Featured Post

Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah pada 17 April 2025

1.   Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah jam 10.14 pagi di HRPZ2. Jenazah telah dimandikan & dikafan di hospital berkenaan. Jenazah sela...

Friday, April 16, 2010

Lundang


Lokasi ini popular bagi penduduk Kampung Dusun Buluh disuatu ketika dahulu dan mungkin sekarang juga. Jika dahulunya di tahun 70an daku pernah mengikut bapa saudara kesini pada suatu petang musim hujan untuk menahan tauk iaitu sejenis pancing diperbuat dari buluh dan ditahan satu malam dimana akan dilihat pada sebelah pagi esoknya akan hasilnya.. Lundang ini terletak ditepi Sungai Kelantan sebelah alik hilir Pengkalan Kiat yang berhadapan dengan rumah Mak Su Yoh kira-kira 200 meter. Ianya satu kawasan lembah dan jika musim bah tempat ini akan mula-mula dinaiki air dan yang terakhir sekali kering. Jadi kita budak-budak jika masih tidak puas lagi bermain air maka lokasi ini akan menjadi tumpuan pula. Disini juga terdapat satu kawasan yang bertakung dengan air suatu masa dulu dimana jika musim kemarau juga akan menjadi satu lokasi mencari ikan Mungkin kawasan ini rendah maka ianya dinamakan Lundang. Sekarang pula tempat ini banyak ditanami pokok pisang dan lain-lain tanaman sayuran. Ianya juga menjadi tempat padang ragut lembu. Tempat ini sebahagiannya kaya dengan pokok pucuk paku. Tanah disini berpasir dan subur. Sekarang sebahagian tempat ini ditanam dengan pokok getah. Apa pun Lundang ini dari dulu sampai sekarang masih menjadi pengeluar pucuk paku samada untuk dimakan law atau pun dijual diluar Kampung Dusun Buluh.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment