Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Sunday, February 22, 2009

foto sekolah kebangsaan mata ayer pulai chondong


sekolah ini jika dahulu tahun 70an tidaklah seperti sekarang yang mana masa ini tersergam indah. dulu ia setingkat sahaja dan ada dua blok serta padang bola. dulu walaupun aku bersekolah di sekolah kebangsaan bandar tapi aku sentiasa datang kesini kerana dekat dengan rumah lebih kurang 600 meter. lagi pun pada waktu pagi aku akan hantar nasi berlauk dan kuih ke kantin sekolah ini. tuan kantin aku panggil mak su kantin dan ia berbangsa cina. kantin dia terletak diluar kawasan sekolah. di kantin mak su ni ada satu peti ais berwarna putih dan dibuat ais krim, tapi masa itu tiada letrik. peti ais itu beroperasi menggunakan minyak gah (karosin). itu adalah teknoloji dahulu. selepas aku menghantar kuih kadangkadang akan masuk kedalam kawasan sekolah dan melihat cik gu awang sedang mengajar subjek macam sejarah dan juga sastra. cih gu awang ini berbangsa cina juga. aku seronok mendengar cerita yang disampaikan. begitu juga diwaktu petang bila tiada kelas ramai pemuda datang kesini bermain bola. antara yang terkenal ialah ismai mek wa dan che harun. mereka ini memang hebat bermain bola masa itu. kedua mereka dari kampung dusun buluh. selain itu disekolah ini juga ada gelanggang badminton dan biasanya bermain pada waktu malam. pemainnya yang cemerlang adalah berbangsa cina seperti ah wan ( jadi guru) dan lainnya. masa itu integrasi antara kaum samada sokan dan sebagainya amat baik sekali berbanding sekarang. cik gu awang selalu datang kerumah aku bermesyuarat kerana ia salah seorang ahli syarikat bas sekolah. beliau amat dihormati samada oleh kaum cina dan juga melayu di kampung mata ayer. razak anak tok penghulu yusuf juga bersekolah disini. razak ni abang kepada anuar yang tinggal di kampung kerawang. lagi kawan-kawan yang bersekolah disini seperti syed mohd nor, mek ti, lian yang kemudian nya bersekolah di smas.

Sekolah Mata Ayer murid belajar
Menuntut ilmu teras utama
Cikgu Awang guru mengajar
Jasa beliau tetap bergema
Posted by Picasa

7 comments:

  1. orang surau kerawang yang sdr listkan tu saya kenal, kebanyakan saudara mara saya, yang dusun buluh tu kurang kenal, kecuali zahid mat zin, tu dua pupu saya, ayah dia sepupu mak saya anak arwah tok teh selamah, tok saudara saya. saudara saya di dusun buluh yang saya ingat, pakcik pok man, anak dia saripah, fauziah, rahmah tu pak sepupu saya, keluarga tok teh selamah, keluarga pak nik junoh (sekarang tinggal di Ipoh Kusial), keluarga paklah depan rumah pak cik jeri tukang gunting tu semua saudara terdekat saya.

    ReplyDelete
  2. sdr, sebut paksu jeri saya dan ramai lagi masa sekolah rendah terutama bila dekat hari raya akan bergunting rambut dengan dia kat atas rumah. lepas tu dia buka kedai kopi sampai sekarang dan bila kenduri pandai masak gulai kawah. dia berhemah orangnya dan disukai ramai.

    ReplyDelete
  3. Ya ya pak su jeri, dah lupa dah, saya pun masa kecik-kecik bergunting rambut dengan paksu jeri, baru teringat, saya satu kelas dengan Mat setapa, adik Mail, Mokhtar kalu demo kenal pun satu kelas, Mat setapa ni pun ada bau-bau bacang rasanye dengan keluarga saya, tapi tak ingat dah

    ReplyDelete
  4. sdr, mat setapa- pencen tentera, sekarang berada di kg laloh kuala krai dan membuka kedai ditepi jalan kuala krai -gua musang 32 km dari k krai. kg laloh hanya ada satu stesen petrol caltex. jika tanya orang disana semua tahu. kalau dari k lumpur selepas caltex 500m berhampiran bukit yang sedang diratakan sebelah kiri ada kedai beliau. mokhtar pula berkemahiran membina rumah dan sentiasa penuh jadual. masa bersekolah rendah dan menengah saya selalu kerumahnya dan bermain bola dihadapan dan belakang rumahnya kerana beliau pun meminatinya. walaupun beliau senior tapi pandai berkawan dengan yang lebih muda. ismail adik mat setapa pula apa yang saya ingat lepas sekolah bekerja di singapura yang menjadi trend rakyat kelantan masa itu kesana mencari rezeki dan berkat kesungguhan dapat membina rumah dikampung.seingat saya mokhtar ni amat minat belajar dan beberapa kali mengambil periksa tapi mungkin bukan rezeki dia untuk menapak lebih jauh dalam bidang akademik.

    ReplyDelete
  5. pembetulan, ismail abang mat setapa.

    ReplyDelete
  6. di kampong dulu orang panggil saya yih atau che yih, saya juga berkawan rapat dengan yih adik ustaz Ghani, tapi saya berada tetap di kg sampai form 1 sahaja, jadi tak berapa ingat sangat geng-geng dikampong. lepas tu tinggal dengan kakak di Kg Cherang sehingga habis form 3 dan ke Maahad KB, Kolej Islam Klang, Sekolah Alam KL, Politenik, kerja kat TM sambung belajar kat UTM (SPACE) dan masih kat TM hingga sekarang. lagi 3 tahun pencen 55

    ReplyDelete