Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Sunday, May 9, 2010

Musim Mengetam


Musim mengetam atau memukul padi adalah jika dahulu hanya satu musim sahaja. Pengalaman memukul padi ialah disawah padi dihadapan rumah Pak Da Hassan. Dia tinggal berseorang dipondoknya dan dikira miskin dan kadang-kadang ada yang akan memberi zakat samada fitrah dan harta setiap tahun.




Daku pergi kerumahnya jika disuruh untuk membeli ayam untuk disembelih. Dihadapan rumahnya terbentang sawah padi dan akan meriah jika dimusim bergala lagi. Rumah yang paling dekat dengan sawah ini ialah rumah Abang Hassan Tok Awang. Apa pun kita bebudak yang meriah masa bergala dimana masa itu kita dibenarkan berada diatas gerrap dimana ia akan ditarik oleh kerbau. Masa bergala ini pun sudah terdapat ikan-ikan darat seperti puyu, haruan dan keli. Bahasa untuk mengawal kerbau ini yang masih diingat ialah cau, cau, cau. Apa makna hanya kerbau itu yang faham. Tapi cau ini mungkin juga bermakna beredar dari sini jika apa yang difahami orang sekarang. Jika dimusim menuai ada yang



menggunakan ketam terutama jika padi itu padi huma atau padi tugal.
Padi tugal boleh ditanam ditanah tidak berair seperti dikebun-kebun yang baru dibersihkan. Mungkin sekarang yang masih mengusahakan padi tugal mungkin di Sabah/Sarawak kawasan pedalaman atau jika di Semenanjung oleh Orang Asal dengan membuka kawasan baru. Musim memukul padi dikira meriah kerana dapat berkumpul bersama keluarga seperti berkelah disamping dapat menikmati hidangan nasi belauk, kuih muih, roti dan lainnya disamping air teh/kopi O. Disamping itu dari batang jerami dapat dibuat serunai. Selepas musim memukul diwaktu malam pula


kita beramai selepas maghrib akan
mencari belalang terutama di Kerawang kerana kawasannya luas. Kemeriahan mencari belalang diwaktu malam secara beramai-ramai dengan bercahayakan lampu pelita yang samada diletak di dalam tin atau dibuat dari upih didalam beberapa kumpulan sukar dilupakan.

No comments:

Post a Comment