Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Friday, August 29, 2008

assura



assura adalah sejenis bubur yang dibuat dibulan muharram sempena mengingati zaman nabi noh as. dikampung aku bubur ini aku kenali masa aku kecil lagi. . maka ramailah orang berkumpul diawal pagi lagi. kawah telah disediakan dan lain-lain seperti beras, ayam, buah kelapa, awah (rempah), pengacau sura, kayu api, gula dan lain-lain. bila telah sedia maka yang dewasa memasukkan ramuan ke dalam kawah yang siap di pasang api. masa mengacau agak lama juga bagi kita orang bebudak masa tu. adalah mungkin 4 ke 5 jam. setelah masak bagi kanak-kanak kita dibekalkan dengan tempurung kelapa dan dengannya mengganti pinggan kita pun makanlah assura tersebut dengan enaknya selepas penat bermain. itu masa kecil-kecil dulu. apabila meningkat umur aku pula kena kacau assura tersebut. apa pun kenangan tersebut tidak ada lagi terutama kepada anak-anak kita kerana kita pun tidak berpeluang membuat nya kerana berbagai-bagai alasan. itu cara dulu-dulu untuk mengeratkan tali silaturrahim antara satu sama lain.

Friday, August 15, 2008

menonton cerita filem melayu

masa kecil-kecil dulu ditahun 70an filem melayu dapat ditonton oleh budak kampung melalui tv.dikampung aku yang ada tv jiran berbangsa cina.tv dibekalkan letrik menggunakan generator.kalau mahu jauh sikit pergilah ke mata air kedai mek bunga.dulu mana ada letrik.cerita melayu biasanya malam sabtu.maka ramailah orang hingga ada dari kampung kerawang pun datang.penuhlah rumah jiran cina aku tu.macam aku ni dia memang sudah kenal.kadang-kadang belum dia pasang tv lagi aku sudah tunggu.jika sekarang difikir-fikirkan memang kita ni mengganggu tuan rumah saja.tapi apa boleh buat hanya itu pilihan yang ada.masa menonton kadang-kadang diselang seli dengan berita masa tu yang aku ingat perang vietnam. sambutan penonton terhadap filem melayu amatlah memberangsangkan lagi pun yang ada masa tu yang ada wayang percuma ialah yang sekali sekala dari wayang "public licence" atau publik lesen dari jabatan penerangan.
Posted by Picasa

Saturday, August 9, 2008

kertuk- traditional games.

Kertuk ini amat popular sehinggalah akhir tahun 70an. Pasukan kertuk yang terkenal ialah dari Kampung Dusun Buluh, Kampung Beta dan Kampung Pangkal Kerdas Labok Kelantan.Satu set permainan ini mengandung 6 kertuk. Ianya di palu oleh 2 pemalu yang akan diketuk keatas belira yang diperbuat dari kayu bermutu tinggi.. Nama belira ada bermacam-macam nama seperti"anak biawak", "pak dogol" dan lain-lain. Cara bertanding 6 kertuk setiap pasukan dan akan berlawan dengan satu lagi pasukan. Pemenang akan ditentukan oleh seorang pengadil. Cara menentukan pemenang dengan cara bunyi. Bunyi yang paling menonjol dikira pemenang.Kita budak-budak akan juga membuat kertuk tapi dari buah kelapa.Belira pula dibuat dari buluh. Pemalu dibuat dari getah yang diambil dari bekas torehan pokok getah.Sekarang kertuk mungkin asing bagi generasi muda. Kertuk ini sebelum pertanding dijampi dulu supaya dapat mengalahkan lawan.kadang-kadang belira ini berbunyi sendiri sebelum bertanding. Dikampung aku tuan punya pasukan kertuk ialah Pak Cik Mat Nor. Biasanya masapertandingan orang yang memalu pakai kain pelikat sahaja.

Friday, August 8, 2008

biji getah

ini buah getah amat popular masa dulu-dulu.kegunaannya ialah seperti melagakannya,membuat permainan kipas dengan menggunakan bahan-bahan seperti benang, kipas kecil dan buah getah ditebuk.dulu buah getah boleh dijual dan dibuat benih kepada pihak tertentu.bila musim buah getah akan kedengaran letupan dari atas pokok getah menandakan buah getah akan gugur.aku ingat ini lah satu-satu buah yang meletup diudara.ini lah kehebatan tersendiri buah ini berbanding buah lain.buah getah yang berkulit tebal akan menang masa melagakanya,tapi susah hendak dicari,jadi pandai-pandailah mendapatkannya.untuk menampakkan buah lebih mengancam maka buah ini diasah ketanah dan akan berwarna merah dan nampaklah kegarangannya.buah ini akan timbul apabila berada disungai.Posted by Picasa

