Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Monday, March 29, 2010

Penambang Pengkalan Kiat



Sekarang Penambang ini telah mula beroperasi setelah lebih kurang 3 tahun operasi tamat. Ini kerana kapal lama rosak dan tenggelam ditepi sungai. Kapal dikendalikan oleh 2 orang. Kadar tambang 50 sen untuk penumpang dan RM1.50 untuk motosikal. Selain dari penambang ini ada lagi dua penambang yang beroperasi iaitu di Mako dan Kemubu. Jika diseberang sana Bukit Panau. Sekarang difahamkan sungai semakin tohor berbanding dahulu. Keadaan trafik penambang ini boleh dikatakan sederhana sibuk dimana sentiasa ada penumpang bermotosikal dikedua-dua belah sungai silih berganti.
Posted by Picasa

3 comments:

  1. salam,
    terima kasih kpd dsnbuluh krn sudi mengirim gambar pkln kiat ni. inilah pengkalan yg sy gunakan dahulu utk ke johor menaiki keretapi di tanah merah di hantar oleh ayh dgn motorsikal. pandangan yg sama semasa sy memerhatikan ayh di atas tebing semakin jauh meninggalkan kampong halaman. sungguh sayu... Tapi skrng semuanya telah tiada...ianya tidak digunakan lagi. T/kasih banyak.

    ReplyDelete
  2. menarik view gambar pertama, iaitu berlatarbelakangkan Bukit Panau..apakah saudara penulis ada cerita mengenai Bukit Panau ? maksud saya, cerita org2 tua mengenai Bukit Panau..
    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Wassalamualaikum. Jika mengikut kepada cerita masa bebudak dahulu yang mana jika bersembang sesama kita tentang Bukit Panau ialah, suatu masa dulu jika penduduk sekitar Bukit Panau ingin mengadakan majlis kenduri kendara maka mereka akan meminjam pinggan mangkuk dan segala peralatan dengan pihak Puteri Saadong. Selepas kenduri banyak yang pecah dan hilang dan sampai satu peringkat tidak memulangkannya. Setelah perkara ini berulang kali berlaku dan kesabaran Puteri Saadong hilang maka Baginda telah 'menendang' Bukit Panau tersebut sehingga senget. Tapi tidak pasti pula adakah secara fizikalnya Bukit Panau itu kelihatan senget. Lagi satu cerita ialah tentang ada lembaga ular-ular (naga?) yang besar saiznya sedang menjaga logam EMAS disatu terowong bawah tanah dari Sungai Kelantan ke Bukit Panau. Itulah kisah lebih kurang yang sampai kepada kita masa kecil dulu yang masih diingat. Cerita ini selalu diulang-ulang jika kita sama-sama mandi ramai-ramai di Pengkalan Kiat ketika terpandang Bukit Panau. Kadang kala timbul juga rasa takut bila teringatkan ular yang besar manalah tahu ia datang menyerang kita ketika sedang mandi. Masa itu tidak timbul soal logik ada tidak cerita tersebut. Dari Dusun Buluh.

    ReplyDelete