tahun 1968. apa pun kenangan bila melalui kelas ini masih terbayang. kalau hendak kesekolah ini ialah dari bandar kota bharu ke pantai cahaya bulan. walaubagaimanapun aku hanya bersekolah mungkin 6 bulan sahaja selepas itu aku berpindah ke kampung dusun buloh pulai chondong kelantan.

Thursday, September 4, 2008

lompat tikam

ini kuih cuma ada di Kelantan. masa aku tinggal di kampung dulu tempat nak beli ini kuih ialah di pasar atau market Pulai Chondong. Hari besar ialah hari Khamis. Makna hari besar sebab pada hari tersebut ramai penjual dan pembeli hingga melimpah keluar market dan ia berlaku seminggu sekali. Kuih ini dibungkus dalam bekas plastik. Kuahnya berwarna hitam dari manisan (gula melaka). Yang warna merah ialah pulut. Kalau mahu cuba pergilah ke pasar Kota Bharu tiap-tiap hari ada jual.
Posted by Picasa

Monday, September 1, 2008

Siput Sedut - Keca

Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang rumah ada anak sungai mengalir. Didalam sungai itu banyak dipenuhi siput jenis ini atau dipanggil siput yang tinggal dalam sawah padi. Cara masak hanya yang sedap gulai lemak. Cara makan ialah dengan menyedut melalui mulut siput tersebut. Kalau tidak kuat sedut isi susah mahu keluar. Kadang-kadang masa makan isi siput ada dipenuhi anak-anak siput yang kecil dan boleh dimakan. Pada yang tidak biasa memang sukar untuk makan apa lagi jadi masakan kegemaran. .
Tapi bila daku sudah menetap diluar kelantan jarang pula berjumpa dengan siput ini. Yang jenis seperti dibawah memang banyak ditemui terutama dipasar-pasar. Tapi rasanya pula hampir sama juga