Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Friday, July 30, 2010

Sadat

Sadat atau pun sabit adalah peralatan penting dimasa dahulu kerana ia sentiasa digunakan. Jika orang dewasa bila pergi menyadat rumput akan memakai kain sarung sahaja dan akan diselit dikilah kain dipinggang. Jika dahulu pernah daku memelihara dua tiga ekor lembu. Makanan yang lembu yang paling suka ialah rumput yang dicerut. Rumput ini pula diletak dalam bekas yang dibuat dari buluh dan boleh dikandar kalau tidak silap dipanggil cagok. Mentor daku tentang cara-cara memelihara lembu masa itu ialah Pakcu Soh. Pakcu Soh sekarang sudah tidak berapa cekat (sihat) lagi seperti dulu banyak masa dihabiskan dirumah sahaja. Dahulu bila tiba waktu malam lembu ini ditambat dibawah rumahnya. Bila waktu pagi jika lewat membawa tubik lembu ini maka Pakcu Soh akan menolong atau akan memberi tahu lembu belum dibawa keluar lagi. Rumput yang hendak dicerut biasanya diambil dari padang yang ada pokok yang baru ditanam seperti pokok getah atau pokok pisang dan lain-lain. Apa pun aktiviti mencerut rumput ini masa tersebut tidaklah berapa disukai maklumlah ia mengganggu aktiviti yang diminati seperti bermain bola, hoki, badminton dan lain-lain tapi diteruskan juga. Tapi sekarang jika mengenangkannya barulah kita tahu bahawa ia juga menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan dan paling tidak pun dapat mendisiplin diri memelihara binatang yang memerlukan kesabaran.

No comments:

Post a Comment