Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Sunday, November 1, 2009

Guru Ilmu Alam SMAS

Nama beliau ialah Cikgu Halim. Beliau antara guru yang bila mengajar kita akan beri sepenuh perhatian kerana kata-katanya menyebut tempat-tempat seperti Lembah Mekong atau Sungai Irawadi juga Menam Chao Praya membuat kita senang mengingatinya. Dan selepas beliau mengajar kita ramai-ramai akan cuba sedaya upaya mengajuk gaya beliau mengajar. Antara yang pakar meniru gaya suara ialah Abd Rahim Surau Kerawang (Allahyarham). Apapun terima kasih atas pengajarannya.
Posted by Picasa

2 comments:

  1. tahniah, banyak maklumat klasik yang budak-budak lo ni dah tak tahu. Teruskan menggali dan paparkan dalm blog ni. Satu lagi nak suggest cari personaliti hebat Kg Krawang, Pasir Bandar, Kg bandar dan sekitarnya. Nama-nama mereka hebat sebagai pensyarah U, Pegawai tinggi dan sebagainya sebagai motivasi pada anak-anak kampong kita. Antara nama yang saya tahu:
    Dr Mat Rofa Ismail
    Dr Abd Fatah Ahmad
    Wan Sofian Sori Wan Abdullah
    Che Razi Jusoh
    anak pak muda Brahim tu, Dr Yi, tak tahu apa nama penuh beliau
    Jutawan Ain
    Zainudin Ahmad
    dll

    ReplyDelete
  2. tk. jika sdr ada bahan boleh email kpd saya di dusunbuluh@gmail.com utk dipapar diblog ini

    ReplyDelete