

Saklar atau circular ini akan dijatuhkan ditepi jalan dari kenderaan sambil diwar-warkan dengan menggunakan pembesar suara apabila pada malam nanti ada ditayangkan sesuatu filem dipanggung wayang Mata Ayer. Kita budak-budak memang seronok mengutipnya dan mendapat maklumat kerana sudah boleh membaca. Walaupun belum tentu dapat menontonnya tapi memang ingin sekali untuk kesana. Disamping saklar akan dipasang lagu-lagu seperti hindustan diatas pokok ditepi panggung wayang yang mana kita dapat mendengarnya dari jauh. Kemeriahan acara ini memang dapat dirasakan kerana masa itu filem dan lagu hindi amat popular disamping filem Indonesia.
No comments:
Post a Comment