Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Thursday, February 19, 2009

Permainan Menora

permainan menora ini amat popular masa saya berada dikampung dusun buloh dulu. ni kerana kampung saya berhampiran dengan kampung cina seperti kg mata air dan pengkalan kiat. permainan ini acara tahunan. maka setiap tahun satu buah rumah akan jadi host kepada kumpulan menora ini. antara acara ialah pada waktu malam dadakan acara menora tersebut diatas pentas yang dibina khas. bahasa yang digunakan bahasa melayu dan siam. pada masa tersebut juga ada disediakan tempat berjudi dalam bentuk bermain 'pong' dan daun terop. majoriti orang cina yang bermain dan ada juga sedikit orang melayu. juga masa ini disediakan minuman keras. lagi acara pada waktu siang ialah membelah lidah dengan senjata tajam hingga keluar darah yang banyak. dalam masa yang sama tok kong/berhala diarak dikeliling kawasan. masa ini ada disediakan masakan kepala babi diletak dalam talam. pada hari berikutnya diadakan acara menghanyutkan perahu kedalam sungai dan akan dibakar perahu tersebut. acara tersebut diadakan beberapa hari. bagi kami kanak-kanak yang berbangsa melayu cuma tumpang sekaki dengan menghadirinya kerana ia berbentuk hiburan sekali setahun secara percuma. samalah seperti permainan wayang kulit tapi berbayar. anak-anak menora ini pada masa pertunjukan tersebut memang menjadi perhatian, dan jika mereka ini mandi di sungai diwaktu lain pun kadang-kadang kita ingin juga ambil tahu. begitu juga menjadi perbualan juga menceritakan tentang kecantikan mereka dan sebagainya. merekal diandaikan macam artis masa tersebut. apa yang merujakan kami ialah tentang acara belah lidah walaupun telah berdarah dan selepas itu dapat disembuhkan dalam masa yang cepat atau pun on the spot. semasa diarak berhala diiringi dengan paluan alatan bunyi-bunyian. bagi kami acara memotong membelah lidah adalah paling menarik. pada masa ini akan diadakan juga acara meneka bilangan seperti kacang dan hadiahnya berbentuk pulut kuning ayam golek. acara ini dikendalikan oleh orang melayu maka ramailah yang mencuba nasib. jadi lagi nampak meriahlah acara pada malam itu. ada pula antara kami yang menjual kuih muih. nak buat macam mana bebudak macam kami ni kalau tak mengikuti perkembangan ini dikira ketinggalanlah. jadi besok hari bila kesekolah bolehlah cerita kat kawan-kawan. Permainan menora setahun sekali Menjadi hiburan penduduk sekitar Diatas pentas pelakon beraksi Penonton terhibur tak mahu beredar

No comments:

Post a Comment