Thursday, August 7, 2008

belalang kunyit

Masa dikampung dahulu apabila telah tamat musim menuai/mengetam/memukul dimana tunggul batang padi masih ada banyak lah belalang ini. Cara senang tangkap ialah pada waktu malam. Jadi selepas maghrib kami beramai-ramai pergilah mencari belalang ini di Kampung Kerawang yang jaraknya lebih kurang 2 ke 3 kilometer dari rumah daku. Dengan bantuan pelita yang diletak dalam tin minyak maka pergilah kesana. Bila dapat tangkap belalang itu dimasuk dalam bekas khas yang dibuat dari upeh pinang. Tujuan belalang ini ditangkap kerana ia boleh dimakan dengan menggorengnya. Rasanya memang lah sedap sekali. Sekarang teringin juga hendak makan belalang goreng ini. Posted by Picasa

Wednesday, August 6, 2008

buah cupu


Masa daku di Kampung Sungai Keladi Kelantan ketika itu belum sekolah lagi,antara rumah kekedai Che Su ada sebatang pokok cupu yang besar sepemeluk budak. Bila lalu biasanya akan panjat pokok ini dan kalau nasib baik ada buah yang masak bolehlah makan. Masa daku di Kuantan dekat pasar malam Jaya Gading ada jual buah ini.kalau yang kurang masak boleh dibuat sambal bersama ikan masin.. Nampaknya pokok ini kurang sambutan sekarang dan boleh pupus.
Posted by Picasa

Tuesday, August 5, 2008

menimba ikan

masa dikampung aktiviti ini perkara biasa selepas mengetam/memukul padi.keseronokan bersama rakan2 amat dirasai.dulu timba kolam dengan baldi sahaja.punya lama mahu kering.itu bergantung pada keluasan kolam.ikan yang agak bisa dan perlu berhati2 ialah ikan keli.kalau kat belakang rumah aku buat sendiri saja kolam tapi saiz kecil saja.kalau kat kubang tebit kat rumah wak saman memang besarlah.ikan yang dapat seperti puyu,haruan,keli,anak butir nangka,sepat dan kadang2 belut.tapi bila dah merantau keluar aktiviti ini terkubur begitu saja.
Posted by Picasa

Monday, August 4, 2008

sekolah menengah abdul samad pulai chondong

ini lah sekolah menengah aku yang pertama. singkatan SMAS. belajar disini tingkatan 1 sampai 3. guru yang masih diingat abdullah, tuan lah, talib, maryam, ustaz man, aminah, idris dan lain-lain. guru yang paling mesra pelajar ialah cik gu talib orang melaka dan masa tu masih bujang dan menyewa di pekan pulai chondong berhadapan stesen minyak shell. kita orang selalu kerumahnya bersama fauzi dan ada juga pergi ke pantai cahaya bulan berkhemah 2 hari. juga pernah belanja makan di sebuah kedai makan dikota bharu. Guru besar masa tu cik gu abdul samad.


Posted by Picasa

belaga semut

masa darjah rendah belaga semut menjadi permainan masa rehat kantin disekolah.caranya penggemar carilah lubang semut dulu.dengan menggunakan batang kemucut mereka masukkan kedalam lubang semut tersebut.biasanya semut hitam dalam lubang akan tangkap batang kemucut tersebut.macam pancing ikan lah.mereka pun tarik dan semut melekat kat batang kemucut.tapi kena cari seekor lagi.bila dapat penggemar pun lekatkan semut tersebut dan ia secara otomatik akan berlawan.ini macam sudah habis idea dan tidak ada permainan lain lah katakan sampai semut pun jadi mangsa.
Posted by Picasa

Sunday, August 3, 2008

manggis


sekarang musim buah.antaranya durian,manggis dan rambutan.masa kecil2 masa yang paling menyelerakan makan buah manggis ialah bila balik sekolah tengah hari dan cuaca panas.dulu manggis tiada orang jual.sebab masing2 ada pokok sendiri. aku pun bila sampai rumah nenek aku terus pergi panjat pokok dan makan atas pokok.buah memang banyak dan dibawah pokok penuh buah gugur.itu masa buah sudah banyak dan masak.jika musim baru berbuah dan buah masih putik hijau lagi jika musim hari minggu aku selalu ambil buah putik ini dan cara makan ialah dalam sungai sambil gigit kulit dan ia mengeluarkan getah.tapi sebab dalam air getah hilang begitu saja.walaupun putik tapi isinya bolehlah dimakan.
Posted by Picasa

Friday, August 1, 2008

buah mata ayam

ini adalah buah mata ayam.sebab mungkin buahnya macam mata ayam.buah ini kecil saja.biasanya ini adalah makanan burung.tapi masa budak2 bila masuk kawasan semak sambil ingin melastik burung bila terserempak dengan buah ini maka ambillah buat makan.rasanya manis juga.pucuknya boleh dibuat ulam dan biasanya dicampur dengan daun serai kayu dan lain2 untuk dimasukkan dalam nasi kerabu.
Posted by Picasa