Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Thursday, June 11, 2009

radio transistor

beginilah lebih kurang bentuk radio dahulu tahun 7oan. apa yang diingat jenama sanyo adalah jenama terkenal lagi pun harga murah buatan jepun. masa itu barangan buatan jepun dikira kurang bermutu berbanding barangan keluaran negara barat. jika barangan eropah jenamanya seperti phillips. radio ini amat berguna untuk mendengar musabaqah membaca alquran terutama peringkat antara bangsa. lagi satu radio ini mesti dibayar lesennya setiap tahun. sebagai orang kampung sudah menjadi lumrah tidak membayar lesen. hendak dijadikan cerita pada suatu hari daku diarahkan supaya menyembunyikan radio ini kerana dikatakan ada pegawai yang akan memeriksa lesen tersebut. apa lagi diambilnya radio tersebut dengan sepantasnya dan dimasukkan kedalam timbunan sabut yang kebetulan terletak didalam gok ayam. apa yang merisaukan ialah walau telah disembunyikan masih tidak selamat kerana dikatakan mereka akan dapat mengesan radio tersebut walau dimana disembunyikan sekalipun kerana ia ada alat pengesan. walaubagaimana pun tidaklah ada pula kedengaran ada orang yang didakwa atau denda atas kesalahan ini tetapi ketakutan tetap ada setahun sekali. lagi satu radio ini akan rosak bukan disebabkan lama digunakan tetapi disebabkan oleh cuba mengubah suai atau mengadjust peratan didalamnya supaya mutu penerimaan lebih baik lagi seperti memusing screw didalamnya dan lainnya. lama kelamaan setelah longgar ia menjadi rosak. screw driver pula dari hujung mata pisau. apapun radio ini amat berguna bagi kami dikampung sebagai media maklumat dan hiburan. rancangan popular ialah seperti lintas langsung perlawanan bola sepak, drama, siri "fajar dibumi permata" serta berita. jika diwaktu pagi jam 6.00 pula disiarkan mari bersenam diiringi muzik rancak. tidak ketinggalan juga rancangan muqaddm datuk hassan. yang lainnya seperti biasa lagu-lagu hiburan antara penyanyinya habibah yaakob.

Radio Malaysia Kota Bharu sentiasa keudara
Sumber hiburan serta informasi terkini
Dikampung beserta sanak saudara
Diluar Kelantan bersama rakan jadi penghuni
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment