Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Wednesday, May 27, 2009

simpan duit syiling


dulu jika hendak simpan duit dalam poket seluar biru pendek sekolah supaya tidak jatuh maka diikat dengan rubber band dihujung poket seluar tersebut. dijamin selamat tidak tercicir.



Duit siling dibawah rumah
Gilap ketanah terang warna
Sesama jiran senang beramah
Rugi tiada untung selama


Saturday, May 23, 2009

keladi colek

keladi specis jenis ini dijumpai dibelakang rumah di kampung dusun buluh. jika dahulu keladi ini amat popular bagi mengubati luka terkena pisau dan benda tajam lainnya iaitu mengambil batangnya dan dikeluarkan bahagian kulit dan dibalut ditempat luka seperti dijari. tapi ia akan merasa sangat pedih selepas cecairnya meresap kedalam luka tersebut. buahnya pula yang berwarna kemerahan amat menarik minat burung seperti burung "caknik". jadi jika hendak menangkap burung ini samada dengan menggunakan jerat "bikkas" atau "jebak" maka buah keladi ini akan dijadikan umpan selain ada denak untuk jebak. burung cakknik ini pula sedap mendengar suaranya dan dari jauh kita sudah mengenali suaranya berbanding burung lain. kesimpulannya dahulu pun masa budak-budak kita sebenarnya seorang bird watching dan lebih dari itu kreatif pula untuk menangkapnya. hobi ini hingga sekarang masih diingati.
Keladi colek ditepi hutan
Buat memikat siburung candik
Hendaklah ingat hari depan
Apa bidang hendaklah cerdik Posted by Picasa

Friday, May 22, 2009

foto nan(adnan) 76/77 sekolah menengah teknik terengganu

bila terpandang foto ini dari ehsan tetra teringat kepada wajah yang sebelah kiri sekali yang kita panggil nan sahaja atau adnan. dia ni bekas pelajar sekolah menengah abdul samad smas pulai chondong kelantan iaitu sama sekolah dengan daku dan senior setahun. bila daku melapor ke smtt beliau ini sentiasa memantau dan bila ternampak beliau maka semangat tu naik tambahan pula minggu-minggu orientasi. beliau berasal dari pulai chondong dan memilih kerjaya sebagai guru. kali terakhir berjumpa beliau sudah lama munggin 15 tahun atau lebih. ada seorang lagi kawan beliau dari kampung belukar pulai chondong satu sekolah di smas iaitu kita panggil bibi sahaja juga bersekolah di smtt. wajah lain dalam gambar semua sudah tidak diingati lagi. yang satu pengambilan dengan daku dari sekolah smas ialah abdul rahim hj mohamad. beliau ini dalam jurusan bangunan. selepas itu memasukki uitm shah alam. beliau ini lambat melapor diri ke smtt. sahabat daku seorang ini ada bakat seni kerana pandai bermain alat muzik seperti gitar dan organ. dan beliau seorang yang fokus dalam sesuatu perkara yang dilakukan dan amat cemerlang dalam matematik. sekarang beliau sudah tiada lagi selepas dua tahun lepas terlibat dengan kemalangan jalan raya. alfatihah dan dihadiahkan kepada beliau semoga rohnya bersama yang soleh.


Dari SMAS kesekolah teknik
Menuntut ilmu itu matlamat
Mula-mula cemas lepas tu panik
Pasal orientasi belum tamat

Posted by Picasa

Monday, May 18, 2009

Masjid Al Amin Mukim Kerawang

masjid ini dibina atas tapak surau. masa dulu surau tersebut diperbuat daripada kayu. apa yang tidak dapat dilupakan ialah tentang beduk atau gendangnya. ianya dipalu menandakan masuk waktu solat. jika dibulan puasa waktu
maghrib bunyi dari gendang ini amat dinantikan kerana menandakan masuk waktu berbuka. ianya amat jelas kedengaran dikampung dusun buluh. mungkin masa lain pun jelas juga tapi masa tu mungkin kurang dialu-alukan atau kurang diambil perhatian. dahulu jika hari jumaat ia menjadi tumpuan apa lagi jika hari raya maka lagi bertambah meriah kerana ramai yang balik kampung. Dahulunya surau dan masjid ini imamnya ialah tok imam Shad. Dan sekarang ustaz mat.

Masjid Al Amin diberi nama
Tok Imam Sad jadi Imam
Setiap waktu solat bersama
Berganda pahala bercucuk tanam

Sunday, May 10, 2009

Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering

dahulu sekolah ini tidaklah sebesar sekarang. kenangan disini ialah diadakan aktiviti sokan seperti perlawanan bola sepak antara sekolah kebangsaan bandar dengan sekolah ini. dilain acara sokan ialah atletik iaitu daku mewakili acara lompat tinggi dan jauh. begitu juga acara sepak takraw dan bola tampar.

Pangkal Nering nama diberi
Masa dulu tempat berlari
Jika wajah nampak berseri
Zikir dan tahmid ia gemariPosted by Picasa

Saturday, May 2, 2009

Mah Pengkalan Kiat telah kembali kerahmatullah

Beliau telah kembali lebih kurang 2 minggu lepas setelah diberitahu oleh adiknya Pakcik Ya yang tinggal di Keramat Kuala Lumpur. Mah ini telah agak lama tidak sihat setelah tidak dapat berjalan. Beliau sentiasa tinggal di rumah sepupunya Fauziah Man anak Pak Muda Hamat. Allahyarham hanya ada seorang anak lelaki bernama Ramli pun sudah lama meninggal di Pahang. Beliau (Ramli) berkahwin dengan kerabat Pahang dan ada beberapa anak disana. Beliau lebih suka tinggal di Pengkalan Kiat kerana disitulah kampung halamannya. Beliau kembali kerahmatullah dirumah adiknya Chik Bidah di Tanah Merah Kelantan. Al Fatihah kepada beliau semoga ditempatkan rohnya bersama orang-orang yang solehah, amin.

Mah Pengkalan Kiat telah kembali
Di Tanah Merah tempat bersemadi
Sudah menjadi ketentuan azali
Hidup didunia tidak abadi