Monday, August 31, 2009

Stesen Minyak Shell Pulai Chondong

Stesen minyak ini ditahun 1975 adalah satu-satunya stesen minyak yang terdapat di Pulai Chondong. Ia kepunyaan Haji Hamzah yang rumahnya ialah rumah kedai dua tingkat yang menghadap stesen minyak ini. Pekerjanya masa itu tidak ramai cuma lebih kurang 2 orang. Jadi stesen minyak ini juga adalah mercu tanda juga bagi Pulai Chondong. Sekarang pekerjanya sudah ramai.








Stesen minyak shell Pulai Chondong
Tempat tumpuan mengisi minyak
Pejuang kemerdekaan perlu disanjung
Diperjuang oleh rakyat semua pihak

Tempat tumpuan mengisi minyak
Motorsikal kereta dan juga lori
Diperjuang oleh rakyat semua pihak
Tidak kira pihak kanan atau kiri

Motorsikal kereta dan juga lori
Kenderaan berinjin serta beroda
Tidak kira pihak kanan atau kiri
Barulah dirai semua yang ada

Kenderaan berinjin serta beroda
Dinaiki oleh semua warga bangsa
Barulah dirai semua yang ada
Semangat petriotik dihayati sentiasa
Posted by Picasa

Wednesday, August 26, 2009

Kilang Air Batu Sungai Keladi


Kilang air batu ini telah lama ujud. Pada hujung tahun 1960an semasa tinggal di Kampung Sungai Keladi tempat ini selalu dikunjungi. Apa yang specialnya ialah air batunya. Kita pernah memasukkinya bahagian dalam kilang ini yang mana terdapat bungkah empat segi air batu yang besar sekitar mungkin 1 meter kali 1 meter. Dalam kawasan tempat itu bersuhu sejuk jadi kita berada sekejap sahaja dan suasana pun tidak terang. Selepas itu seperti biasa kita akan ambil lebihan atau buangan mungkin dalam bentuk frost untuk dibuat bermain. Masa dulu-dulu dirumah kita mana ada peti ais jadi dikesempatan ini dapatlah melihat dan merasa frost yang dibuang dengan banyak. masa tersebut kita tidak mengambil tahu apa tujuan ais ini digunakan dan kemana dibawa. Jadi sekarang setelah pergi ketempat ini didapati kilang ini masih beroperasi seperti dulu dan kelihatan pekerja memasukkan kiub ais kedalam lori kecil dan tujuannya adalah seperti digunakan bagi penyejukkan ikan yang digunakan oleh nelayan dikawasan sekitarnya.


Kilang air batu tempat bermain
Kilang terletak ditepi jalan
Masa dahulu indah nian
Zaman yang telah ditinggalkan
Posted by Picasa

Friday, August 21, 2009

Sekolah Kebangsaan Gondang (SKG)

Sekolah ini walaupun berlainan zon dan daerah dengan Sekolah Kebangsaan Bandar (SKB) tetapi ianya ada hubungan apabila diadakan perlawanan persahabatan bola sepak sekitar tahun 1972/73. Masih diingat ketika itu d SKG timnya ada seorang pemain yang berbadan besar seperti orang dewasa (Mat Jing) berada dikesebelasan pemain.
Difahamkan pemain murid tua tersebut memang berumur tua kerana lewat mendaftar surat beranak. Walaubagaimanapun ia satu perlawanan yang hebat dan sukar dilupakan. Padang bola yang dulunya berada ditepi jalan tapi sekarang telah didirikan satu bangunan beratap biru dan
berpindah tempat. Pada masa dulu memang perkara biasa jika ada murid yang berumur lebih dan mereka ini dibenarkan bermain tapi bagi kita ia seperti tidak adil dan berat sebelah. Keadaan ini juga berlaku ketika perlawanan sepak takraw di Kuala Krai peringkat daerah dimana pemainnya murid orang asli yang berumur lebih. Tapi mungkin sekarang perkara ini tidak berlaku sekarang.

