ini foto diambil dari tetra. foto ini tahun 77/78. semasa aku bersekolah disana tahun 1977 cikgu hamdan memang tidak dapat dilupakan kerana beliau guru disiplin. beliau pernah memberi khidmat kaunseling pada aku semasa minggu orientasi. ini kerana semasa minggu tersebut agak mencabar dan masih diingat disuatu acara unggun api dikawasan sekolah aku enggan menghadirinya. dan sebelum itu pun aku sudah mula menunjukkan ketidakaktifan dalam aktiviti orientasi. satu dari sebabnya mungkin ketiadaan kawan-kawan dari sekolah lama . dan aku akui semasa melapur kesana tiada siapa yang dikenali seolah-olah sebatang karah. jadi aku lebih banyak menyendiri terutama ketika waktu petang hampir maghrib berada di belakang kelas . lagi pun masa itu mula teringat kampung halaman. dan kita dari budak kampung dan kena ikut pelbagai peraturan juga menjadi punca. jadi cikgu hamdan dan headboy telah dapat mengesan dan memberi motivasi dan langkah ini berjaya menguatkan semangat. nama headboy sudah tidak diingat lagi tapi ia kelas perdagangan. antara langkah yang diambil oleh headboy ialah mengajak bermain badminton bersama-sama pelajar lain. sebenarnya ia juga satu kejutan budaya.
Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Ikan
Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...
Saturday, February 28, 2009
Sunday, February 22, 2009
foto sekolah kebangsaan mata ayer pulai chondong
sekolah ini jika dahulu tahun 70an tidaklah seperti sekarang yang mana masa ini tersergam indah. dulu ia setingkat sahaja dan ada dua blok serta padang bola. dulu walaupun aku bersekolah di sekolah kebangsaan bandar tapi aku sentiasa datang kesini kerana dekat dengan rumah lebih kurang 600 meter. lagi pun pada waktu pagi aku akan hantar nasi berlauk dan kuih ke kantin sekolah ini. tuan kantin aku panggil mak su kantin dan ia berbangsa cina. kantin dia terletak diluar kawasan sekolah. di kantin mak su ni ada satu peti ais berwarna putih dan dibuat ais krim, tapi masa itu tiada letrik. peti ais itu beroperasi menggunakan minyak gah (karosin). itu adalah teknoloji dahulu. selepas aku menghantar kuih kadangkadang akan masuk kedalam kawasan sekolah dan melihat cik gu awang sedang mengajar subjek macam sejarah dan juga sastra. cih gu awang ini berbangsa cina juga. aku seronok mendengar cerita yang disampaikan. begitu juga diwaktu petang bila tiada kelas ramai pemuda datang kesini bermain bola. antara yang terkenal ialah ismai mek wa dan che harun. mereka ini memang hebat bermain bola masa itu. kedua mereka dari kampung dusun buluh. selain itu disekolah ini juga ada gelanggang badminton dan biasanya bermain pada waktu malam. pemainnya yang cemerlang adalah berbangsa cina seperti ah wan ( jadi guru) dan lainnya. masa itu integrasi antara kaum samada sokan dan sebagainya amat baik sekali berbanding sekarang. cik gu awang selalu datang kerumah aku bermesyuarat kerana ia salah seorang ahli syarikat bas sekolah. beliau amat dihormati samada oleh kaum cina dan juga melayu di kampung mata ayer. razak anak tok penghulu yusuf juga bersekolah disini. razak ni abang kepada anuar yang tinggal di kampung kerawang. lagi kawan-kawan yang bersekolah disini seperti syed mohd nor, mek ti, lian yang kemudian nya bersekolah di smas.
Sekolah Mata Ayer murid belajar
Menuntut ilmu teras utama
Cikgu Awang guru mengajar
Jasa beliau tetap bergema
Thursday, February 19, 2009
Permainan Menora
permainan menora ini amat popular masa saya berada dikampung dusun buloh dulu. ni kerana kampung saya berhampiran dengan kampung cina seperti kg mata air dan pengkalan kiat. permainan ini acara tahunan. maka setiap tahun satu buah rumah akan jadi host kepada kumpulan menora ini. antara acara ialah pada waktu malam dadakan acara menora tersebut diatas pentas yang dibina khas. bahasa yang digunakan bahasa melayu dan siam. pada masa tersebut juga ada disediakan tempat berjudi dalam bentuk bermain 'pong' dan daun terop. majoriti orang cina yang bermain dan ada juga sedikit orang melayu. juga masa ini disediakan minuman keras. lagi acara pada waktu siang ialah membelah lidah dengan senjata tajam hingga keluar darah yang banyak. dalam masa yang sama tok kong/berhala diarak dikeliling kawasan. masa ini ada disediakan masakan kepala babi diletak dalam talam. pada hari berikutnya diadakan acara menghanyutkan perahu kedalam sungai dan akan dibakar perahu tersebut. acara tersebut diadakan beberapa hari. bagi kami kanak-kanak yang berbangsa melayu cuma tumpang sekaki dengan menghadirinya kerana ia berbentuk hiburan sekali setahun secara percuma. samalah seperti permainan wayang kulit tapi berbayar. anak-anak menora ini pada masa pertunjukan tersebut memang menjadi perhatian, dan jika mereka ini mandi di sungai diwaktu lain pun kadang-kadang kita ingin juga ambil tahu. begitu juga menjadi perbualan juga menceritakan tentang kecantikan mereka dan sebagainya. merekal diandaikan macam artis masa tersebut. apa yang merujakan kami ialah tentang acara belah lidah walaupun telah berdarah dan selepas itu dapat disembuhkan dalam masa yang cepat atau pun on the spot. semasa diarak berhala diiringi dengan paluan alatan bunyi-bunyian. bagi kami acara memotong membelah lidah adalah paling menarik. pada masa ini akan diadakan juga acara meneka bilangan seperti kacang dan hadiahnya berbentuk pulut kuning ayam golek. acara ini dikendalikan oleh orang melayu maka ramailah yang mencuba nasib. jadi lagi nampak meriahlah acara pada malam itu. ada pula antara kami yang menjual kuih muih. nak buat macam mana bebudak macam kami ni kalau tak mengikuti perkembangan ini dikira ketinggalanlah. jadi besok hari bila kesekolah bolehlah cerita kat kawan-kawan.
Permainan menora setahun sekali
Menjadi hiburan penduduk sekitar
Diatas pentas pelakon beraksi
Penonton terhibur tak mahu beredar
Saturday, February 7, 2009
foto jambatan/titi merentasi sungai keladi
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang ...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika ingin mengail disungai di Pengkalan Kiat umpannya ialah cacing. Ada dua jenis cacing iaitu cacing tanah dan satu lagi cacing liar . Ken...
-
1. Masa budak dulu di Kampung Dusun Buluh tidak pernah berjumpa dengan monyet. Kalau ada pun yang kelihatan spesis beruk. Tapi kini diberita...
-
https://vt.tiktok.com/ZSL9eHH4K/
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....