2. Anak arwah ialah Enon suaminya Abdullah di Bukit Panau. Fauziah suaminya Man. Omar, Jaya dan Zaitun. Arwah Pak Muda ini sifatnya amat baik dari segi menjalin silaturahim dengan saudara mara terutama dengan anak-anak saudara beliau. (22 Mei 2023) 10:27 malam
Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Monday, May 22, 2023
Pak Muda Hamad
1. Arwah Pak Muda Hamad tinggal di Pengkalan Kiat dan rumahnya hingga kini masih berada ditempat yang sama. Arwah dahulunya kerjanya tidak berapa pasti tetapi selepas kematian isteri sekitar hujung tahun 60an beliau mula berhijrah ketempat lain antaranya di Sungai Durian Kuala Krai. Nama isteri arwah ialah Mariam atau kalau tidak silap dipanggil Maksu Yam. Maksu Yam pernah mengajar mengaji AlQuran kami kanak-kanak dan ia guru pertama saya. Dihari kematian Maksu Yam dikala pengurusan jenazah rasanya itulah kali pertama saya menatap wajah orang yang telah meninggal dunia diusia bawah 9 tahun dan wajah itu hingga kini masih kelihatan diingatan. Suasana sayu serta agak takut untuk menatap wajah jenazah yang terbujur kaku tetap terpahat diperasaan. Adik beradik arwah antaranya ialah Zainab, Maksar, Embong, Mariam dan Ismail (jika tidak silap).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
1. Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah jam 10.14 pagi di HRPZ2. Jenazah telah dimandikan & dikafan di hospital berkenaan. Jenazah sela...
-
1. Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...
-
Restoran Alias di Kedai Pulau Chondong ini ada menjual pelbagai jenis makanan. Yang popular ialah roti canai. Kedudukan restoran ini pun st...
-
Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....
No comments:
Post a Comment