Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Monday, September 1, 2008

Siput Sedut - Keca

Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang rumah ada anak sungai mengalir. Didalam sungai itu banyak dipenuhi siput jenis ini atau dipanggil siput yang tinggal dalam sawah padi. Cara masak hanya yang sedap gulai lemak. Cara makan ialah dengan menyedut melalui mulut siput tersebut. Kalau tidak kuat sedut isi susah mahu keluar. Kadang-kadang masa makan isi siput ada dipenuhi anak-anak siput yang kecil dan boleh dimakan. Pada yang tidak biasa memang sukar untuk makan apa lagi jadi masakan kegemaran. .
Tapi bila daku sudah menetap diluar kelantan jarang pula berjumpa dengan siput ini. Yang jenis seperti dibawah memang banyak ditemui terutama dipasar-pasar. Tapi rasanya pula hampir sama juga

5 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Siput yang di atas tu, nampak lain dari siput sungai biasa yang agak panjang. Mungkin ini siput kecau, yang biasa dijumpai di dalam sawah, agak pahit tetapi sedap?

    ReplyDelete
  2. salam...tempat saya di kelantan pun orang sebut 'siput keca'.

    ReplyDelete
  3. betul disebut siput keca
    dari dsnbuluh

    ReplyDelete
  4. siput keca hnya ade kat kelntan jerr ke?sb bila dtng kl ni kbyakan jual kt pasar jenis siput sedut spt gmbr d bwh.

    ReplyDelete
  5. maaf ye, setahu saya siput keca lain, dia lg besar...yang ni siput sedut,rasanya lebih manis..

    ReplyDelete