Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Wednesday, September 13, 2023

Tarikh

1.   Tarikh 31 Ogos adalah hari kebangsaan Malaysia. Semasa di sekolah rendah tiada banyak tarikh hari ulang tahun yang diingati malah tarikh hari lahir sendiri pun begitu juga. Ketidakingatan ini berlaku mungkin lama sudah masa berlalu atau kurang acara yang dilalui atau juga mungkin kurang ambil tahu tentang tarikh tarikh penting. 
2.   Jika dahulu masa budak mungkin belum masa hendak ambil tahu tentang tarikh maklumlah umur dan pengetahuan belum tahu apa kepentingan tentang tarikh tarikh. Lagi pun murid sekolah mula belajar tawarikh atau sejarah pun bila sudah masuk sekolah menengah. Bila belajar tawarikh baru tahu betapa perlu ambil tahu tentang tarikh tarikh tertentu. 
3.   Tarikh yang telah berlalu ada yang diingati dan diulang ulang setiap tahun dan ada yang tidak diulang ulang. Kalau yang diulang disebut hari ulang tahun. Tarikh yang telah berlalu itu ada yang terasa lama ianya telah berlalu dan ada yang baru sahaja telah berlalu. Terasa lama atau baru itu bergantung kepada masing masing individu. 
4.   Begitu lah hidup ini tidak lepas dari perkara yang telah berlalu sentiasa berlegar legar diruang ingatan yang antaranya nampak jelas. Ada yang mengatakan tanpa yang lama maka tiada yang baru. Contoh paling mudah model kereta yang jika dahulu modelnya tidak secantik yang sekarang. Begitu juga dengan pakaian yang waktu dahulu tidak secantik yang sekarang. Ibarat kata yang baru lebih menarik dari yang lama. 
5.  Oleh yang demikian jika ada tarikh tarikh yang telah berlalu itu menjadi satu memori yang indah untuk dikenang maka sentiasalah diingat ingat . Ibarat kata jika dahulu kita tidak menyukai apa yang kita lalui tetapi apabila lama masa berlalu bila diingat dan dikenang terasa indah hari yang telah dilalui itu walau mungkin tidak ingin lagi dilalui hal itu sekali lagi. 
6.   Walau tidak ingat tarikh bila ianya berlaku seperti hari bila, bulan betapa dan tahun berapa tapi biasanya kita ingat akan tahunnya. Bila tahun mula bersekolah, bila tamat alam persekolahan dan sebagainya. 

No comments:

Post a Comment