Saturday, March 7, 2009

becah kua


becah kua ni terletak lebih kurang 2 ke 3 km dari kampung dusun buluh. becah ini dianggap tempat strategik dan agak mencabar bagi kami budak-budak kampung dusun buluh kerana tempat ini tidak boleh pergi dengan basikal dan hanya dengan berjalan kaki. lagi pula kerana pelbagai aktiviti dapat dijalankan disini. yang pertama aktiviti mencari ikan sepila. hanya tempat ini tempat paling banyak terdapat ikan tersebut dan ia berkualiti. jika dulu disini juga ditanam padi sawah. apa yang menjadi cabaran semasa mencari ikan sepila ialah terdapat banyak lintah-lintah seolah-olah pantang masuk kaki kedalam air pasti ia datang. jadi bagi yang bersawah jika ia perempuan kena dicipta seluar panjang khas dari kain guni gandum yang mana tiada kaki seluar seperti seluar panjang biasa yang ada kaki. ini bermakna kita tidak boleh melipat kaki seluar tersebut ke betis kerana kaki berada dalam kaki seluar. ikan sepila biasanya ditangkap menggunakan tangan sahaja kerana ia agak jinak. ikan ini tidak akan meninggalkan buih yang dibuatnya da ia berada dibawah buih itu. ikan ini juga akan berada dalan tukay buluh dan ini akan menjadi lagi senang untuk menangkapnya. selepas ditangkap ikan ini akan dimasukkan dalam air didalam daun keladi. lagi aktiviti ialah memikat burung dengan menggunakan getah mikkat yang diperbuat dari susu getah yang dimasak dengan api. cara ini rumit tapi berkualiti dan tahan lama. cara paling ringkas buat getah mikkat ialah gunakan minyak pelincir motosikal (minyak selendar) dan dicampur dengan susu getah dan kacau. ia akan keras tapi kelemahannya bila terdedah cahaya matahari akan cair. getah mikkat ini disimpat dalam kopi susu dan dicampur air. kemudiannya getah mikkat ini akan di balut pada ranting pokok yang rendah dan rimbun seperti pohon seludup. atau kita boleh balut getah di lidi dan diletak atas tanah. sebagai umpan kita gunakan sedikit padi ditabur berhampiran pokok tersebut. jika ada rezeki burung akan datang dalam satu kumpulan. nama burung ini aku sendiri buat masa ini lupa nama dia tapi ia berwarna hitam dan kecil sahaja( burung cik...). tapi akan menjadi banyak bila hampir musim mengetam padi. didalam foto sekarang jalan menuju kesana telah ada tar dan rumah dalam foto ialah rumah tok ayung. tapi sekarang becah tersebut sudah menjadi kecil dan sawah padi pun sudah tiada lagi dan mula ditanam pokok getah. tapi masih terdapat becah yang ada pokok sagu. tempat ini masa dulu agak merbahaya kerana airnya agak dalam dan dibimbangi ada binatang seperti ular dan sebagainya. dan sekarang juga dari becah ini kita boleh ke kampung kerawang. lagi aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah mengail tapi tidak sepopular aktiviti yang disebutkan diatas.

Becah Kua cari ikan sepila
tempat agak jauh dari kampung
Masa budak perbuatan selalu alpa
Sudak besar dosa sendiri tanggungPosted by Picasa

2 comments:

  1. Lamo tak dengar nama becah kua ni, bagus tu sdr ingatkan saya kampong halaman, cuma tak ingat becah kua ni kat mane?. sdr amik link saya letak kat blog ni kalu-kalu ada worih dah dan saing sabat hok kenal (razmij.blogspot.com).Saya ni orang kampong tak berapa kenal sebab walaupun sekolah bandar tapi masa kat kampong sekejap saja. orang kampong panggi saya yih paksu jusoh (che Idris), budak-budak tak kenal saya.

    ReplyDelete
  2. becah kua kat belakang kg kubang tebit dan kg kubang tebit belakang kg dusun buluh.

    ReplyDelete