Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Sunday, April 19, 2009

sempadan kampung mata air

 
kampung ini dulunya dieja dengan mata ayer. dalam foto ini menunjukkan jalan dari kemubu ke pangkal gong. ini adalah sempadan antara kampung dusun buluh dan kampung mata air. permulaan kampung ditepi jalan ini terdapat dahulunya rumah kedai Palla(cina) dan isterinya Bunga yang mana anaknya kahwin dengan anak Mek Baru yang bernama Echung. selepas itu rumah Awang cina yang dulunya adanya ada pickup datsun. rumah inilah tempat kita orang menonton TV. ini kerana hanya tempat ini yang ada TV dengan menggunakan generator terutama waktu malam lepas maghrib. apa lagi jika malam sabtu ada cerita melayu maka ramailah penontonnya disekitar laman rumahnya. ada yang datang sejauh dari kampung kerawang. tempat dan rumah ini ketika itu memang meriah tambahan ada kedai Palla disebelah. tapi bagi kita budak-budak ada satu cabaran melalui tempat ini kerana akan diganggu dengan salakkan anjing dan ada masa pula akan dikejarnya. itu pun jika disalak kita cuba lari. itu berlaku terutama jika seorang diri. jadi untuk lalu seorang diri kena fikir dua tiga kali. jika dalam kumpulan ramai selesai masalah. maklumlah masa tu mana ada lampu jalan dan lainnya. dan kedai Palla ada menjual pelbagai barang runcit. kedai ini makin meriah bagi budak-budak bila datangnya hari raya. ini kerana akan disediakan pelbagai jenis permainan tikam menikam. kadang-kadang kita pun siap beli dengan dia satu dua papan dan cari pelanggan sendiri. hadiahnya  macam-macam seperti jam loceng, pistol air juga pistol yang meletup menggunakan gulungan/lingkaran berwarna merah,  itu yang berbentuk barangan. jika hadiah yang berbentuk wang ada yang seringgit, 50 sen dan lainnya. satu tikaman 5 sen, kat sini kadang-kadang ada kelam kabut sikit tambahan ada masing-masing mengatakan nombor dia kena. jadi Palla kena cekap mengawal keadaan dan cuba elakkan dari berlaku penipuan. jadi nampaknya kadang-kadang duit raya kita habis kat penikam ini. juga yang tinggal kat sempadan ini ialah cik limah cina. masih diingat Palla ni asal dia dari negara cina dan sentiasa membaca surat khabar cina. dan bila kekedainya akan sentiasa menunjukkan gambar-gambar yang terdapat didalamnya dengan cuba menterjemahkannya. satu hari yang menyedihkan baginya ialah semasa Mao Tze Tong meninggal dunia dengan menunjukkkan surat khabar yang banyak menyiarkan gambar beliau. jadi sedikit sebanyak dapatlah kita berkongsi berita dengan beliau. sekarang ini itu semua sudah tiada, awang pun tiada, palla dan bunga pun tiada. cik limah pun sudah tua.


Kampung Mata Ayer senang dilalui
Ramai penduduknya berbangsa cina
Jika panduan hidup sudah ditemui
Tentulah aman harmoni suasana

Posted by Picasa

2 comments:

  1. saya tak ingat pasal tonton tv kat rumah awang, seingat saya menonton tv kat rumah luwi bagan, duduk atas jalanraya tengok cerita melayu dan gusti

    ReplyDelete
  2. kalau kat atas bagan sikit tepi jalan ada satu kedai sebelah kanan kalau jika dari kemubu ke pangkal gong. kat kedai itu ada tv dan ramai yang akan tengok gusti, yang paling suka tengok jika berpasangan dan pasangan yang sentiasa kena belasah akan disokong, tapi pasangan ini sentiasa sukar untuk dapat pegang tali. itulah dua rancangan tv yang paling popular masa tu selain satu lagi giant robot.

    ReplyDelete