
assura adalah sejenis bubur yang dibuat dibulan muharram sempena mengingati zaman nabi noh as. dikampung aku bubur ini aku kenali masa aku kecil lagi. . maka ramailah orang berkumpul diawal pagi lagi. kawah telah disediakan dan lain-lain seperti beras, ayam, buah kelapa, awah (rempah), pengacau sura, kayu api, gula dan lain-lain. bila telah sedia maka yang dewasa memasukkan ramuan ke dalam kawah yang siap di pasang api. masa mengacau agak lama juga bagi kita orang bebudak masa tu. adalah mungkin 4 ke 5 jam. setelah masak bagi kanak-kanak kita dibekalkan dengan tempurung kelapa dan dengannya mengganti pinggan kita pun makanlah assura tersebut dengan enaknya selepas penat bermain. itu masa kecil-kecil dulu. apabila meningkat umur aku pula kena kacau assura tersebut. apa pun kenangan tersebut tidak ada lagi terutama kepada anak-anak kita kerana kita pun tidak berpeluang membuat nya kerana berbagai-bagai alasan. itu cara dulu-dulu untuk mengeratkan tali silaturrahim antara satu sama lain.