Bermain bola di Sekolah Kebangsaan Gondang
Dikala dulu itulah sokan amat diminati
Salam dan awal Ramadhan dikumandang
Mendapat keampunan dan syurga yang dijanji

Dikala dulu itulah sokan yang amat diminati
Selain dari hoki dan berlumba lari
Mendapat keampunan dan syurga yang dijanji
Itulah kebahagian dan kemenangan yang sejati






Tuesday, August 18, 2009

Serkap

Serkap ini pernah digunakan untuk menangkap ikan darat seperti puyu, sepat, haruan, keli, anak butir nangka dan kadangkala belut. Acara ini apa yang diingati ialah ketika musim kemarau dimana airnya hampir kering dan airnya berada dikedalaman bawah dari paras lutut iaitu sekitar paras betis. Jika di Kampung Dusun Buluh kawasannya ialah di kawasan yang dikenali Kollam. Tempat ini berada antara Pengkalan Kiat dan Dusun Buluh iaitu sekitar perkampungan cina. Kawasan ini berada agak lembah. Tidak dapat dipastikan adakah kawasan ini masih ujud kerana amat lama tidak kesana. Apa yang diingat daku pernah menyerkap dengan Mokhtar Paknik Soh. Masa itu memang bersemangat bermandi peluh hingga kewaktu tengah hari panas terik. Hasilnya adalah sedikit dapat ikan tapi tidak berbaloi. Apa yang penting dapat merasai suasana dan musim cari ikan dengan serkap. Dan serkap ini tidak diingati milik siapa mungkin Mokhtar punya atau pinjam dengan siapa-siapa.

Menyerkap ikan kolam diredah
Airnya keruh ikan pun dapat
Dizaman budak memang indah
Apa saja dibuat tetap diingat

Airnya keruh ikan pun dapat
Ikan sepat dan ikan keli
Apa saja dibuat tetap diingat
Itulah zaman yang tak kembali

Ikan sepat dan ikan keli
Mari dibuat gulai darat
Itulah zaman yang tak kembali
Buat kenangan keakhir hayat
Posted by Picasa

Wednesday, August 12, 2009

Stesen Bas Lama SKMK Machang


Stesen bas ini dahulunya sibuk dengan penumpang yang sedang menunggu bas kedistinasi seperti Kota Bharu, Kemubu, Tanah Merah, Batu Melintang, Pasir Putih, Kuala Krai dan lainnya. Sekarang ia telah lama berpindak ketempat baru yang lagi besar. Jika dulu semasa bersekolah sekejap di SM Hamzah Machang maka stesen ini penuh dengan budak sekolah yang sedang menunggu samada bas Kuning dan biru. Apa yang menarik perhatian semasa menunggu bas kita truja dengan tempat bangunan workshop yang membaiki bas yang rosak.



Stesen Bas Machang tempat bertamu
Penumpangnya pula sabar menunggu
Di Sekolah Hamzah menuntut ilmu
Kemudian ke Sekolah Teknik Terengganu

Suasana meriah distesen bas
Pelbagai ragam boleh diperhati
Masa sekolah tidaklah bebas
Disiplin dan peraturan perlu diikuti

menunggu bas setiap hari
Pagi pergi petang balik
Jika dahulu orang memberi
Jasa dibalas yang berbuat baikPosted by Picasa

Sunday, August 9, 2009

Kapal Penambang


Kapal Penambang di Pengkalan Kiat
Membawa penumpang dari seberang
Dimasa budak bermainnya giat
Berderat lupa malam dan siang

Diseberang pengkalan Bukit Panau
Tebingnya curam serta tinggi
Menunggu durian dibawah dangau
Acara ditunggu setahun sekali

Tuesday, August 4, 2009

Pisau Raut

Pisau raut di tepi rimba
Buat raut si jantung pandan
Karam di laut dapat ditimba
Karam di hati rosaklah badan

Apa guna pisau raut
Raut rotan buat ampaian
Tidak terkail ikan di laut
Walau umpan bersalut intan

Pisau raut jika dahulu amat berguna untuk meraut buluh kerana hendak membuat wau. Pisau ini amat tajam. Oleh itu jarang diberikan kepada budak-budak tanpa pengawasan. Daku pernah menggunakan pisau ini dirumah Mat Tuyyuh belakang balai sah. Mat ini abang kepada Kohey. Mat ni sudah kembali kerahmatullah lebih 10 tahun dulu. Ia adik kepada Ustaz Husin. Mat ni pandai membaiki alat letrik dan buka kedai di Bandar Tanah Merah. Berkat kegigihan belajar sendiri gaya pos dari Singapura akhirnya berkemahiran. Hendak seribu daya.

Pisau raut amatlah tajam
Meraut buluh buat wau
Mat Tuyyuh otaknya tajam
Belajar sendiri boleh terjangkau


Posted by Picasa