Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Thursday, September 11, 2008

Sekolah Kebangsaan Penambang Kota Bharu

Inilah sekolah daku yang pertama iaitu sekolah kebangsaan penambang Kota Bharu Kelantan. Masa tu daku tinggal di Kampung Sungai Keladi. tapi ini foto sekarang. Jarak dari rumah lebih kurang 1 km sahaja. Jika pergi mula-mula bersekolah ialah abang Amir yang pergi hantar dengan basikal, selepas itu hari hari seterusnya mula berjalan kaki dan menyeberang sungai keladi dulu baru sampai kesekolah. Masa dalam darjah satu daku ingat lagi ada satu pelajar tu dia kena ditunggu oleh kakak atau emak dia didalam kelas jika tidak pelajar itu mungkin akan keluar kelas dan balik rumah. Mula masuk kelas tahun 1968. Apa pun kenangan bila melalui kelas ini masih terbayang. Kalau hendak kesekolah ini ialah dari bandar kota bharu ke pantai cahaya bulan. Walau bagaimana pun daku hanya bersekolah mungkin 6 bulan sahaja selepas itu daku berpindah ke Kampung Dusun Buluh Pulai Chondong Kelantan. Satu hal yang daku tidak ingat tapi ada diceritakan oleh orang lain yang lebih dewasa ialah daku selalu bergaduh dengan murid lain disekolah buktinya kata beliau ialah baju sekolahku selalu kotor kesan bergaduh tapi seperti dikatakan daku tidak ingat kerana mungkin salah dan mungkin benar apa yang dikatakan kerana ketika itu umur masih tujuh tahun.

No comments:

Post a Comment